In the name of Allah,most gracious,most merciful

20090927

best man wins

Salam.

seperti kebiasaan, lawatan sambil menggemukkan badan ke rumah-rumah saudara mara merupakan perkara wajib setiap kali tiba hari raya. tidak ketinggalan juga, rumah atuk-atuk dan nenek-nenek saudara tersayang juga pun wajib dikunjungi memandangkan hubungan kekeluargaan kami memang rapat walaupun keluarga kami besar.

dan seperti biasa, yang tua suka menasihati yang muda ;

atok saudara comel : farah, bila dah pergi oversea sana nanti jangan dok menggatal nak kawin kat sana tau!

gadis mendengar kata : iyer tok.

atok saudara comel : kalau nak kawin sangat pun. balik malaysia dulu. kawin kat sini. baru senang saudara mara nak kenal.

gadis mendengar kata : iyer tok.

atok saudara comel : tak pun senang belajar kat sana sampai habis dulu. lepas grad baru cari laki.

gadis mendengar kata : iyer tok.

atok saudara comel : ni dok iyer-iyer aje. kang kat sane tiba-tiba terkawin pulak. ingat tau. jangan kawin kat sana. kalau atok tau, siapla engko.

gadis mendengar kata : ehehehe. iyer tok~

memang, pantang benar mereka kalau i kahwin kat sana. mungkin mereka lihat muka i ni berpotensi besar untuk kahwin kat sana kot. =____="

tidak kurang juga, ada nasihat yang berbunyi begini ;

nenek saudara vogue : comel cucu nenek ni. engko kalau nak cari laki, cari yang kaya tau! (sambil mencubit-cubit pipi tembam si gadis)

gadis mendengar kata : iyer nek.

nenek saudara vogue : lepas tu, cari yang hensem sekali tau!

gadis mendengar kata : iyer nek.

nenek saudara vogue : kalau laki yang tak kaye ngan tak hensem, jangan layan tau!

gadis mendengar kata : ehehehe. iyer nek.

nenek saudara vogue : ingat tau pesan nenek. dah. i lap you, i kiss you. (lalu mencium pipi si gadis sampai melekat warna lipstik di pipi gadis)

gadis mendengar kata : iyer nek. lap you too.

aish. nak pilih laki pun susah. banyak sangat pantang larangnya.ni i ke atau diorang yang nak kahwin nihh? =___="

sudah, malas mahu fikir. bak kata mama, "let the best man wins!"
bakal suami i, habislah kamu kena interview oleh saudara mara i kelak. lagi teruk daripada mana-mana interview.your worst nightmare mungkin.HAHA.

kakak angkat i yang duduk kat sarawak tu dah nak bertunang. umur baru 21. jadi i pun tak lama lagi boleh la kan? KAHKAH. *gaah.menggatal!*


pada hari merisik.
kak, semoga kalian kekal bahagia hingga hujung nyawa, insyaAllah

dah. farah, kau kecik lagi. baru nak masuk 19. ada hati nak cakap pasal jodoh. thermodynamics pun tak lulus lagi, ini nak cakap pasal kahwin pulak. HAHA.

kalau macam ni i nak kahwin dengan buku thermo aje la. susah sangat fikir pasal jodoh.HAHAHIHIHUHU

fullstop.
wassalam

No comments: