In the name of Allah,most gracious,most merciful

20090520

jangan main-main, doktor pun pakai eos tau!

Salam.

siang tadi, sengaja menggedik mahu ikut adik pergi jumpa doktor mata (ophtalmologist)
tempoh hari adik saya ni kena virus mata. lama. 2 minggu mata merah. takut wuu. tapi yang peliknya sebelah sahaja.sebelah lagi suci,murni putih lagi tu. alhamdulillah sekarang sudah beransur pulih.

seperti biasa, pergi ke hospital panel kami, iaitu prince court medical centre.
amboi.bukan main class tu!
(haha.sebab ada panel boleh lah merasa hospital 6 bintang.free sahaja.kalau tak jangan harap lah nak jejak kaki kat situ =___=" )

entah mengapa, suka pula lihat device yang digunakan oleh hospital tersebut.
hebat sungguh teknologi zaman sekarang!

sewaktu pemeriksaan mata, kena la tangkap gambar biji mata yang kecil tu untuk pemeriksaan dan pemerhatian kan?
ingatkan pakai camera apa la kan.
sekali, rupanya pakai kamera dslr canon eos tuh!


tak percaya? nah tengok!


wah.devicenya kira jadi lens kepada camera tu! (maaf.penulis malas nak rotate pula.pandai-pandai la tengok sendiri ya.haha)

haha.jangan main-main, doktor pun pakai dslr tau!
*ya.silalah kagum wahai manusia sekalian*

kalau boleh pakai dslr, saya nak jadi doktor juga lah!
*HAHA.buat lawak betul la penulis ni. spm biologi pun gagal ada hati nak jadi doktor pula =___=" *

seterusnya.

dalam perjalanan pulang, sedang leka mendengar hot fm.
sekali dj bertugas pergi hebah pula :
"ya, sekarang viva zoomers kini berada di aeon setiawangsa, untuk 30 minit sahaja.cepat-cepat datang!anda mungkin berpeluang untuk memenangi handphone se W***i "

apa lagi.
terus melencong pergi aeon setiawangsa. *semangat betul.HAHA*

ahh.tak kira! nak menyibuk juga!

sampai-sampai.sudah mula pun sesi soal jawab.
*cis, terlambat sikit. takpe2 sampai hati tak tunggu saya.isk.T.T (ehh2.apekejadahnya diorang nak tunggu kau pulak.haha)*

apa lagi.terus masuk dalam crowd.tak kira.nak hadiah jugak!
cubaan demi cubaan tu.semua gagal aje! isk.tapi tetap tak putus asa!




abang ni tipu.i dah jawab betul tau tadi! T.T

akhirnya.sampai la soalan terakhir :

" Apakah tajuk wayang yang dipreview malam tadi? Cerita ni akan keluar hari khamis ni.Cepat.soalan last ni!"

maka dengan semangatnya penulis mengangkat tangan untuk menjawab soalan ini, dengan harapan jawapannya betul!

" Night at the museum 2 bang!"

err.betul ke???
.....
...
..


"Ya betul! nah untuk awak, sekian sahaja ya untuk kali ini, terimakaseyy!"

saya dah cakap dah, jangan putus asa! kan dah dapat tu~ *terharu2*
(padahal si adik yang pergi bisik jawapan kat saya tadi.tu yang dapat jawab betul.HAHA.anyway credits to him)

dapat jawab soalan terakhir,mesti hadiah power kan???
mahu tahu saya dapat apa?


hot fm paperbag??

korek la dalam tu.kot-kot ada isi apa-apa.
eh.eh.eh.
kosong??
tak ada pun??
mana handphone SE tu??? diorang TIPUUU!!!
(rupa-rupanya siapa yang betul jawab soalan yang dapat hadiah voucher jusco sahaja yang layak masuk cabutan untuk handphone SE. cis!)

ah.sudah.merajuk dengan hot fm! wuu T.T
(tapi lepas tu masuk kereta dengar juga hot fm.HAHA)

terimalah hakikat bahawa penulis tidak dapat dipisahkan dengan hot fm.wuu.
anyway,terima kasih ya hot fm! ^_^

pengajaran hari ini :
-Jangan putus asa.Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya.ecewahhh~

sekian,
wassalam~



No comments: