In the name of Allah,most gracious,most merciful

20081231

oh papa kaya

Salam.

Semalam.
kebanyakan masa telah dihabiskan dengan membaca buku.
*sah2 dah bosan tahap maksimum nih..tiba2 rajin pula baca buku*
buku yang saya maksudkan itu ialah ini :



papa kaya, daddy miskin
mungkin ku mahu cari sugar papa yg kaya kah?


dah la buku ini pula tu.
kepada mereka yang tidak percaya, sila percaya2 kan ya.
tetapi sehingga kini baru sampai ke mukasurat puluhan.
perlukan masa lagi untuk menghabiskannya..

sebenarnya...
saya bukanlah seorang yang suka sangat membaca buku fiction seperti gadis-gadis yang sebaya denganku.
seperti shopaholic dan yang sewaktu dengannya.
mungkin ku lebih sukakan buku yang mengaitkan tentang realiti.
antara buku-buku yang saya mampu habiskan hanyalah koleksi chicken soup, dan yang berkaitan dengan kehidupan seperti 'I am muslim', la tahzan dan pelbagai lg.
yah.bermotivasi sungguh diriku ini.haha


sup ayam yang tidak boleh dimakan


si kecil yg comel


buku fiction yang terakhir saya berjaya habiskan ialah da vinci code oleh dan brown (itupun setelah menonton filemnya) dan selepas ini mahu mencari buku twilight dan episod2 nya-new moon dan eclipse...(dgr cerita edward cullen kemudian dapat anak yang half-human half-vampire.wuwuwu~)



siapa2 mahu belikan untuk saya buku-buku ini sila angkat tangan anda sambil menggenggamkan wang

ini pun mungkin hanya kerana pengaruh filem.
tetapi sesungguhnya saya tidak pernah membaca koleksi buku harry potter, walaupun tidak ketinggalan menonton filemnya.*mungkin tebal sangat agaknya.kanak-kanak di jepun ramai yang rosak mata lebih awal kerana buku ini..membahayakan sungguh~*

kesimpulan : jangan sesekali memberikan novel fiksyen sewaktu harijadi saya.kelak ku akan menjualnya di e-bay pula. maaf.

tetapi apa-apa pun.
ada satu buku yang ku cuba tidak akan tinggalkan daripada membacanya setiap hari.


Mushaf Al Quranul Karim

sebagai umat Islam, janganlah kita tinggalkan panduan yang telah diberikan kepada kita ini.
tetapi kadang-kadang kita terlampau sibuk - urusan itu dan ini.
jika tidak berkesempatan memegang kitab suci ini, sekurang-kurangnya dengarlah alunan ayat-ayat suci ini..daripada mana-mana..contohnya,
dalam mp3,jangan lupa savekan sekali alunan ayat-ayat suci serta zikir sekali ya..jangan isi lagu-lagu sahaja

semoga hati kita akan sentiasa tenang dengan membaca ayat-ayat ini, dan mendapat keredhaan-Nya. InsyaAllah ya ;)

^_^

sekian,
wassalam~

No comments: