In the name of Allah,most gracious,most merciful

20090116

memanah dan archery

Salam....

malam tadi, masa saya dihabiskan dengan membaca kisah adolf hitler. yang ada kaitan dengan kebangkitan yahudi menyerang palestin.
tetapi masih belum faham.baca dan baca.
sehingga naik pening.
nampaknya ditakdirkan bhw saya tida jodoh dengan sejarah.maaf
abaikan.
*anyway,terima kasih ya atok(fet) kerna tlg terangkan*
(kat mersing dulu ade gak atok..dah 2 org atok nih..hehe)

maka hari ini, topik yang seterusnya pula ialah mengenai memanah.
antara sukan kegemaran saya.
dan juga merupakan sunnah Rasulullah SAW

Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

memanah. mungkin tidak semua orang berkesempatan untuk mencuba sukan ini.
*silalah cuba jika berkesempatan ya ;)*

saya telah menceburi permainan ini sejak tingkatan 2, sewaktu di mrsm lagi (2004)
berterusan sehingga 2007.(masih di mrsm yg sama)

maka tentang memanah .
seperti yang kita sedia maklum, untuk memanah, elemen utama yang perlu ada ialah busur dan anak panah. (bow and arrows)
seperti ini :


robin hood



dan juga target face&bud, finger tab, quiver, stabilizer, armguard, chestguard - ini bagi satu set lengkap
seperti ini :


wan khalmizam, pemanah negara

bergaya bukan? ;P
gambar saya sendiri sewaktu memanah telah hilang file nya.harap maaf.

sukan memanah juga merupakan antara sukan yang termahal
percayakah anda, satu bow beginner pun hampir mencecah rm700


baru ini sahaja

jika yang advance punya...
range harganya rm1500 ke atas

yang ini sahaja

itu baru bow.
tak ada arrow, tak boleh main lagi.
harga arrow pula
satu batang pula berharga rm12 ke atas
mengikut materialnya.
jika aluminium,murah la
jika carbon, minimum rm15 sebatang


carbon arrows

bow ada, arrow ada, dah boleh main?
belum, finger tab tiada lagi, melainkan anda sanggup menarik tali tanpa sebarang alas.
(finger tab ni merupakan benda yang mengalas jari kita dengan tali busur supaya tidak sakit apabila menariknya)


ini finger tab


ini cara menggunakannya

harga satu finger tab yang secomel ini pun sehingga rm30
cuba kira sekarang, berapa banyak wang yang diperlukan?
*berpinar dah mata.haha*

barang-barang di atas baru hanya yang basic.
tidak termasuk barang-barang ini :


arm guard - rm15 ke atas



stabilizer (sila rujuk gmbr wan khalmizam di atas.yg batang-batang di bownya itulah stabilizer)
harga - kurang pasti.lebih daripada rm30 rasanya


chest guard - RM20++



quiver - tempat letak arrows
harga - kurang pasti . rm25++ kot


bow stand - tempat letak bow sementara sewaktu sedang tdk digunakan
harga - kurang pasti,mahal juga la


huuu..
ini tidak termasuk kos shooting range, minor elements (arrow rest, fletchers, kissing button n etc)
banyaknya! huhu
kalau mahu keluar wang sendiri,entah berapa banyak la yer.
terasa beruntung sangat diri ini sebab berkesempatan juga bermain dengan alat-alat ini selama 4 tahun dengan bayaran hanya rm10 setahun ;)
setiap kali pergi ke pertandingan, dapat elaun sehingga rm30
paling seronok masa dapat join archery team johor, untuk mssm memanah kebangsaan 2007, walaupun saya antara yang tercorot dlm top40 kategori under18 (haha.yela.mereka kebanyakan atlit sekolah sukan. mana boleh lawan maa..)

pengalaman yg seronok

oh ya, kami juga ada doa memanah.
setiap kali sebelum lepaskan sebatang anak panah,
baca bismillah,selawat, dan doa yang dipetik dari ayat ini :

[8:17] [8:17]

Al - Anfaal, ayat 17 :
Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir) dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


doanya :

- wama ramaita idz ramaita wala kinnalaharama

(bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar)


insya-Allah, dengan membaca doa ini, kita akan berasa lebih tenang dan fokus untuk target bullseye :)
ini diamalkan tidak kira sewaktu pertandingan ataupun sewaktu latihan sahaja.

coach memanah kami juga ada pesan, terutama kepada students lelaki yang dah berkecimpung dalam memanah.
katanya, sebaik-baiknya teruskanlah memanah, sbb ini sunnah nabi, kalau benda yang kita tahu tapi kita tinggalkan, rugi lah segala ilmu yang dah ada dalam bab ni.
bagi perempuan, tidak mengapa sangat lah, kerana sukan ini pun agak sukar juga bagi seorang perempuan untuk meneruskannya..

cukuplah, sebenarnya sudah mengidam mahu main memanah ni.
x ada rezeki lagi..x apa lah..
jadi, mahu cuba? ayuh lah! :)

sekian,wassalam

6 comments:

Anonymous said...

ahahhaa. tangan kau sampai lebam lebam ha x ingat dunia main memanah! hahaha

Nuha Muneerah Abd Hakim said...

jealous2,,
teringinn nak cuba memanah.
tp dalam mimpi je lah gamaknya ;'(

Anonymous said...

ku pon mao mmanah gak..
bwk ler aku ke dunie mmanah.. :-D ~

fawani said...

to mel : aha.yep2.tangan dah terseliuh pun x reti2 nak brenti main gak.haha

to nuha : jom lah...kat sunway ada,maju junction ada, ada masa insyaallah jom la :)

to safwan : hehe.xpe2..next cuti kite grak g maju junction eyh.kite maen manah rmai2! :)

Faa said...

dtg laa mersingg!
ohh btw,
bulan 3 ney kitorang ade tournameNt.

Carlis said...

fuh mmg pro abes ah.yea u go gal!
hee:D

hugs,iqa;)