In the name of Allah,most gracious,most merciful

20081207

10 Zulhijjah

Salam,

"Salam..hari nie wukuf di Arafah..waktu kemuncak doa antara 5.09pm-10.38pm wktu msia...frwrdkan kpd shbt2 laen spye kte sme2 dpt manfaatkan peluang ini..jazakallah" - sms daripada fuad fet

cepat sungguh masa berlalu ya..baru je hari tu raya aidilfitri...sekarang dah masuk aidiladha pula...
subhanallah....
jemaah haji pun sekarang ni sedang berwukuf di Arafah..
bila tengok kat tv...
memang rasa nak pergi sangat2
rindu nak pergi Mekah lagi.... ;) ...pergi umrah dulu masa darjah 6....
apa-apa pun...
insyaAllah kalau ada rezeki, target saya....mahu mengerjakan ibadah haji sewaktu usia masih muda (mungkin sebelum 40tahun)
*AMIN* - insyaAllah

dan dalam masa terdekat ini juga, terdapat pelbagai ujian yang ALLAH turunkan kepada hamba-Nya....
macam kejadian tanah runtuh...minggu ni sahaja dah 3 kali...
kejadian di bukit antarabangsa itu memberi kesedaran kepada kita semua, setelah kita semua lupa dan lalai tentang peristiwa highland towers pada tahun 1993..
dan sekarang mulalah masing-masing menuding jari ke arah pihak-pihak lain pula
ada yang tuduh pihak pemaju... ada yang tuduh pihak jkr... ada yang tuduh penduduk... ada yang tuduh pihak kerajaan...
semuanya saling menuding jari..





tetapi apa2 pun...
semuanya ketentuan Ilahi...
sudah memang tertulis perkara itu akan berlaku,
maka memang akan berlaku...
jangan bila sudah terhanduk baru tergadah
dan selepas tu salahkan pihak2 lain pula...
yang penting, muhasabah diri...
kita kena redha dengan ujian Allah..

tetapi walau apapun.
saya agak terharu juga membaca kisah Datuk Shaharuddin Adnan, bapa kepada Allahyarham Shaiful Khas...
setelah beliau mendengar anaknya menjerit tentang gegaran dan tanah runtuh yang berlaku..
beliau menyuruh anaknya itu mengucap sebanyak yang mungkin
harap-harap arwah sempat melaksanakannya, dan meninggal dalam husnul khatimah
dan bapanya juga menganggap bahawa ini semua sudah memang suratan,takdir bahawa ajal anaknya telah tiba,dan redha dengan pemergiannya
*insyaAllah.amin* - sedekahkan Al-Fatihah~

semuanya ketentuan Ilahi, insyaAllah ada hikmah disebalik setiap ujian yang diberikan-Nya...
jangan pernah mempersoalkan mengapa!
renung2kan diri kita kembali...

maka,bersempena dengan hari raya aidiladha ini, bersama-samalah kita bermuhasabah diri...
mengingati kembali pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail....
kita panjatkan kesyukuran kepada Allah swt....
doakan kesejahteraan seluruh umat Islam di dunia ini..
insyaAllah....

mari bersemangat seperti lembu2 yang comel ini! ;D


maaf.jika ada pihak yang terguris hati, saya minta maaf sangat2. ini hanyalah pandangan saya sebagai salah seorang warganegara malaysia yang sayangkan negara,bangsa dan agama..

sekian,wassalam~

No comments: