In the name of Allah,most gracious,most merciful

20090301

mari berfikir!

Salam

sedikit persoalan.
andaikata kamu telah dianalisa oleh doktor.
bahawa kamu ada penyakit.
penyakit yang perlu kamu tanggung seumur hidup.
ataupun yang lebih mencabar, penyakit yang mampu meragut nyawa kamu pada bila-bila masa.
apakah yang kamu akan lakukan?atau perasaan kamu?
saya biarkan kalian fikir dahulu ya...

10

9

8

7

6

5

4

3

2

1


....................
...............
.........
...
.



harap maaf.masa sudah tamat.
jika masih mahu teruskan berfikir dan membayangkan situasi tersebut, sila sambung selepas membaca post ini ya.

baiklah.
perbincangan dimulakan.

pandang-pandang sekeliling.
ada si gadis tersenyum gembira bersama teman-teman
ada si jejaka bermuka bengis menahan kemarahan
ada si tua tersengih sehingga ternampak gigi hadapan yang tiada
ada si kecil menangis kerana mahukan aiskrim

sekilas pandang,
luar nampak sihat.
tapi dalam badan siapa yang tahu.
lihat sahaja mereka sebegitu, tapi siapa tahu di sebalik wajah dan badan itu terdapat kisah-kisah derita yang perlu mereka tanggung kesakitannya?
hanya tuan empunya badan dan orang-orang tertentu sahaja yang tahu.

kadangkala, ditimpa penyakit, susah mahu terima.
kadangkala...
ada yang boleh terima, teruskan hidup seperti sediakala
ada yang boleh terima, tetapi hidupnya bermuram sahaja
ada yang boleh terima, tetapi dalam fikiran ingat tentang maut sepanjang masa

sedih,
memang sedih.
tetapi sudah memang tertulis.
bahawa semuanya ujian Allah SWT
maka usah dipersoalkan mengapa, seperti ini :

"WHY IT IS ME??"
"WHY I'M THE ONE?"
"WHY OTHER PEOPLE DIDN'T SUFFER WHAT I HAD??"

sungguh.
orang memang tidak faham apa yang kita rasa.
mereka tidak tahu betapa sukarnya menanggung beban ini
betapa sukarnya hidup ini untuk diteruskan
sukar..memang sukar nak faham..
cuma orang-orang yang senasib sahaja memahami

walaupun begitu,
seharusnya kita perlu lah gembira atas apa yang berlaku
kenapa?
kerana kita insan yang bertuah
insan yang terpilih
untuk menerima ujian Allah SWT
kerana tidak semua orang menghadapinya.
kerana,


Allah tak akan menguji hamba-Nya kecuali Dia tahu hamba-Nya itu mampu untuk menghadapi ujian dari-Nya


benar, benar, memang benar
maka sebab itu kita haruslah tabah menerima ujian-Nya
berbekalkan iman yang utuh, moga kita redha atas apa yang berlaku, dan menghadapi ujian-Nya dengan penuh rahmat-Nya, insyaAllah.

tentang maut pula.
memang benar, kita perlu ingat tentang mati.
tetapi janganlah ingat tentang mati sahaja sehingga putus asa untuk hidup.
cara yang salah.

contohnya,
walaupun doktor mengatakan bahawa kamu ada lagi 2 bulan sahaja lagi untuk hidup,
kamu tidak boleh menangis sahaja selama dua bulan itu.
la tahzan.
kamu seharusnya teruskan hidup seperti biasa, banyakkan beribadat, luangkan masa sebaiknya bersama insan-insan tersayang tatkali menanti detik2 tersebut, niat kerana lillahitaala
lagipun, ajal maut di tangan Tuhan

baiklah.
sekadar perbincangan sahaja.

bagaimana dengan diri saya sendiri?
kes saya tidaklah serius mana. pada pendapat saya.
sempat menjalani pembedahan dahulu, saya cukup bersyukur.
tentang tangan pula, kiri masih normal, alhamdulillah. bersyukur juga
ada yang main2, sengaja mengejek ejek gaya saya menulis, rilek sahaja lah. kenapa perlu sensitif sangat pula kan?
dahulu memang saya sensitif. sekarang, sudah lali.rilek sudaa~
*macam aya la nih. gaah. perasan2! haha*

kalau orang yang tak tahu tentang perkara tu, tanya tentang keunikan saya menulis.
saya cume jawab : "saya special! unik, lain daripada yang lain" (sambil tersenyum menyatakan saya gembira dengan keadaan saya ini :D)

so, be happy of what you have :)

banyak pula bincangnya
sekian,
wassalam~

(note : kaki semakin kerap cramp, serta left chest pain kadang-kadang berulang kembali (kedua-dua ini pernah berlaku semasa sedang memandu kereta..bahaya sungguh~) berlaku bukan sewaktu diri sedang stress, dan keadaan sedang rileks..sewaktu bekerja bertukang sampai nak pengsan tidak pula...aneh..symptom tambahan dystonia atau kekurangan nutrien???? (",) ?? wallahualam.)

3 comments:

rafi said...

ak cukup tersentuh.. bgus lah ko.. xpe2.. sume ujian itu ada hikmah kn.. hepi jew tau!!! btw, jhat btol spe yg ejek ko tu.. kim salam maut k..huhu..

fawani said...

huhu.
xpe.lek je la :)
hepi2 slalu! :)
rsenye ko tau post ni aku tujukan kt sape kn..
huu.moga2 die ok2 shj lah ya.
kim salam maut.wuh.bhye.xpe laa..aku x kesa pn laa..hehehehe

Syaheeda said...

faw. be strong.
u knw im always bhind u giving supports. ok?
biar je sape2 yg ejek coz i know deep inside ure one lil nice and strong girl! ok?