masa traffic jam,
pernah tak rasa macam nak pecahkan kereta depan pakai kayu baseball?
pernah tak rasa macam nak baling batu dekat polis trafik sebab dia tahan tak bagi jalan?
pernah tak rasa macam nak keluar dari kereta, lepas tu jalan kaki lagi bagus sebab lagi cepat sampai berbanding naik kereta?
kalau pernah, maksudnya anda stress dengan kesesakan jalan raya.
tipulah kalau pemandu kat malaysia ni tak pernah stress kalau traffic jam.
begitu juga saya.
dulu-dulu, masa tak reti bawak kereta lagi.
pernah terfikir.
"macam mana yek nak tahan sabar masa traffic jam?"
"tak stress ke pagi-pagi nak pergi kerja dah kena menghadap jam?"
"eeee..dah kerja nanti takmo duduk kolumpo la!"
arr. pemikiran zaman dahulu kala.
sekarang, setelah setahun lebih menjadi pemandu yang sah di sisi undang-undang, baru lah dapat merasa apa yang mereka rasa.
traffic jam? selalu. tiap hari mungkin. pernah tersangkut di lingkungan kawasan yang sama selama 3 jam gara-gara kesesakan lalu lintas. tapi, tak stress pun. betul!
penyabar sungguh penulis ni. CEHHH. masuk troli tolak sendiri lagi penulis ni. =____="
masa awal-awal bawak kereta dulu memang stress. tapi sekarang dah boleh kawal.
kalau taknak stress pandai-pandai la cari hiburan sendiri masa tengah jam. contoh ;
1) mengemas bahagian dalam kereta. susun-susun balik cd lagu, sapu-sapu sikit ke.
2) mekap. oh saya pernah lihat seorang kakak ni make up dalam kereta daripada muka dia yang serabut dengan rambut huru-hara , dia make up dan dandan rambut sampai jadi cun melecun tiptop boleh mengorat bos kasi bonus lebih fewiiittt!
3) menyanyi. oh. ini saya suka. cehh. dah la penulis suka bukak tingkap kereta. lepas tu pasang volume sampai bergegar kereta. motorcyclist semua pandang-pandang macam nak join karaoke sekali. KAHKAH.
4) kira kereta. ok. ini memang dah tak ada kerja betul. kira berapa banyak kereta yang ada. and you'll be amused! :P
5) kira duit. itu pun kalau dompet ada duit laa.kalau tak ada takyah nak perasan banyak duit.
6) berzikir. alhamdulillah sejuk hati atok nenek mak bapak suami isteri anak anak.
7) usha kereta sebelah. ini pun kalau ada geng dalam kereta memang seronok ah. kalau dapat yang hensem lagi anggun bertuahlah anda. kalau sebaliknya, mungkin anda kurang bernasib baik, sila cuba lain kali. HARHAR.
8) membaca. pastikan dalam kereta anda ada bahan bacaan bagi mengisi masa lapang anda. kepada yang tak boleh membaca dalam kereta sebab nanti pening macam saya, jangan sesekali buat. kang silap haribulan nampak bintang-bintang masa tengah drive baru tahu. haisshhh.
9) potong kuku. manicure. atau pedicure pun boleh. eh. tiba-tiba ada idea nak buat spa bergerak pulak. boleh tak?
10) makan. makan. dan makan. pastikan juga dalam kereta ada makanan ringan. jangan la kau pergi bantai nasi lemak pulak dalam kereta. kang tak pasal-pasal abang polis mintak share sikit pulak. HAHA.
11) senyum sorang-sorang. ah. ini pun hobi penulis. dulu pernah siap ada pemandu kereta sebelah gelakkan penulis sebab tersenyum sorang-sorang. but then he ended up dengan mengenyit mata kat i . selamat la abang tu hensem. cair duhh cair. KAHKAHKAH.
12) gosok gigi. ehh tipu aje. ingat nak tiru encik kacang ke pergi siap-siap dalam kereta? HAHA.
ni. check kebersihan gigi. kang ada benda melekat kat gigi macam dalam iklan dentyne tu kan dah malu namanya.
dan banyak lagi, ikut korang la macam mana.
last sekali.
kalau taknak sangkut dalam jam, duduk kat kampung lah. kawan-kawan ayuh, dah grad nanti kita kerja kat kampung jadi petani nelayan tukang jahit tukang kayu dan yang sewaktu dengannya.
ah. i nak beli jet peribadi la macam ni nak elak traffic jam.
fullstop.
wassalam~
1 comment:
good tips..
walaupun lawak, tapi bernas.. =D
Post a Comment