Kehadapan kekanda yang sedang bahagia di Dublin bersama D7os tersayang,
Semoga kekanda sihat sejahtera. Silalah makan banyak-banyak agar setibanya kepulangan kekanda ke tanah air kelak, berat badan kekanda akan melebihi adinda. Barulah adinda berasa lebih kurus dan tidak perlu diet lagi. Sebagai manusia yang paling rendah ketinggiannya dalam adik beradik, adinda rasa adinda harus menjadi individu yang paling ringan, jika tidak adinda akan consider diri adinda sebagai obesiti. T______T
Tujuan adinda menulis warkah ini adalah untuk suka-suka, suka- suki tetapi bukan suku-suku. Kerana adinda tahu setiap hari kekanda pasti akan singgah di blog adinda ini bagi mengetahui segala perkembangan kami di Malaysia negara kita yang tercinta.
Kereta gen2 kekanda di rumah kini diperturunkan kepada adinda lantaran kereta paprika dipinjamkan sementara ke rumah rakan-rakan adinda di rampai bagi memudahkan aktiviti import-eksport pelajar ke unikl. Setelah kekanda pergi, gen2 baru hanya diservis sekali lantaran adinda selalu tidak mengingatkan bonda dan ayahanda. Dan setelah kekanda pergi, semakin banyak calar-balar di body gen2 lantaran manusia-manusia yang tidak berperikemanusiaan yang suka mencalar tanpa belas kasihan.
Oh, bagaimana pula paket-paket budu yang dihantar oleh bonda tempoh hari? Sudah habis dimakankah? Tempoh hari adinda cerita kat rakan-rakan yang bonda ada bekalkan kekanda paket budu yang saiznya macam sos cili mcD tapi mereka tak percaya. Tapi peduli apa. Mereka kurang meminati budu jadi apa mereka tahu kan?
Selain itu, kucing-kucing di rumah, tam dan teh hampir ke tahap obesiti. Perutnya bulat macam mengandung tapi sebenarnya tidak, kerana mereka tidak pernah berdating dengan kucing jantan. Maka sah-sah itu tanda-tanda obesiti. Mereka tidak kenal kekanda lagi sebab adinda tak pernah tunjuk gambar kat mereka. Maka bila kekanda pulang, dapatlah kekanda berkawan-kawan dengan mereka yang lincah lagi gemuk itu.
Kekanda, tempoh hari adinda banyak membincangkan hal jodoh bersama bonda. Sudahkah kekanda mempunyai calon sendiri? Jika sudah ada, bonda mahu tahu kalau calon itu layak atau tidak. Jikalau belum, bonda dan adinda akan carikan seorang untuk kekanda. Boleh? Kerana bonda sudah plan kita bertiga akan kahwin serentak lantaran umur kita yang berdekatan. Tapi kalau kedua-kedua kekanda belum bersedia, bolehlah bagi ruang kepada adinda dulu untuk langkah bendul. Adinda taknak jadi andartu ;p
Maka, semoga kekanda belajar bersungguh-sungguh, dan dapat menghabiskan ACCA, lalu bekerja bagi menanggung keluarga sikit kerana tahun depan ayahanda sudah pencen. Oh, cepat sungguh masa berlalu.
Sekian, adinda yang saje nak merepek masa study untuk final.
Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca, tak payah balas pun tak apa. ;p
wassalam~


1 comment:
Salam,
Kehadapan adinda di Wangsa Maju,
1. Kekanda di sini memang makan banyak tetapi badanku masih lagi kurus.
2. Simpati atas nasib gen2 yg menjadi mangsa manusia2 tidak berperikemanusiaan itu.
3. Paket-paket budu telah selamat sampai dan telah menjadi santapan tatkala makan di rumah.
4. Semoga dapat berjumpa dengan tam dan teh sejurus kepulangan kekanda di Malaysia.
5. Calon? Masih belum ada dan masih mencari. Kalau kalian hendak membantu pencarian, boleh sahaja. haha.
6. Terima kasih. Semoga kekanda dapat habiskan ACCA dengan jayanya. Amin.
Sekian, Terima Kasih.
Post a Comment