Salam...
semenjak jadi mak angkat kepada si prapika 4040, semakin banyak wang ringgit yang dihabiskan bagi menyara hidup beliau.
oh. guna duit lagi.
*itu la.nak sangat ada kereta. pandai-pandai la tanggung kan??- nasihat berguna pada diri sendiri (=_=")*
mujur masa kat miat jimat la jugak..sebab kawan-kawan kasi support separuh duit minyak..
kat rumah...pandai-pandai la jawabnya...
sekarang ni baru la nak belek-belek tips-tips yang berguna bagi mengurangkan tanggungan diri ini.ohh.
40 TIPS UNTUK JIMAT PETROL KERETA
1. Servis kereta ikut jadual - kereta yg di maintain dgn baik akan beroperasi pada kecekapan maksimum
- ok, checked. memang ikut jadual :)
2. Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kene tukar 40 000 km sekali)
- apa benda ni???filter??*ok.nampak sangat jahil tentang komponen kereta (T.T)*
3. Spark plug perlu dlm keadaan baik ( Tak hitam & gap OK )
- ini pun tak tau macam mana mahu check.ke boleh check sendiri ke???
4. Tayar perlu diisi angin dgn pressure yg betul, kalu tayar tak cukup angin, minyak makan...
- ok, checked. tapi tak pernah lagi isi sendiri angin tayar.haha
5. Pakai kereta yg CC rendah tapi kalau nak pakai yg CC tinggi pun boleh cuma system kene bagus la macam Honda i-VTEC, Toyota VVTi atau pakai sistem
- ok, checked. mujur cuma 1.0 sahaja.memang jimat :)
6. Jangan tarik pick-up lebih 3000 rpm setiap gear , tapi sekali-sekala boleh la takut engin lemau
- ok, checked. selalu dalam 2500 je la.
7. Go slow man ! jangan speeding .90-100 km/j tu kira ok la.., tapi kalau terbakar sebab ada orang ajak race
- ok, checked. kat highway pun bawak dalam 90-100km/j je.sebab kalau tekan sampai 110km/j rasa macam kereta tu nak terbang je.kalau tambah sayap confirm terbang ah! haha
8. Elakkan kesesakkan jalan raya, lagi lama tersangkut (engin idle) lagi makan minyak (kene tukar gear selalu)
- ok, checked. kena gerak balik sebelum orang balik kerja.
9. Kalau parking menunggu tu, matikan engin
- ok, checked. kalau sorang-sorang dalam kereta memang off je.tapi kalau ada orang lain macam tak sampai hati pula biarkan mereka kepanasan.
10. Berkongsi kereta
- ok, checked. rekod pernah sumbat sampai 6 orang. (atos kakak syamil lagi dahsyat.7 org tuh! haha)
11. Naik motor (4 lejang)
- oh. ini tidak kot. lesen tiada. kalau tempat dekat boleh la
12. Naik Basikal
- ini pun tidak boleh.basikal semua dah berkarat jual kat besi buruk.haha
13. Naik pengangkutan awam
- ok, checked. jangan sesekali ke klcc dengan menaiki kereta. sila naik lrt!
14. Guna tayar kereta yang low profile dan ada special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang)
- aiya. tunggu tayar kereta kena tukar nanti baru cari la.
15. Pakai rim tayar biasa dah le, kalu nak pakai sport rim biar sesuai dgn kereta (dapat pakai macam rim motor lagi bagus - ringan maa... macam kereta klasik)
- ini pun.aiya.tuan lama kereta ini sudah tukar sport rim. dah la besar sikit dari saiz standard yang sepatutnya (=_=")
16. Isi minyak kat stesen minyak yang pakai meter analog
- ada lagi ke sekarang ni???
17. Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin, kalau kereta biasa - 80% daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!)
- iye ke?
18. Isi minyak slow-slow masa kat stesen minyak. Isi minyak sambil minum kopi dan borak-borak
- ok, checked. boleh tak isi minyak sambil borak-borak guna handphone??? hahaha (cubaan berani mati!)
19. Elakkan jalan berbatu dan tanah merah
- ok, checked. ini memang tak banyak lalu. tapi jalan tar sekarang pun lubang-lubang makin banyak. letih mahu elak tau.
20. Gunakan engin Hybrid (gas-electric)
- wow.tunggu saya invent sendiri engine model saya 10 tahun lagi.haha
21. Guna engin Electric (pakai bateri)
- ini pun.wow.pakai bateri energizer AAA boleh tak???haha
22. Gunakan tenaga solar
- wow.semua tukar ni.tunggu saya invent smart car yer.haha
23. Kurangkan penggunaan air-con
- ok, checked. kalau kawasan jalan kampung macam kat miat tu boleh la tutup aircond dan buka tingkap. tapi kalau kat kl...kalau nak bau pencemaran udara silalah buka tingkap yer.huhu
24. Kalau kat highway tu, cucuk angin kereta lain (follow belakang kereta lain utk kurangkan daya tolakan angin (Di sarankan cucuk angin kereta yg power sahaja seperti Mercedes, BMW, EVO )
- ah.tidak terdaya lagi. sebab kereta yang power selalu speed sampai 140km/j tu. mana larat baby saya nak cucuk maa...
