sukar untuk aku mengerti
mengapa mesti hidup sebegini
umpama dalam drama bersiri
kisah suka lara saling berganti
sukar untuk aku percaya
apa yang ada di dalam dada
jika dipendam semakin terasa
jika terlepas memakan jiwa
sukar untuk aku terima
jika yang dipinta bukan lumrahnya
lain yang diharap, lain datangnya
mungkin memang itu suratannya
maka aku ingin pergi
jauh dari semua ini
semoga masa hadapan yang bakal menanti
bakal memberi sinar mentari
tapi aku tak mampu pergi
kerana mungkin memang ini takdirku
kelak akhirnya aku akan kembali kepada-Mu
- si gadis i am? , 9.06 malam. lapan belas april 2010 -
wassalam~
No comments:
Post a Comment