In the name of Allah,most gracious,most merciful

20091021

belia benci penjahat

Salam.

buka facebook, ada 6 friend request. tiada mutual friend, mereka add via friend finder.

musykil.

rasanya ada yang buat account palsu.

setelah diteliti dan disiasat, mungkin ada benarnya.
kerana melalui name search, ada gambar yang sama, nama sama, tetapi friends berlainan.

celaka sungguhlah perosak-perosak serta penjahat yang melakukan penyamaran ini.
penyalahgunaan internet. pemusnah account orang lain.

grrrrr.

kalau mereka ni nyamuk, dah lama aku sembur dengan shieldtox. biar mati terus. sebab mereka memang perosak.

atau lagi kejam, kalau mereka ni lalat, dah lama aku pukul pakai raket elektrik tu. biar mati bbq.

ah.ter emosional pula.

tapi nak buat macam mana, memang aku benci orang jahat.

manusia sekarang memang kejam.

aku geram.
aku sedih.
aku bengang.
aku marah.

aku rasa nak hantar sahaja makhluk-makhluk yang sebegitu kejam ke planet pluto.
atau hantar sahaja ke bulan, pergilah berkawan dengan alien.

namun mustahil

jadi,apa yang aku mampu cuma berdoa

semoga Tuhan memberi hidayah dan petunjuk kepada mereka agar kembali ke jalan yang benar.

Amin.

wassalam~

No comments: