hari ini, petang tadi.
pergi ke Hospital Kuala Lumpur, melawat nenek saudara yang ditahan di wad kerana angin ahmar.
sepanjang lawatan itu, ingin saya tuliskan serba sedikit kisah masyarakat kita.
menjadi pemandu sebuah kereta kelisa berwarna paprika (oren kemerah-merahan) berpelekatkan lesen P di cermin hadapan dan belakang, maka berlalulah kami ke hospital tersebut.
tiba masa mencari tempat kosong untuk parking kereta.
ya, jumpa!
ke hadapan sedikit,tatkala memberi signal memberi tanda kepada orang sekeliling bahawa saya ingin parking di petak itu.
ku menepuk pipi.
melihat sepasang lelaki dan perempuan bersama sebuah motor kepunyaan mereka di situ.
fikirku dan mamaku, sebentar lagi beredar lah kot.
tunggu dan tunggu.
si lelaki meninggalkan motor itu menuju ke padang bola berdekatan.
si wanita.masih menunggu di situ.duduk.buat tidak tahu sahaja walaupun sudah nampak kami menunggu.
meter kesabaranku hampir ke tahap maksimum.
ingin sahaja ku masuk terus di petak itu.kereta kecil,memang muat.
masuk gear D, brek tangan diturunkan, brek kaki dilepaskan sedikit demi sedikit.
nekad.
tetapi, fikir semula, nanti terlalu rapat pula dengan kereta sebelah. susah pula dia mahu keluar kelak.
ok.reverse semula.tunggu lagi.
lampu signal ke kanan masih dinyalakan
wanita itu masih mengendahkan kami.
ingin sahaja membunyikan hon,tetapi kawasan hospital, tidak boleh.
dalam fikiran dah terbayang, ku keluar dari kereta lantas mengsound wanita itu.
oh,alangkah seronok juga jika dapat berbuat begitu - fikirku
tetapi, datang seorang pakcik tua. tampil berdekatan kami.
dan mengsound si wanita itu,untuk menempatkan motor itu di kawasan yang sepatutnya,bukan di petak parking kereta.
wanita itu bermasam muka.
sehinggalah dia memindahkan motor itu.
masih bermasam muka.
persoalan 1 :
ke manakah perginya kesedaran sivik segelintir masyarakat kita?
kurang prihatin terhadap persekitaran di sekeliling.
sudah terang lagi nyata, petak parking itu untuk kereta.
maka,janganlah fikir sebuah motor itu umpama sebuah kereta,suka hati sahaja letak di petak parking kereta sehingga kereta tidak boleh parking.
abaikan, mungkin mereka bayangkan motor itu merupakan kereta mercedez compressor agaknya.
kesimpulan persoalan pertama, sila peka terhadap persekitaran sekeliling anda.
cukup huraian untuk persoalan pertama.
maka kisah diteruskan, sewaktu kami keluar dari kereta, pakcik tua itu masih menunggu di situ.
penjaga parkingkah? - fikir kami.
lantas dia mendekati kami. dan menceritakan kisahnya.
beliau mempunyai penyakit mental (tetapi bukanlah sampai kurg siuman sehingga gila)
maka, dia kata mahu kerja pun memang tidak boleh kerana ada rekod tersebut.
jadi, dia meminta belas ihsan kami untuk membantunya sedikit.
mama menghulurkan sekeping not berwarna merah.
si tua itu berterima kasih, dan mendoakan agar kami anak beranak sentiasa sihat sejahtera.
Amin. InsyaAllah..
persoalan ke 2 :
kemana perginya tanggungjawab saudara mara sekiranya ada salah seorang ahli keluarga mereka bernasib sedemikian?
okey,memang saya tidak tahu sama ada pakcik itu mempunyai saudara mara atau tidak.
yang dapat menjaga makan-minumnya. jika tidak ada, tidak apa lah.tetapi jika ada, ke mana perginya saudara maranya?
jika kita lihat, rata-rata penghuni rumah orang-orang tua, mereka masih mempunyai saudara mara mahupun anak cucu.
tetapi, kebajikan warga emas itu tidak ditanggung oleh darah daging sendiri.
sedih bukan?
kesimpulan persoalan ke 2 , sayangilah ibu-bapa anda,serta warga emas, dan jangan sesekali mengabaikan tugas kita apabila kita dewasa kelak.
maka kisah diteruskan...
naik ke wad.
alhamdulillah, lihat nek lijah ok.
waktu itu tok amin serta aunty farahdhiya hampir beredar.
*oh,realiti,saya lebih besar dari aunty fara, gemuk dah saya ni nmpknya! aduh.*
salam-salam.
mereka beredar.
nek lijah berbual dengan mama.
ku pandang ke katil selang sebelah sana.
kelihatan seorang makcik cina yang tua.
memakai alat bantuan pernafasan.
dengan alat pengesan denyutan jantung di sebelah.
masih berbunyi.
tit...tit...tit....
tetapi tidak sekata langsung.
kelihatan sangat uzur, nazak.
sedih melihat nya.
warisnya menggengam erat tangan si tua yang sedang terbaring, menutup mata, sedang menarik dan menghembus nafas dengan sukar sekali.
umpama menanti masa.
ok.mata sudah berair melihat suasana tersebut.sangat sebak,hiba.
alihkan pandangan ke luar tingkap pula, bagi mengelakkan air mata ini menitis.
melihat suasana hospital,
teringat juga kembali saat-saat saya berada di hospital kira-kira 5 bulan yang lalu.
sebak juga mengenang kembali apa yang berlaku kpd diri sendiri
tetapi.kucuba tersenyum memikirkan hikmahnya.
tidak apalah,Tuhan ambil kembali hak milik-Nya...kan?
la tahzan
:)
setelah meluangkan masa melawat nek lijah,
maka tiba masa kami berundur.
tatkala meninggalkan wad itu, sewaktu melalui katil2 yang ada.
kelihatan beberapa orang tua sedang makan makanan hospital yang disediakan.
tanpa ditemani saudara mara ataupun sesiapa.
sekali lagi, persolan ke 2 bermain di minda.
dalam perjalanan pulang ke rumah,
kesesakan lalulintas.orang pulang dari kerja.
di satu simpang, berderet kereta ingin masuk ke jalan tersebut.
kereta saya waktu itu betul-betul berada di simpang itu.
tiba-tiba, datang sebuah kereta wira yang tidak mengikut barisan kereta yang beratur panjang.
lantas menyelit masuk di hadapan kereta saya.
seorang pakcik, tetapi kurang sensitif terhadap adab-adab di jalanraya.
kecewa.
maka seorang pakcik yang memandu kereta mercedez yang berada di sebelah wira itu (sepatutnya merc tu yg masuk dahulu) , membuka tingkap lantas menegur tindakan pakcik berkereta wira itu.
selesai sesi, pakcik wira itu menutup tingkap, tangannya bergerak-gerak umpama karam singh walia, selari dengan mukanya yang sedang kemarahan, memaki kembali si pemandu kereta mercedez agknya.
persoalan ke 3 :
Mengapa masyarakat kita sukar menerima teguran orang lain?
sudah terang-terangan bahawa pakcik wira itu memang bersalah, orang sudah tegur, sepatutnya terima lah.
ini tidak pula, memaki kembali pula kepada orang yang menegurnya.
maaf pakcik, saya tidak berniat pun mahu berbahasa kurang sopan dengan orang tua...
tetapi pakcik sendiri yang salah..jadi silalah ambil perhatian ya?
adab-adab di jalanraya mestilah kita ikuti, bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
ya, guru memandu saya yang mengajar semua ini. selain mengikut peraturan, pengguna jalanraya juga haruslah menghormati hak pemandu yang lain.
kesimpulan persoalan ke 3, jadilah pemandu yang berhemah.
jangan lupa, pemandu,nasihatkan penumpang di belakang memakai seatbelt ya.
ngehehehehe :P
itulah sedikit sebanyak kisah masyarakat kita yang dapat saya lihat pada hari ini.
sekadar pengajaran dan renungan....
apa yang baik, jadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan...
gunakan akal yang ada dengan sebaiknya...
sekian kisah hari ini,
wassalam~
(note : teringin membuat amal kebajikan meluangkan masa ke rumah orang-orang tua jika berkesempatan..mahu ikut?)
No comments:
Post a Comment