25. Buang Catalytic converter pada system ekzos dan ganti dgn free flow center bullet (Tapi sebelum buat pastikan tahap kecekapan pembakaran engin anda ditingkatkan, kalu tidak banyak asap keluar beb)
- eh.really? mungkin tidak follow kot. saya lebih sayangkan alam sekitar :)
26. Ganti ekzos belakang dgn free flow ekzos (Kalu takut bising, cari yg brand baik punyeee, mesti marii)
- apa ni? tak payah laa...
27. Loweredkan kereta anda
- aiya. nak rendah macam porche ke??? ke macam F1 terus??
28. Pakaikan kereta anda skirt labuh tapi jangan cecah jalan dah la.Ini bertujuan untuk kurangkan rintangan
angin, tapi skirt tampal tak main sebab takut angin tembus
- ya..labuh lagi sampai boleh sodok tahi lembu kat jalan kampung.haha . ini pun mungkin tidak diikuti.
29. Kalau nak pergi kedai kat rumah tu, jalan kaki lagi bagus, boleh exercise
- ok, checked. boleh,boleh.
30. Cari tempat kerja dekat dgn rumah, kalau dapat tidur,makan,berak,mandi kat office lagi best.
- kalau nak macam ni buat home-based work la jawabnye...x pun jd housewife aje la.haha
31. Petrol mudah terpeluwap, jadi kalau nak isi minyak isi time pagi atau waktu sejuk dan kalau dapat parking tempat redup lagi best. Cuba korang kene jemur.. masak dibuatnye.
- ok, checked. isi minyak masa waktu sejuk.
32. Kalau nak isi petrol kat stesen minyak pastikan isi penuh, tak payah nak ulang alik cari stesen minyak
- ok, checked. isi penuh maa..
33. Jangan bawak banyak barang. Kalau boleh bawak yg perlu sahaja. Penggunaan minyak bergantung kepada weight/power ratio - power kereta dah fix, bila berat bertambah - nisbah meningkat dan penggunaan minyak pun meningkat. Lagi satu, cuba-cubalah kuruskan badan tu sikit dan turunkan perut tu....
- ok, checked. bawa diri sudah. dan aduh. perlu kuruskan badan dengan banyak ni! haishh!
34. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin). Lagi kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus (cthnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dgn penggunaan air-con dan emosi anda. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum, minyak pun save dan anda pun kurang terbakar atau kurang nak marah sebab ada kajian menunjukkan cuaca panas akan meningkat tahap kebrutalan seseorang itu Bila dah 'panas' mula la jadi samseng jalan raya
- wow. nak jadi macam kereta vvip ke?? sekali nanti makin rugi sebab kena saman akibat tinted gelap sangat.huhuu...
35. Terdapat juga teknologi baru dimana kadar ketembusan cahaya pada cermin kereta anda boleh diubahsuai (Kat negara kita belum dikomersialkan) menggunakan tenaga elektrik drp bateri anda. Bila nak parking - gelapkan cermin kereta, bila nak drive cerahkan balik.
- wow.really dah wujud???menarik2! :)
36. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N sebab filter K&N diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat
- oh. brand K&N eyh...brand Kuala Nerang ke ni???hihi (serius kat kuala nerang banyak je kedai yang jual tshirt logo K&N..huhu)
37. Boleh cuba pakai micro-compressor (www.micro-compressor.com) atau Air Injector (www.air-injector.com)
- ini pun.wow! ape tu?
38. Kalau nak pergi kerja tu, keluar la awal sikit, takde la terkejar-kejar. Rilek je drive dan tak sakit kepala.
- ok, checked. mungkin satu hari nanti.
39. Perbanyakkan stesen Petronas
- haa???? kenapa???? saya isi di shell laaa..... (bila saya isi minyak petronas, lebih cepat habis.mengapa ya?)
40. Pasang intercooler pada enjin anda (bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak)
- wow. mari, siapa mahu sponsor pasang benda ini? ehehe
baek.
itu antara tips-tips yang berjaya diterokai.
till then,
wassalam
2 comments:
wahhh.
berguna sangat nehh.
thank you fawani :))
hebat la.. tp mcm susah je nk praktikkn sume..
good luck fawani mengamalkn 40 tips di atas.. haha.. =)
Post a Comment