Salam.
malam-malam terakhir ramadhan. terasa amat sedih, hiba, rasa diri ini tak berkesempatan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin T___T
subhanallah.
semoga Allah terima akan amal ibadat kita semua sepanjang bulan ramadhan yang mulia ini, insyaAllah. ^_^
sedar tak sedar, sudah hampir setahun selepas peristiwa tersebut berlaku.
kita hidup di dunia ini sementara, semuanya milik Allah swt.
Bila-bila sahaja Allah dapat menarik kembali apa yang ada pada kita kerana memang semua adalah hak-Nya.
Kita sebagai hamba-Nya tiada hak untuk menghalang-Nya
Bagi saya sendiri, benar, diri ini memang lemah.
kadangkala bila teringatkan kembali ujian yang Allah berikan,
hati menjadi pilu.
air mata mula bergenang.
bukanlah sedih dengan kekurangan diri.
err.tapi tipu juga kalau kata tak sedih juga kan.
mungkin juga kerana tersentuh, sebab Allah bukannya turunkan ujian kepada semua orang.
cuma orang-orang yang terpilih.
dan saya yang telah dipilih oleh-Nya.
kerana Allah tahu, Dia tak akan turunkan ujian kepada hamba-Nya, melainkan hamba-Nya itu benar-benar dapat menanggung ujian tersebut.
Subhanallah.
Dan Allah itu Maha Adil.
Kerana di sebalik setiap ujian, pasti ada hikmahnya.
Perkara itu memang tidak dinafikan, selepas diuji, semakin banyak perkara baik yang berlaku.
Mungkin itu merupakan satu ganjaran kerana menerima ujian Allah. mungkin? wallahualam.
cukup, mata sudah berair.
tidak mahu mengulas panjang.
cuma satu pesanan ;
janganlah merungut sekiranya kamu diuji, sesungguhnya Allah turunkan ujian itu kerana Dia rindu akan rintihan hamba-Nya . ^__^
Selamat menikmati kemanisan ibadah di penghujung Ramadhan.
Wassalam~
(nota : sedang membaca entri-entri tahun lepas sambil mendengar lagu only human (1litre of tears) sumpah sangaattt sedihhhh T__T . *in memory ward 505* Ya Allah kuatkanlah hambamu yang lemah ini.)
1 comment:
we're always with you dear, no worries, let the past be the past ;)
Post a Comment