In the name of Allah,most gracious,most merciful

20090518

agent zero

Salam.

siang tadi, keluar bersama rakan-rakan geng bertepuk tampar.
widad, birthday girl yang dah semakin tua. (wahaha.jangan mara :P) sudah 2 tahun tidak ketemu dia,
serta doyon, yang sudah 1 tahun tidak ketemu.

kenapa dipanggil geng bertepuk tampar?
sebab apabila jumpa sesama kami, kalau bercakap/berbual/mengarut tentang sesuatu yang kelakar mahupun teruja, pasti akan bertepuk tampar bahu dan tangan sesama sendiri.dengan daya yang maksimum.

entah mengapa, kalau dengan kawan-kawan lain tidak pula.
tapi kalau antara kami nih. uish. tangan ni mesti gatal sahaja nak menepuk bahu atau tangan dan kadang-kadang sampai lebam.hahaha.automatik sahaja.

maka, keluar lah pelbagai cerita sewaktu zaman kanak-kanak dulu. flashback semula dari zaman form 1 sampai la form 5.

kelakar, sangat kelakar.
bayangkan kami tidak berhenti gelak tadi. kecuali semasa dalam tonton wolverine dan sewaktu di surau.

masuk tandas - gelak.
makan - gelak.
jalan-jalan - gelak.
dalam kereta - lagi la gelak habis-habisan sebab orang lain tak akan dengar.
HAHA.

tiba-tiba rindukan zaman sekolah pula.haishh!
kalau lah ada mesin pengembara masa doremon, mesti dah habis hancur kami gunakan! haha.

oh ya, danny hunny.. eh.salah..daniel henney (wahaha.abiey punya pasal la ni.pergi panggil hubby daniel henney nih danny hunny) tampil cool sahaja berlakon sebagai agent zero dalam x-men.ecewahh.walaupun dia dikira golongan musuh, kami tetap suka dia.sebab dia memang hensem.hahaha.

tapi sayang sekali dalam x-men kenapa dia nampak tua berbanding cerita-cerita sebelumnya???tak puas hati ni!haish!



kekacakan danny hunny terserlah.ecewaahh.


ini pula ketuaan danny hunny terserlah sebagai agent zero..haish!



terserlah kemachoan dia.haha



ini pula terserlah kecomelan dia.hihi


dah.
puas cuci mata?haha
*astaghfirullah.apa nak jadi neh =___="*

apa-apa pun we love daniel henney. tidak ketinggalan dennis oh juga!


dennis oh.kenapa kamu senyum comel sangat ni hah?

sudah.cukup2!
sekian,
wassalam~


No comments: