In the name of Allah,most gracious,most merciful
Showing posts with label kisah hidup. Show all posts
Showing posts with label kisah hidup. Show all posts

20101104

fall.

Salam

Photobucket

A flower falls, even though we love it; and a weed grows,
even though we do not love it.

- Dogen -




“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya), dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (Al Anbiya’: 35)
“Makna ayat ini iaitu: Kami menguji kamu (wahai manusia), terkadang dengan bencana dan terkadang dengan kesenangan, agar Kami melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang ingkar, serta siapa yang bersabar dan siapa yang beputus asa.” (Tafsir Ibnu Katsir, 5/342, Cet Daru Thayyibah)


Kebahagiaan yang kita miliki kadangkala tak kekal lama, belum cukup puas kita miliki, Allah akan tarik balik kebahagiaan tersebut sekiranya kita tidak bersyukur.
Begitu juga dengan dugaan serta musibah, kadangkala apabila kita diuji, kita terasa semakin terbeban hari demi hari, melainkan kita bersabar dan tidak berputus asa.


wassalam~
Align Center

20101028

catalysts.

Salam




My catalysts ♥


How about yours?


wassalam~

20101019

it's getting heavier.

Salam

"God places the heaviest burden on those who can carry its weight."


and I believe in that :)


Thank You Allah for making me stronger day by day.

wassalam~

20101017

Pergi takkan kembali

Salam

Semoga nenda bersemadi dengan aman di alam yang fana, serta ditempatkan dalam golongan yang beriman serta dikasihi Allah SWT




Al-Fatihah

Bila balik Malaysia nanti, Farah dah tak dapat lawat Atok macam dulu.

Masuk bilik, terus sahut "Atokkkk.."
Bagi salam, Farah boleh dengar Atok jawab.
Bila Farah cium pipi, Atok suka. Senyum lebar sampai ketawa.
Dah tak boleh nak cerita-cerita kat Atok, duduk kat tepi Atok sambil pegang tangan Atok.
Belai ubun-ubun Atok.
Dah tak boleh nak picit-picitkan kaki Atok
Dah tak boleh nak baring sebelah Atok
Yang paling utama..
Dah tak dapat nak jumpa Atok dah lepas ni..

Ingat lagi dulu, kami bergurau tentang kahwin.
Masa tu Farah cucu bongsu perempuan, Nilam tak ada lagi, apatah lagi Putri.
Sepupu-sepupu pula satu demi satu kahwin.
Cicit-cicit Atok makin bertambah.
Atok cakap, entah sempat ke tidak nak tengok Farah kahwin.
Farah cakap; Atok jangan cakap macam tu, insyaAllah, kalau umur panjang Atok sempat tengok..

Tapi Allah lebih sayangkan Atok.

Syukur alhamdulillah, Allah permudahkan urusan pemergian Atok.
Pagi Jumaat yang mulia, hari yang didambakan setiap insan untuk pergi menghadap Ilahi..


Atok, walaupun kita dah tak dapat jumpa,
Farah harap, bacaan Al-Fatihah dan Yaasin yang Farah kirimkan tiap kali selepas solat, sampai ke Atok di sana.. :)

Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Daripada-Nya kita datang,
Kepada-Nya kita kembali...



wassalam~

20101015

Al-Fatihah

Salam

Malam raya....

Gadis : Atokk..raya ke-4 nanti farah nak pergi dah..sambung ngaji kat england!

Si gadis tujukan ayat itu kepada nenek yang sudah tidak sekuat dahulu, bedridden, kehidupan hariannya memerlukan bantuan orang. Hanya kerdipan matanya masih bergerak, tutur katanya pula antara dengar tidak dengar, hanya senyuman dan matanya mampu mengekspresikan apa yang dirasanya..hidupnya kembali umpama bayi..

Tok Mak ternganga mendengar. Riak matanya memberi maksud sedih.

Gadis : Takpe tokk...nanti tahun depan farah balik, kita jumpa lagi yer...mmuuaahh mmuaahh! *sambil mencium pipi atok*

Tersenyum riang seorang nenek mendengar kata-kata cucunya akan pulang menjenguknya.



Tetapi Allah lebih menyayanginya, tak sempat untukku kotakan janji-janjiku itu.


Hari ini, jam 3.45 pagi , atau jam 10.45 pagi waktu Malaysia, ku tersedar daripada lenaku. Seakan-akan ada sesuatu yang tak kena.

Jam 5.21 pagi, terima sms dari Mama, 'Emak baru saje meninggal'...



Al-Fatihah

Di pagi Jumaat yang mulia,
Semoga Allahyarhamah Hajah Zainah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.


Rasa nak peluk mama. Rasa nak cium dahi arwah sebelum kebumi. Tapi tak dapat. Tak mampu. Nak kirimkan diri sendiri balik ke Malaysia memang tak mampu.Hanya bacaan Surah Al-Fatihah & Yaasin yang dapat dititipkan...

Dugaan belajar di luar negara,
Ya Allah kuatkanlah semangatku untuk hari-hari yang mendatang..

wassalam~

(p/s: Our path is the same. Now it is fair. I feel you.)

20101009

berita hairan

Salam

our Prague flatmate updated us with a 'so-shocking' news from Malaysia which he read this morning.

shame shame shame, we didn't read at all any Malaysian news, but he did. T___T

and here's the news : Jeritan ibu paksa kera lepaskan bayi


baik, dah bookmark berita harian online. harap-harap lepas ni tak ada la tertinggal lagi cerita cerita harian yang hairan.

wassalam~

20101007

secret weapon

Salam


Photobucket

my new study weapon that i bought recently.



It is not the form that dictates the color,
but the color that brings out the form.
-
Hans Hofmann-


be an airplane

Salam

Photobucket

The airplane stays up because it doesn't have the time to fall.
- Orville Wright-

wassalam~

20100929

love love love

Salam

well, at last dah ada sedikit mood untuk update sesuatu :)

cardiff is a great place. i stayed in one of the university accommodation, senghennydd hall, worth 3272GBP for 9 months. expensive? ya, but worth it, for a very comfy room, with my own bathroom, free internet connection plus evening meals every weekdays which caters halal food!


purplish!

white pendaflour light, not those romantic-orange light ;p


sunny day, feels like summer!
bay window provides a space for mini-gardening ;p


provided evening meal.
roasted chicken with tomato & barbecue sauce, potatoes & brocoli, and bread pudding for desert! :D


just 5 minutes away to engineering school, and about 10-15 minutes to city centre, ehem, walking i mean. and a lot of affordable meals at halal restaurants.but due to travel plan restrictions, we planned to save our money as much as possible. so no dine-out! save money please. and tummy too. HAHA

we cooked our own meals too ;

sweet & sour beef burger

sayur goreng

and cooked tomyam kaww-kaww too. beras,cili padi, limau nipis, semua ada kat sini. :)
our chef duties only on weekends & holidays . because no meals provided.

how about our flatmates? 8 people from various countries, Lithuania, China, Wales, Bangladesh. another two we haven't meet yet. but that welsh boy and bangladeshi muslim boy (but resides in wales now) are friendly tho. ade jodoh kot? dengan afiqah la. not me ;p HAHAH

temperature is getting colder each day. especially when the sky is gloomy, the wind have no mercy to us. and only now we really love the SUN a lot compared to malaysia! ;p Mr Sun, please come again tomorrow will you? :)

oh yes, last sunday we went to carboot sale, and it was superb! everything is dirt cheap.bought a lot of clothes, since i didn't bring a lot. and it feels incomplete and not so 'homely' seeing my empty wardrobe. so i have to fill em up to feel the homeliness more.ok alasan HAHAH ;p

our induction starts tomorrow until friday. then next week is our new uni life! still trying to adapt the british accent, but in wales it's much more difficult because mixed with welsh accent. pergi kedai asyik pardon sorry pardon. noob betul T__T

think that's all
will update more, insyaAllah kalau ber-mood :)

wassalam~

20100918

pendek habis.

Salam



Sekian lama menghilang, kini sudah berada di bumi Cardiff, Wales, United Kingdom :)



Will update soon!


wassalam~

20100902

Let those who know know, and let me keep what little privacy i can - lisa bonet

Salam

sometimes,at one certain point of your life, you want your life to be more secure, or you want more privacy - that's the exact word.

and currently I'm reaching that point right now.

well, that explains why lately i don't update too much, and keeping my facebook silence; not revealing too much to the public, while the others are excited sharing their stories , make it their daily activities, what they eat and drink, their feelings and even saying good morning when the sun rises and goodnight when it's midnight.

now i don't feel like telling everything.
even in my blog.


maybe it's enough for now.



no worries, i won't stop blogging. maybe I'll update more, later.


now i want to treasure the moments in my brain, alone.
and not to forget in my heart too :)

and it's already september. well, obviously.

salam ramadhan! :)

wassalam~

(note : my baby needs my attention. haven't hold her more than a month!)

20100829

incomplete

Salam

at last, after one year,
one complete family, seven of us including nilam.

but it won't last too long,
only for 15 days.



then another one will leave.



when we're getting older, things will not be the same like when we're young.


sometimes we hope that time flies slower, so that we can treasure each moment together,
but it won't happen, because time always fly so fast, so close your eyes and wish that the time flies faster, and hope that we can treasure more in the future.


so do appreciate every moment in our life, especially with our loved ones. :)


wassalam~

(p/s : can we pretend that airplanes in the night sky are like shooting stars? i really could use a wish right now ;) )

20100823

Ceritera ramadhan (kisah dua)

Salam


muka depan berita harian, 23 Ogos 2010


malam semalam, bunyi mercun makin ligat kat kawasan rumah kami. nak-nak lagi yang chinese sambut hungry ghost festival, jadi bertambah-tambah la dam dum bunyi meletupp!

hari ni, kat dalam surat khabar pun ada dalam 3 hingga 4 kes budak cedera angkara mercun durjana itu. paling menyayat hati kes di atas tu la. mak bapak budak tu yang jual mercun, tapi anak jadi mangsa.dilaporkan mayat arwah tersangkut kat pokok, dengan keadaan kepalanya pecah serta otaknya terburai. wallahualam.

sekarang bila tengok banyak kes, baru tau seram! dulu kecik-kecik suka beno main. nak-nak kalau kami dah kat kampung, apa lagi, memborong mercun la jawabnya. almaklumlah dekat dengan siam, jadi banyak la supplier aktif.

masa kecik-kecik dulu, tak kenal mercun lagi. yang tau mak ayah belikan pop pop. hak macam bawang putih kecik tu. selamat dan cukup best la bagi umur masa tu.


walaupun kecik, bunyinya tetap annoying jugak.

bila besar sikit, mula nak ekstrim. bunga api la yang paling famous masa tu. ada 3 jenis, hak merah, hak warna-warni dengan hak dawai. kalau yang kecik main hak merah dengan warna warni, kalau besar sikit, hak dawai tu sebab sparkle dia lagi besar.


hak warna merah. kalau patah kecik-kecik lepas tu bakar dua belah boleh berpusing macam mercun gasing!


hak dawai punya.


bila dah lagi besar, nak lagi ekstrim. asal ada duit lebih sikit, pergi beli mercun. punya la tak kisah nak bakar duit masa tu. janji dapat bakar lepas tu POMM meletup, dah memang cukup puas hati. berikut merupakan senarai mercun mercun yang penulis pernah cucuh dan bakar. HAHA.

1) Mercun Mancis


comel macam kotak mancis

Kenapa dipanggil mercun mancis? Sebab main dia macam main mancis. Tepi kotak tu ade strip hitam yang macam kat kotak mancis tu, mercun dia kurus panjang berbentuk silinder, gemuk sikit la dari mancis. jadi bila dah gesek lepas tu dah nyala, terus baling, kalau tak baling silap haribulan meletup jugak jari tu. ada dua jenis, satu hak kecik, satu lagi hak besar. mesti la yang besar lagi power meletup.


2) Mercun Naga


warna warni macam cokelat

Hak ni tak tau la kenapa dipanggil mercun naga. Mungkin dia ada keluar sparkle macam masa naga dragonball nak muncul bila dah cukup 7 biji dragonball kot. Entah la.


3) Mercun Lebah


buzz buzz buzz

Haa. hak ni nama dia sebab serupa dengan gaya dia. bentuk dah macam lebah, lepas tu bila bakar dia terbang macam lebah terbang. comel jugak. i like.


4) Mercun Gasing


pusing pusing

Hak ni pulak memang macam gasing. berpusing pusing. ada dua jenis, yang biasa macam dalam gambar tu, atau colourful. comel jugak. tapi tengok dari jauh la. tak boleh dekat-dekat. jadi bila dah nyalakan tu cepat-cepat lari.


5) Mercun Papan


atau mercun cina

mercun paling ANNOYING di dunia kot. haha. mana taknya, berkurun jugak nak tunggu setiap batang tu meletup sampai habis. bunyi macam perang zaman jepun dah.


6) Mercun Ketupat


ketupat yang tak boleh makan

Diberi nama ketupat sebab bentuk segi tiga macam ketupat daun palas. bunyi pun boleh tahan mengancam, boleh gugur jantung. tapi tak sekuat mercun bola la.


7) Mercun Bola


bola-bola api

Antara paling famous, yang selalu masuk surat khabar sebab polis buat rampasan. Bunyi pun sodap. Boleh meninggal orang yang ada sakit jantung. Boleh buat lawan bunyi dengan kampung sebelah.


8) Mercun Roket


thunderclap,antara yang terfamous.

Dah nama pun roket, jadi memang macam roket la. Kena cucuk kat tanah atau letak dalam botol, lepas tu cucuh api, lari. Lepas tu mercun ni mula la shiuuuuunngggg naik atas lepas tu POM! Memudahkan polis mengesan si pemain mercun. Jadi lepas main terus masuk sorok dalam rumah ok.HAHA.


9) Mercun Tempayan


comel gitu.

Tak tau kenapa dipanggil mercun tempayan, tapi orang yang moden sikit panggil mercun fountain. sebab sparkle macam fountain gitu. kelas gitu!


10) Mercun Das


panjang slim,kena pegang.

Hak ni pulak macam bunga api masa merdeka atau new year, cuma versi mini. Ada banyak jenis, ada yang 5 das, 10 das, 30 das, 50 das pun ada. Das tu maksudnya ada berapa kali dia shiungg keluar la. Lagi banyak das, lagi panjang batang dia. Kami pernah beli hak 50 das, lepas tu gilir-gilir pegang. Ternganga la kami budak-budak sekampung mendongak ke langit tengok sampai habis.


Tengok, punya la banyak mercun kami main dulu. Entah berapa ratus habis. Sekarang baru menyesal. Suka sangat membakar duit. T____T

Tapi diharap janganlah meniru aktiviti-aktiviti yang pernah kami lakukan ini. Bahaya, boleh jadi buta, pekak, jari dari sepuluh tinggal lima, telinga dari dua jadi satu per dua. Tak bagus untuk kesihatan.



NO NO NO NO!

Adik-adik, please don't play play aaa. Eh, yang abangnya pun sama jugak, jangan menggatal nak main! Duit tu daripada beli mercun, baik belanja cik akak kita ni kebab satu. HAHA.

Sekian,
Salam Ramadhan! :)

Wassalam~

*gambar ihsan encik google. terima kasih*


20100821

keep praying, don't lose faith

Salam

it came back,
after 24 months of silence.


mandi tak basah, tapi tetap wangi
makan tak kenyang, tapi tetap berselera
tidur tak lena, oh, bukan tak lena, tak boleh tidur langsung dah


dugaan.


keep praying, don't lose faith.
Amin.

wassalam~

(note : ponstan my saviour, please help me. thank you.)

20100820

bekal bukan setakat budu paket

Salam

hari ni dah 20 Ogos, 10 Ramadhan, tinggal 2/3 bulan aje nak puasa,
tak sampai sebulan dah kami nak pergi jauh.

sebut pasal nak sambung belajar kat negara orang, semua dok sibuk fikir nak beli beg tarik besar kaler faveret masing-masing, nak beli kot hak bulu bulu ka hak pemecah angin ka hak tak ada angin la, nak beli rice cooker la stok maggi setahun la stok budu peket nak bawak pi sana la(che ni darah klate meme make budu jadi memang wajib bawak la ;p). macam-macam lagi la! memang seronok nak shopping tapi berpada-pada la. ikut kemampuan duit ada banyak mana ye dak?

tapi kita selalu terlupa benda-benda yang lebih PENTING.

kita mulakan contoh dari awal la mudah,

contoh satu :
di saat-saat kita naik flight, punya la berjam-jam kena bertapa. nak-nak kalau budak fet satu batch yang conquer, memang haru biru la flight attendant nak layan kita. borak-borak, makan-makan,tidur,dalam otak dah terbayang bila landing nak terus pakai jaket hak bulu bulu yang korang dah beli tu tapi tak boleh sebab wajib pakai kot mara. mungkin ada yang menangis lagi dok teringat pakwe pakwe awek awek yang kena tinggal kat malaysia, tapi takde la pulak nak menangis sebab kena tinggalkan mak bapak kan? nak guna handphone (kononnya nak cari ketenangan nak call awek) tak boleh, internet pun tak ada, bila bateri mp3 habis ,lepas tu tak tau dah nak buat apa, boleh mati kebosanan agaknya.

contoh dua :
lepas tu bila kita kat sana nanti, surau bukannya ada kat merata tempat, lagipun dah biasa kan kalau kat luar negara tu tengok orang solat kat atas padang dikelilingi bunga-bunga berwarna warni, itu kalau waktu summer la. kalau winter, solat atas salji pun boleh jugak. lepas tu ada fikir tak, macam mana nak cari arah kiblat kalau kita dah dekat kawasan macam tu? nak tanya orang lain, banyak omputih bukan agama kita, tak ada guna jugak.

contoh tiga :
negara omputih, biasalah, dalam toilet tak guna air. jadi memang kena sentiasa bawak air la dalam beg kalau boleh. tapi kalau tiba-tiba air dah habis, masa tu tengah travel kat mana-mana tempat lain pulak yang memang tak ada sumber air langsung, cara yang tinggal untuk angkat hadas kecil sudah tentu la bertayammum. tapi selalu diri tu tak yakin nak tepuk debu dari tanah mana. yela, kot-kot tengah tepuk tepuk sekali nampak ada anjing dok melepas baik punya depan mata hang, terus jadi tak yakin nak bertayammum.


berdasarkan ketiga-tiga konflik di atas, pernah tak kita terfikir untuk bersedia mencari jalan penyelesainnya dari sini lagi? che memang mengaku, memang che tak terfikir langsung. mujur mama tersayang membawa anaknya ini membeli barang keperluan yang terpenting itu.


berikut adalah penyelesaiannya,

untuk contoh satu :
daripada dok melayan perasaan macam tu, apa kata kita buat pahala sekali? ada masa ni nanti pergi kedai yang jual buku-buku agama yang dekat dengan rumah masing-masing , cakap kat pakcik yang menjual tu nak tafsir Al-Quran version kompak punya. hak saiz comel tu. siap ada macam-macam kaler lagi tu.





kalau yang tak sempat pergi kedai, boleh order online, kat quranonline2u.com
dengan adanya bekalan ini, semoga Allah memberkati perjalanan kita :)


untuk contoh dua :
lain tempat, lain la kiblatnya. jadi, lepas dah pilih Al-Quran yang korang nak kat kedai tu, tanya pakcik tu lagi, ada tak kompas kiblat?


lebih kurang macam ni la set dia



close up view

kompas ni universal, satu dunia boleh pakai. kat ceruk mana-mana pun boleh.insyaAllah dah tak tersesat arah dah lepas ni :)

oh, hak ni che tak jumpa kalau online boleh beli mana. sori naaa.


untuk contoh tiga :
maka pakcik tu pun dah hulur la kompas kiblat tu, lepas tu pakcik tu tanya "nak bayar dah ka?". cakap belum lagi, ada lagi barang nak beli. tanya pakcik tu, debu tayammum ada tak?





ada dalam macam macam bentuk lagi, yang che beli dalam botol plastik, yang macam botol panadol kaler putih tu. tengok la kedai tu ada yang jenis mana.

kalau tak ada jugak, boleh beli sini



dah cukup semua, kalau rajin tambah-tambah la lagi apa-apa. apa salahnya berbelanja lebih sikit untuk benda-benda ni, tak rugi pun kan?

oh, sek kito, kat supermarket kedai che ni ada jual budu paket macam paket sos cili mekdiy.
mudah, tak payah bawak botol budu cap ketereh berat-berat dah. ;p

sekian,
selamat berpuasa dan selamat berbuka,
serta selamat terawih :)

tak lupa juga selamat buat kuih raya untuk kaum hawa ;p


wassalam~

20100814

kisah pertama bulan puasa

Salam

serius, sekarang dah jadi seorang yang pemalas nak update blog.
online pun tak ada la sekerap dulu. err. mungkin kurang la beberapa jam daripada normal daily dosage. lagipun rugi kalau tak rebut pahala masa puasa ni. yela. mana la tau tahun ni last kita dapat puasa kan?

oh, nak cerita sikit.

selalunya orang surau atau masjid cakap, kalau boleh tak payah bawak anak-anak kecil pergi ke tempat ibadah. takut mengganggu jemaah yang lain. yela, budak-budak apa tau? masa jemaah tengah solat, diorang pun cari hiburan sendiri la. ada yang terjerit-jeit, terlompat-lompat, terkinja-kinja. biasalah. kita semua masa kecik-kecik dulu pun macam tu jugak kan? jangan nak tipu. ;p

sebagai seorang anak dara yang single belum berkahwin serta tidak memikirkan lagi masalah rumahtangga, mulanya saya berpendapat ; apa salahnya? kalau budak-budak ikut, boleh la jugak diorang belajar cara nak solat. (kot(?))

tapi orang cakap, belum rasa belum tau!

maka pada malam pertama terawih, kami tiga beranak perempuan pergi ke surau untuk menunaikan ibadah tersebut.

fikirku, anak kecil ini sudah 5 tahun, mesti dah pandai duduk diam. tak kacau-kacau orang dah.

solat Isya', alhamdulillah, dia ikut kami solat 4 rakaat lengkap dengan angkat takbir, berdiri tegak, rukuk, sujud, iktidal, duduk anatara dua sujud, tahiyyat awal dan akhir, dan bagi salam.

bangga rasa dengan adik kecil saya ni.

tiba masa solat terawih, dia dah mula bosan. dibukanya telekung, katanya panas.
saya pesan, duduk diam-diam. jangan kacau orang lain sembahyang.

tapi mungkin sebab saya lupa pesan jangan kacau KAK FARAH sembahyang, maka mulalah dia naik perangai mengada ngada.

waktu kita berdiri, cuba khusyuk dengan mata tertumpu pada tempat sujud,
dia pun berdiri depan kita. peluk kita.

cuba khusyuk, jangan peduli

waktu kita rukuk,
dia pun main pukul-pukul punggung kita.

Ya Allah, kuatkanlah imanku.

waktu kita sujud,
dia pun naik atas kita, duduk macam naik kuda.

Ya Allah, mula dah tak khusyuk.

waktu kita duduk antara dua sujud,
dia pun tarik tali telekung kita

Ya Allah, jangan biarkan aku terganggu.

waktu kita bangun untuk rakaat seterusnya,
dia pun tarik la kain telekung sampai nak tercabut

Ya Allah, memang tak khusyuk dah.

waktu berdiri rakaat kedua,
dia pun berdiri depan kita, pandang kita sambil buat muka badut sambil badan joget-joget, paut tangan kita lepas tu cakap "kak farah, nilam nak kencing!"

ting!

terus batal solat.

bila ajak dia jom pergi toilet, tiba-tiba dia cakap ;
" Tak lah. Nilam tak nak kencing pun."


bertuah punya budak!


2 kali jugak terbatal solat, akhirnya dia letih lalu tidur. aman sungguh dunia.


*****************

Bila diri sendiri dah rasa, baru tau macam mana dulu-dulu mak kita kena layan kerenah kita kan? Asal ibu kita nak solat aje, mula la kita meracau. Memang saje mengada-ngada.

Dan kita pun satu, susah betul nak khusyuk. Sedangkan Saidina Ali dulu, ada anak panah musuh tertusuk kat kaki sewaktu beliau sedang solat pun beliau tak rasa, kita ni pulak, nyamuk baru gigit sikit masa tengah solat dah mula la tergaru-garu gatal sampai hampir terbatal solat.

Jadi bersama-samalah kita cuba membaiki diri kita ini :)

Sekian kisah pertama bulan puasa.



mia sara, awak pun jangan kacau orang solat tau!
Epilog Syurga Cinta - drama wajib tonton sebelum waktu berbuka. ^_^


Selamat berpuasa!

wassalam~

20100807

Friendship doubles our joy and divides our grief

Salam


A Swedish proverb states that ;

Friendship doubles our joy, and divides our grief.

when our friends are happy, it's like sunshine. ray of light that brings joy to us.

when our friends are sad, it's like the dark cloud. there's no light and raindrops will fall down.


*******************************


Today,spent the whole day with my dearest friends.


Nina & Faisal, thanks for a great trip together.

Siddiq & Safwan, thanks for the invitation. Hope that our prayers this morning will come true.

Ieka, be strong dear. We will always by your side no matter what. Nobody can live forever, people always come and go. Pray the best for arwah abah, insyaAllah, Al-Jannah for him.



two different events and situations, gave us a greater understanding,
on true friendship.



anyway, what is a friend?





:)


wassalam~

20100806

end of outstation part two.

Salam

just came back from nine days outstation trip. 2 different states, 2 days of journey, 6 days of working and one day off.

plus one midnight movie and almost everyday at shopping mall, and everyday nasi kandar while in penang. ;p

it was really fun, but it's getting worse when one small story became a HUGE SERIOUS issue.

people, don't just simply blog about things that you shouldn't write.
internet world is very dangerous nowadays. cannot be trusted anymore.

anyway, thanks to the team for a great trip. I love you girls! Oh, plus one bro and one lengchai, and also lorry guy and two truck guys. Sorry cannot make it for next week trip to Melaka, Terengganu and Kelantan. I need to take one week off to settle down important things first.



sam,mk,wp,jj,hh,st,i

short name is enough. told ya. too much information is not good. ;p

oh, and it's really cute to have a chinese guy friend accompanying me fasting for one day full, which he never done it before. "If Fara can do it, then I can do it too!". You are too comel that's all I can say. Funny too when he kept asking when we can break our fast. Teringat masa kecik-kecik dulu. HAHA.

and next week HOLIDAY! plus need to do a lot of things.

and a lot of shopping of course! ;p

fullstop.
wassalam~

20100726

number nine.

Salam

kl-kedah-penang-kl-melaka-kelantan-terengganu-kl-selangor-kl-perak-kl-johor-kl

well, that's my schedule starting this thursday until end of august.
9 different states in a month. greatttt.

now this is really dead meat.

ok, sekarang sesiapa nak COD barang kat negeri-negeri ni cepat-cepat bagitau. i'll bring along the things and maybe we can meet anywhere :)

goodnight.

wassalam~

20100724

Hang Too Ah

Salam

another word that i learnt from my new friends.

for a chinese who didn't know how to speak/read in chinese, he/she can be considered as BANANA.


so, how about for a malay who didn't know how to speak malay? RAMBUTAN? DURIAN? MANGGIS?

tapi rasanya semua tau la cakap melayu. kot?


btw, cuba google "hang tuah cina"
Hang Too Ah, Hang Jee Fat, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew. betul ke?

wassalam~

(note : shopping barang kahwin with my sis! she's going to tie the knot in november. she came all the way from miri just to do all the shopping stuff with me ;p . just now, 8 hours mission, searching for the things. susah jugak nak kahwin ek?)