In the name of Allah,most gracious,most merciful

20090522

mereka pun orang biasa juga

Salam.

mula-mula sekali.
soalan cepumas :

siapa pernah tengok fahrin ahmad pakai kain pelikat dengan selipar jepun secara live?? (err.maksudnya depan mata, bukan dalam tv yer)
*haha.tade keje betul pergi tanya soalan macam ni*

saya pernah!
haha. comel betul.
tapi bukan dia la yang comel. maksud saya pakaian dia yang comel.
pakai t-shirt putih kosong dengan kain pelikat dan selipar jepun.
sebab tu terus tak sampai hati nak mintak bergambar.HAHA

tapi, betul la.pergi solat jumaat kan lagipun.
takkan dia nak pakai tuxedo pulak ek?
lagipun dia orang biasa juga..tak salah pun pakai macam tu..

namun begitu, fahrin ahmad tidak mampu untuk menggoyahkan iman saya(ceh.ayat tak boleh blah). ataupun dalam erti kata lain mencairkan saya seperti yasin.
mungkin saya bukanlah peminat fahrin?
(haha.dah memang tak minat, cakap aje la.ini cakap mungkin2 taknak mengaku pulak.=__=")
dan yasin datang ke masjid yang sama lagi hari ini seperti minggu lepas. *cair.cair.cair*

tiada apa yang menarik hari ini berlaku di masjid kota damansara, kurang gangguan kerana mengelakkan diri daripada bercakap banyak sewaktu memberi flyer.

cuma paling comel bila pakcik jual air soya belanja saya air soya,
dan ada pakcik lain nak bagi saya pakai payung masa tengah bagi flyer sebab panas terik.

namun payung ditolak, alasan yang diberikan saya :

"tak apa lah pakcik.saya dah pakai sunblock dah tadi."
(HAHA.lagi sekali.ayat tak boleh blah.padahal muka dah merah habis sebab terbakar dek matahari yang panas.tak reti nak cover betul.haha)

pakcik-pakcik ni memang comel. terima kasih ya. ^_^

sudah.kenapa hari ni guna banyak perkataan comel pula nih?HAHA

sekian,
wassalam~

(note : lutut bengkak secara tiba-tiba sejak bangun pagi tadi. mungkin mengigau lawan muay thai kick tendang dinding kot malam tadi. HAHA. tapi serius sakit betul. tak lebam,terus bengkak,timbul bahagian sendi lutut kot.jalan sakit,nak duduk sakit, solat pun kena alas bantal. jangan kata ni efek sebab jatuh teruk masa dulu2 sudah..wuu.. T.T doakan saya cepat sembuh ya!)

3 comments:

ai_is said...

saya sentiasa cair ngan fahrin... heheh

fawani said...

waa.memang minat fahrin la ni.
ngehehehe :D
tapi memang comel la dia pkai mcm tu tadi.hihihi

Izni Suhaimi said...

nk jmpe fahrin!!!
wa~dengki2..
hehe..