tadi i buli nilam. seronok betul bagi budak kecik keliru. HAHA
as we all know, nilam sebenarnya dikira adik saudara saya, cuma disebabkan kami bela dia sejak kecil, sebab tu la family kami pula yang dianggap lebih daripada family sebenarnya.

ke mana tumpahnya kecomelan kakak kalau tidak ke adik sendiri.err.walaupun bukan adik sendiri.kahkah.
ini dia kisah comel bila si adik keliru :
nilam : awak kakak, saya adik! (ujarnya sambil menunjuk gigi bahagian atas yang dah rosak)
kakak : ehh. iye ke saya kakak awak? saya sepupu awak laaa...
nilam : ehh.bukan.mane ade.kan nama kite same-same nur...nur farah ani, nur nilamsari!
kakak : iye ker...tapi kenape binti lain?? nilam binti mohd sani, kak farah binti wan hassan.
nilam : eh. a ah laa. kenape lain yer? (sambil buat muka seribu satu persoalan). macam ni nilam nak tukar la nama jadi nilam binti wan hassan.
kakak : amboi. tak ngaku anak abah sani dah!
nilam : iye laa. kan kak fawah kan kakak nilam...kena la same...(sambil buat muka comel tak boleh blah sampai rase nak cubit pipi dia sampai merah.HAHA)
kakak : suke hati kamu le...
oh,sumpah terharu bila dia cakap macam tu. i love you
lagi comel bila dia pakai baju yang kamu pakai masa kecik-kecik dulu. bak kata mak macam klon saya, cume nilam lagi hiperaktif serta becok. kakaknye nih bila besar je baru nak becok. nak nak kat blog ni. adik borek kakak rintik betul.peribahasa baru okey.kahkah.
yang tak best nya bila dia suka selongkar barang kamu. habis semua compact powder sama lip balm. selamat i tak pakai mekap. kalau tak habis ahh dia main mekap muka dia sampai jadi macam ronald mcdonald. betul ah.
dan yang paling tak boleh blah, dia dah pandai ajak shopping. SHOPPING i tell you. dia pun dah jadi shopaholic sebab terpengaruh dengan kakak dia nih. sekarang dia pulak yang semangat tiap minggu ajak shopping. habis ah bakal husband dia in the future nanti. jangan nak salahkan i..i tak bersalah!! wuu T____T .
n sekarang dah pandai kumpul duit.nak shopping katanya.dan mana dia dapat duit tu? daripada dompet kakak dan abang dia la. dompet tu from hero sekarang dah jadi zero. dan disebabkan duit adik lelaki i pun habis dia pulun, maka secara tak langsung si kakak terpaksa menjadi mangsa tatkala lelaki itu mahu membeli buku-bukuan rujukan yang bernilai RM sekian,sekian,sekian...selamat lah kakak dia kerja.tapi dah pokai dah.sebab duit semua dah digunakan demi kepentingan serta kebahagiaan orang lain. tak percaya sila check dompet i tak sampai rm10 pun tinggal. hiba ahh.miskin beta.T_T nilam,bak sini duit tu balik! kalau tak, kak farah takmau bawak shopping dah! HUH!
dah.
nilam, i order you to be my flowergirl masa i kahwin nanti. PAKSA i tell you!
tiba-tiba aje.annoying ah penulis ni asyik sebut pasal kahwin.kahkah.
fullstop.
wassalam~
1 comment:
mmg FUN layan kerenah bdk kecik..
kte sibuk cari duit, diaorg suke hati je habiskan..
x pe.. org lain bahagia, kita bahagia..
x begitu fawaw..? =p
Post a Comment