In the name of Allah,most gracious,most merciful

20090610

apabila sudah mula...

Salam.

ahh.sudah lama tak membebel dalam blog ni.
kerja, busylady lah katakan.HAHA
*betul la.10jam sehari.sibuk apa.bukan penyibuk tau.hehe*

awal-awal pagi lagi dah dikejutkan dengan panggilan ibu-bapa yang menanyakan tentang program yang kami jalankan.
menjadi customer service operator sebagai kerja tambahan selain daripada menguruskan hal-hal pendaftaran program menyebabkan kandungan air dalam badan semakin berkurangan lantaran buat water liposuction daripada badan.HAHA.cewah.tipu aje.cakap banyak tapi tak minum air sebab tu dehydrated.haha
(mana taknya.semua calls dah di divertkan pada nombor handphone saya, dalam masa beberapa jam sahaja boleh habis bateri handphone.penat ambo.silap haribulan bateri handphone pula masuk dalam telinga ni.HAHA)

bila masuk tengahari
waktu lunch peserta-peserta kem yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 4-12 tahun merupakan klimaks kepada jadual pekerjaan harian diri ini.
menemani kanak-kanak yang hyperactive ini sewaktu makan tidak lah sukar, tetapi setelah makan, haishh..bergegar satu classroom!
oh ya, tapi comel juga apabila mereka memanggil kami 'teacher' . cewaahhh. teacher lah sangat pulak sedangkan selepas habis lunch si teacher pun pergi ikut mereka main sama berlakon macam dalam harry potter main spells expecto patronum dan expelliarmus nak lawan dementors kononnya. inilah akibatnya jika teacher pun memang minat harry potter ditambah lagi dengan perangai kebudak-budakan. ehh. tapi sekarang teacher dah kurang minat harry potter sebab edward cullen twilight lagi hensem.HAHA

cakap tentang twilight, movie ke-2 twilight iaitu new moon bakal menemui kita semua 20 November 2009. tak percaya cuba tengok ni :




tengok.dah kata edward cullen lagi hensem.tak mau dah la harry potter.jom ramai-ramai kita jatuh cinta lagi lalala bersama edward cullen.HAHA.
oh ya,dan si comel dakota fanning pun berlakon juga tau dalam movie ni.tengok jangan tak tengok tau

ehh.sempat pula buat iklan kat sini.haha.sambung cerita kita kembali.

aha.bahasa inggeris pula merupakan bahasa perantaraan kami sewaktu bekerja.
bak kata ieda, shame of us. si kecil yang baru umur 4 tahun pun dah fluent cakap english.
ahh.nanti i dah ada anak bila umur dia 2 tahun i nak masukkan terus dalam kelas multilanguage lah. malay campur english campur french campur italiano. jadi manglishfrenchino. ala-ala cappuccino lagi tu.tak payah nak order kat starbucks dah. kahkah.

maaf.penulis banyak mengarut pula.mentang-mentang esok off day.sebab tu rajin nak mengarut malam ni. (=____=")

ya, tentang post sebelum ini.
september 2010.saat yang diimpikan.kini sudah semakin jelas arah tuju yang akan kami lalui.
*wow.ayat berkarisma sungguh.haha*
surat tawaran umpama surat cinta yang sangat kami nantikan telahpun selamat tiba.
alhamdulillah,berkat mulut masin.ehh.berkat doa, impian mahu ke cardiff university bakal tercapai :)

tapi ada syarat-syarat baru pula.
tahun pertama pengajian di unikl, minimum cgpa3.00 atau peratusan perlu atas 70%
musnahlah honeymoon tahun pertama.ohh bulan madu.yela.dulu kononnya 55% sahaja.ingat bolehlah menikmati bulan madu.sekali rupanya perlu memantapkan diri lagi.
tak apa.demi cardiff, lautan lava volcano sanggup ku redahi, ke puncak gunung everest sanggup ku daki.cewaahh.lafaz cinta versi moden.HAHA

tentang post sebelum-sebelumnya pula,
video yang dipetik daripada youtube.konayuki guitar cover.
siapa yang mahu jatuh cinta sama saya.ehh.silap.membuatkan saya jatuh cinta sama kamu bolehlah lakukan apa yang dilakukan seperti dalam video tersebut (adakah ini tips-tips memikat hati penulis?HAHA. tak payah lah. penulis dah ada cj7 jadi mungkin tak jatuh hati kat orang lain kot..cewaahhh.pandai betul penulis ni buat ayat.kahkah.)

ah.seronok sungguh dapat merepek sesuka hati setelah beberapa hari tidak memerepekkan diri.haha.sangat annoying betul penulis ini.hahaha

sudahlah.tak mau merepek banyak-banyak.lepas hari ahad nanti dah habis kerja ada banyak masa nak merepek sampai la sambung belajar 27 julai nanti.

wassalam~

(note : ahh.efek bursitis menyerang.dah tak boleh nak lari-lari atau jalan banyak-banyak lagi mulai sekarang sampai entah bila-bila.tamatlah kerjaya sampingan sebagai window-shopaholic yang sangat berjaya.wuu T.T )

(p/s : miss you too ieda.tak apa,1st year ni kita spend time dengan girls mecha habis-habisan.yehaa! :D)

No comments: