In the name of Allah,most gracious,most merciful

20090801

penulis suka betul lari dari topik asal.

Salam.

mata melihat, telinga mendengar, mulut bercakap, jari mengetaip,


dan mulut mengunyah aiskrim mini cornetto.
memang gemuk ahh i. HAHA.

ok.dah habis makan. kita sambung balik.

siang tadi penulis bersama rakan-rakan berkesempatan untuk meronda-ronda di pusat beli belah di kuala lumpur.
maka, sudah kita sedia maklum, banyak orang, banyak ragamnya.

ragam orang memang pelbagai.
ada yang baik, ada yang kurang baik.

yang baik kita jadikan tauladan, yang kurang baik perlulah kita buang jauh-jauh, bak kata pepatah buang yang keruh, ambil yang berperisa fresh orange juice.

tapi biasalah, manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan.
namun sebagai seorang yang beragama Islam, terasa agak malu dengan apa yang saya lihat siang tadi.

pasangan kekasih berdating di shopping complex, normal la kan.
lihat diorang berpegangan tangan, 'normal' la sangat kan.
lihat diorang berpeluk-pelukan, lagi la 'normal' sangat-sangat kan.

and i'm getting sick of it.

i mean, if perempuan melayu yang bertudung paras biasa bermesra sebegitu dengan pasangan kekasih mereka mungkin agak normal.

namun kali ni lagi mengejutkan, kerana apa yang saya lihat di depan mata merupakan seorang gadis belasan tahun,lebih muda dari saya mungkin, muslimah yang berpakaian cukup sempurna menutup aurat, memakai jubah dan bertudung labuh.

memang sejuk hati melihat cara gadis tersebut berpakaian. lagi sejuk daripada ais di kutub utara lautan artik.

namun tiba-tiba sahaja kesejukan itu mengalami convection of heat sehingga menyebabkan hati penulis menjadi panas, umpama suhu di gurun sahara.

ya, panas apabila melihat si gadis berpaut pada tangan seorang lelaki muda belasan tahun, berpakaian agak sempoi dan lagaknya macam samseng jalanan. si gadis tanpa segan silunya memaut tangan si jejaka dengan sangat mesra lagaknya seperti suami isteri.

lagi panas bila melihat si gadis siap mengurut tengkuk dan bahu si lelaki yang sengaja mahu bermanja dengannya. dengan tangan kiri lelaki pula berpaut pada pinggang si gadis.

astaghfirullah.
sumpah malu sangat-sangat.

saya harap-harap sangat yang mereka sebenarnya sudah bernikah agar perbuatan yang mereka lakukan bukanlah berdosa. kalau belum nikah pun, harap-harap cepat-cepat la masuk meminang. kalau tak cepat masuk meminang jugak biar i sendiri yang jadi wakil si lelaki hantar rombongan meminang kat gadis tu kang baru tau. HAHA.

tujuan saya menceritakan kisah ini bukanlah mahu menjatuhkan maruah sesiapa, sekadar pengajaran.

kalau si gadis itu biasa sahaja mungkin saya kurang kisah, namun dalam kes ini, selama ini saya memang kagum dengan gadis-gadis yang berpakaian sedemikian - baju jubah, tudung labuh dan perwatakan lemah lembut. namun hari ini pandangan saya terhadap golongan sedemikian agak terguris setelah menonton kejadian tersebut secara live di depan mata saya sendiri.

memang,
saya bukanlah seorang yang memakai tudung labuh,
saya bukanlah seorang yang sentiasa beradab sopan,
saya bukanlah seorang muslimah yang cukup sempurna,
tapi saya tetap cuba menjaga tatasusila serta batas-batas pergaulan.

macam tadi, kalau dah terasa sangat nak berkepit sangat, kan lagi baik keluar dengan kawan-kawan sejantina kan? berkepitlah puas-puas macam kami buat tadi. siap berkepit macam pasangan bahagia tahap pelangi ah masa jalan-jalan. tangan digenggam kuat-kuat tak mau lepas tu. sampai orang keliling pun tertengok-tengok aje perbuatan kami ni.kahkah. err. tapi jangan salah anggap pula. kami bukan gay tau. HAHA.

tapi betul ah. i memang suka pegang tangan ataupun berkepit kalau keluar dengan kawan-kawan perempuan i. gay betul ah. kahkah. tapi kalau lelaki JANGAN HARAP ok. i dah reserve untuk my dear husband sahaja. aww. comel ah. untung siapa jadi husband i tau. teeheehee.

cepat, kaum lelaki, siapa rasa dia nak untung, cepat-cepat hantar rombongan meminang kat rumah i.pat-pat siku lipat siapa cepat dia tak dapat. HAHA.

annoying ah penulis tiba-tiba masuk bab kahwin lagi. kahkahkah.

fullstop.

wassalam~

(p/s : orang yang sedang bersuka ria kat cardiff tu.rajin-rajin lah upload gambar yer.hihi :P)

1 comment:

rarye said...

slh jugak bila uia paksa student pakai jubah utk keluar outing kan?

huhu