In the name of Allah,most gracious,most merciful

20090505

turkish van

Salam

turkish van
apa benda tuh?
van yang berasal dari turki kah?

oh.bukan.bukan dan bukan.
turkish van itu merupakan salah satu spesis kucing yang ada di dunia ini
setelah beberapa bulan membela putih
baru kini tahu spesis putih apa.
bulu separuh panjang, ekor kembang.
turkish van nama kaum kerabatnya.

putih kami suka mandi. tidak takut air.
rupa-rupanya, spesis kucing ini memang sukakan air dan mahir berenang.
patut la si putih ni suka sangat pergi masuk dalam longkang besar belakang rumah yang ada air.nak belajar berenang agaknya.
*lepas tu habis separuh badan dia yang serba putih tu jadi serba kotor dan hitam.lepas tu mengada-ngada mintak mandikan pula. =__=" (betul.kalau dia nak mandi, dia pergi duduk kat dalam sinki toilet sambil mengiau mengada-ngada.bijak betul kucing ni) *

lagi satu yang kami lihat.
putih ni kuat main.
umur dah dekat setahun ( dalam dunia kucing dah nak kira dewasa la..)
tapi main mengalahkan anak kucing!
suka main kejar-kejar.
suka main gigit-gigit.
suka main lompat-lompat.
suka main peluk-peluk kaki.
dan garang (betul..ana selalu jadi mangsa.kan ana kan? hihihi)

rupa-rupanya..
kaum kerabatnya memang begitu.
lambat matang..
patut la..harap badan dah dewasa, perangai budak-budak lagi.



putih pandangan hadapan



putih pandangan belakang (fokus kepada ekornya yang kembang itu)
*gambar ini diambil pada bulan januari.sekarang putih dah bertambah besar dan gemukk!!*


itulah putih kami :)

wassalam~

(note : berminat mahu membela ragdoll atau ragamuffin! comel!! ;D *tak mahu kucing parsi sebab muka flat.ngehehe)


ragdoll


ragamuffin

comelnye!!!! ^o^


3 comments:

Nuha Muneerah Abd Hakim said...

omg!! gila comel ragamuffin tuu!!!
rasa nak peluk² bawak lari, HAHA.
ada jugak eh kucing suka air.
hmmm.
oh, kita paling suka kucing main peluk² kaki.
lepas tu menjerit lari satu rumah -__________-" kahkahkah.

ana azman said...

btol!btol!btol!
putih jahattttt!!
haha.mentang2 sy suka baju bertali,free2 kena kejar ngan putih.
pagi2 sebok nak kejut org plak tuh.malu btol sy dgn putih,kantoi muka baru bgn tido.huhu

fawani said...

to nuha :
itulah.comel betul! ;D
haha.same la ngan si putih ni.
pastu main kejar-kejar ngan die pusing satu rumah.hahaha

to ana : haha.itu la.putih ni memang.skrg putih makin gemokk.n makin suke kaco org! hehe