hidup di perantauan memang menyebabkan diri ini dirindui oleh pelbagai pihak.
walaupun duduk di megan sri rampai yang hanya setapak dua tapak dekatnya dengan wangsa maju, penulis tetap berasa umpama di perantauan.
contoh terdekat.
ibu menelefon minta pulang ke wangsa maju untuk berbuka puasa bersama-sama, malangnya si anak gadis ini tidak berkesempatan kerana kelas tamat lewat. memang hiba betul T__T.
ceh. ini pun baru duduk dekat. tahun depan nak merantau lagi jauh. dekat pun nak hiba-hiba. kalau jauh nanti mahu hiba sampai kalah air terjun niagara falls la nampaknya. T____T
back to the past.
mungkin antara faktor yang menyebabkan kehibaan ini berlaku ialah :
- - 6 tahun berada di negeri orang, tidak dapat merasa pengalaman berpuasa di bulan ramadhan di rumah bersama keluarga, nak-nak masa 2006 dan 2007 tak pulang ke rumah langsung pada bulan puasa, dua hari sebelum raya baru si gadis terpacak kat depan rumah, itupun rumah kampung di kelantan. tabah betul ah masa tu dapat survive hidup di perantauan masa bulan puasa. cehhh.cehhh.
- - tak dapat pergi terawih sama-sama dengan mama bertahun-tahun lamanya. dulu-dulu kalau jumpa jiran-jiran atau kenalan mama kat surau, semua macam "Wah, dah besar yer farah. Comel sungguh la ni." lepas tu mula la dok senyum kambing kembang kempis jantung, trakea,liver sebab makcik-makcik cakap macam tu. HAHA.
- - tak dapat sahur dengan keluarga semasa tempoh tersebut, tak dapat minum air glucose oren kegemaran kami adik beradik sejak kecil-kecil lagi.
- - dah berkurun lamanya tak pergi bazar ramadhan dengan keluarga, setelah fobia dahulu kerana hampir pitam di tempat kejadian sekitar tahun 2005. asap ayam panggang, i hate you. tapi i still love your ayam panggang.
last but not least, it's nearly a year since i've gone through 'the time' . may Allah give me strength to continue standing strong in this world full with his blessings . InsyaAllah.
I love Ramadhan. Thank you Allah for giving us a chance to improvise ourselves during this wonderful month. :)
fullstop.
wassalam~
(note : hari ini ada orang cakap lagi muka saya ni dapat menyejukkan hati orang. entah orang ke berapa dah cakap begini. maksudnya muka i ni boleh jadi refrigerator kepada hati manusia la yer sampai dapat sejukkan hati orang lain? zzzz. HAHA)
No comments:
Post a Comment