orang cakap, tak baik tidur lepas asar, nanti boleh jadi kurang waras.
tapi budak ni DEGIL . nak tidur jugak.
di saat baru bangun tidur,
"aah. 6.45 pagi dah? aduhh. tak sempat ah nak siap nak naik bas dari megan. cis"
dilihat kembali jam dan tarikh di handphone,
16 september lagi? rosak ke handphone ni?bukan dah pagi ni patutnya 17 september ke?
ditenung kembali kepada baju yang sedang dipakai,
jeans? apo keno eden pakai seluar jeans time tidur ni?
direnung kembali,
astaghfirullah. baru nak buka puasa rupanya.
benarlah kata-kata tersebut. tidur selepas asar boleh jadi gila.
bak kata ulama:
"Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri. "
maka dengan ini i mencaci diri i sendiri sebab degil nak tidur lepas asar.
PADAN MUKA.
sekian, bersama-samalah kita mengambil iktibar daripada peristiwa ini.
wassalam~
No comments:
Post a Comment