In the name of Allah,most gracious,most merciful

20090102

malam tahun baru - melampaukah? atau melampaukan?

Salam...

hari ini sudah pun masuk 2 hari kita memasuki tahun 2009.
bagaimana dengan malam tahun baru kamu?
seronok?indah?
bagiku,cukup la sekadar duduk di rumah sahaja.
adalah lebih bagus kan mendoakan kesejahteraan kita semua,daripada terkinja-kinja tak tentu hala menyambut tahun baru..

pagi ini...
dalam akhbar...
banyak sungguh isu-isu mengenai sambutan tahun baru..
seluruh dunia menyambutnya dengan penuh kegembiraan..
memang benar, seronok kan? dunia kita telah bertambah setahun lagi..
tetapi, usia kita juga nampaknya semakin tua juga..iya?
baru baca mukasurat hadapan berita harian.
*astaghfirullah*
apa sudah jadi ni??
tadi sempat berbual bersama auntie rose, yang berada di dubai.
katanya, di sana mereka tiada sambutan tahun baru sangat pun..
tatkala dia membaca berita harian online.
setelah mengetahui keadaan di malaysia
hatinya menjadi sedih.hiba.
mengapa? faham-faham sendiri sahajalah~

renung-renungkan ya. hindarilah diri kita daripada perkara yg membawa keburukan.
peringatan untuk diri saya juga :)

ah,lagi satu,
jangan lupa ya pakai talipinggang keledar kepada mereka yang duduk di seat belakang kereta :D

(note : sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah datuk kepada faisal (fet,classmate) yg kembali ke rahmatullah semalam petang.semoga arwah dicucuri rahmat-Nya)

(note : buku papa kaya daddy miskin masih belum habis.hari ini sibuk.tetapi nampaknya sudah tiba bab papa kaya mengajar tentang aset,liabiliti dan yang sewaktu dengannya,dan membuat penyata kewangan serta kunci kira2 (secara ringkas). buat diri ini yang merupakan bekas pelajar akaun, maaf cikgu norah, kerana saya telah lupa akn tunjuk ajarmu itu *maaf* >_< ...perlu revise semula ni fail akaun semasa spm dahulu~... huhu)

sekian,wassalam~

No comments: