In the name of Allah,most gracious,most merciful

20090414

could you be my mr cinderella?

Salam
ditag oleh nuha sekali lagi :)

AMARAN !
isu ini mungkin akan menyebabkan pembaca-pembaca tertentu muntah kerana isi kandungan yang bakal disampaikan melibatkan hal sensitif.


maka, jika mahu termuntah, jangan salahkan saya ya! :P


Tajuk : 8 point yang saya cari dalam perfect lover

Target : jejaka idaman malaya

1. Beriman.
; Beriman. Sempurna akan perkara yang WAJIB - terutamanya tiang agama (solat) . Tidaklah semestinya golongan yang sangat-sangat alim seperti ulama, cukuplah sekadar manusia biasa yang mengamalkan amal maaruf dan nahi mungkar, beriman kepada rukun iman dan islam,beramal dan yang sentiasa dapat membimbing saya ke jalan yang lurus :)

2. Tanggungjawab
; Semestinya. Bertanggungjawab dari segi semua aspek : tanggungjawab sebagai hamba Allah, tanggungjawab sebagai anak kepada ibu-bapa, tanggungjawab sebagai suami dan bapa jika berkeluarga, tanggungjawab sebagai warganegara malaysia, dan apa-apa yang sewaktu dengannya lah! janji bertanggungjawab :D

3. Penyayang dan memahami
; Penyayang. Sayang semuanya! Tak semestinya kepada Allah, Rasul dan manusia di sekeliling. Malah kepada flora dan fauna, benda tidak hidup mahupun yang sewaktu dengannya. mungkin? dan juga seseorang yang memahami diri sendiri serta orang lain yang berkaitan :)

4. Ikhlas.
; Ikhlas. Ini penting. Ikhlas menyayangi saya tanpa ada udang di sebalik mee. Ikhlas menerima saya yang kurang sempurna ini dengan seadanya (ini penting.tak semua orang boleh terima individu yang kekurangan seperti saya) juga ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah :)

5. Setia
; Setia. Penting ni! Ada ke orang yang sanggup membenarkan orang yang mereka sayang bertindak curang kan?

6. Kuat memberi sokongan
; iya. seseorang yang sentiasa dapat memberikan sokongan kepada saya. saya hanyalah manusia yang lemah, kadangkala terasa yakin menggunung bak gunung everest, kadangkala rasa sangat down bak lif putus tali. memang, sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan sentiasa ada, tetapi kalau si dia yang tidak memberi sokongan, mestilah tak bersemangat juga kan?

7. Sentiasa ceria
; apa yang dimaksudkan di sini ialah seseorang yang tetap dapat senyum sedikit walaupun hakikatnya dalam kepala berserabut umpama ribut taufan. sebab kadangkala ada juga yang suka biarkan diri murung bersedih padahal masalah yang sebenarnya cuma sekecil biji sawi sahaja. iya lah, kalau ada masalah pun, insyaAllah pasti dapat diselesaikan bukan? sebab saya suka melihat manusia tersenyum gembira. kalau yang tergelak gembira pun lagi la suka! :D Kalau yang boleh buat lawak macam nabil raja lawak tu lagi-lagilah sukaa! ;D ( lagi bagus jika dia boleh hafal lagu wonderpets!boleh nyanyi sama-sama! hahaha ;P)

8. Tidak Mementingkan Diri
; tidak mementingkan diri. fikir akan orang lain dahulu. seperti seorang yang tidak kisah untuk memberi apa yang si dia mahukan, hanya untuk menggembirakan si dia ;D (saya kira ini sebagai sangat sweet dan gentleman.suka2! ;D)


hmm....
mesti pelik kan kenapa rupa paras tiada dalam list di atas?
sebab itu bukanlah kriteria yang utama lagipun bagi saya.
tetapi, kalau boleh yang sedap mata memandang lah, bukan yang jenis selekeh serabut serabai sahaja.
selain itu...
seseorang yang berilmu juga penting kan?

apa-apa pun,
kita semua bukanlah manusia yang perfect.
ada juga baik buruknya.
lihat sahajalah jodoh berpihak kepada siapa...

saya ingin mengetag gadis-gadis seangkatan yang masih belum berumah tangga ya :
- ieda
- izzati ellyani
- izni
- melissa faeka


wassalam~

(note : pernah diinterview secara spontan di kl central untuk salah satu rancangan dalam tv2 tahun lalu. soalannya : criteria of your dream guy. haisshhhh. blur terus! haha)





1 comment:

Anonymous said...

tiba tiba aku kena! haha