In the name of Allah,most gracious,most merciful
Showing posts with label tips-tips. Show all posts
Showing posts with label tips-tips. Show all posts

20101203

golongan fakir miskin(s)

Salam

 conflict of a shopaholic - reminder for myself  =____="

Staying really really far away from home and depending on government's (or to be exactly PEOPLE's) money to survive in this land is not as easy as I thought before. Especially for a SHOPAHOLIC like me. Well, at least at home we can still do something; part time jobs to get extra income, or at least we have our PaMa fund to help us.

But here, no wayyy. With Christmas Sale along the city's streets, it makes me drooling and drooling and drooling but as an observant "online-window-shopper", actually there's not much different with the price before the sale. Believe me.

So being the 'fakir miskin' - (Puan Shaariah (Pengarah KMKN),2010) over here,  we need to find other alternatives, and not being tricked by those 30% or 50% or 70% sale. Screw them!

So here's a few tips that we can take to save more and more! ;

1) Make full use of you STUDENT ID CARD. Go to shops that offer student discounts. Eventhough it's just 10%, but that 90% price from the original price brings a lot of difference!

2) Look for ONLINE DEALS. Certain shops they offer greater deals when buying online instead of walk-in. But make sure you know your sizes! (for clothes, shoes & etc) For me I'm only look for the SALE section. Although it's already off season, who cares. We're still wearing the same clothes even if it is summer or winter. The difference is only wearing a coat/sweater/jacket or not wearing it.

3) Break down you expenses. Limit yourself. Maybe around 20 or 30 or 40 or 50GBP ONLY located for each month. Less is more, if you could :P

4) Find FREE VOUCHERS! One of the websites that offers great deals for UK students is STUDENTBEANS . Register and they will update you with all the great deals to grab!

5) Try to reduce something so you can get more on something. Err..faham tak? For example, I don't use any cosmetics & facial care (except moisturiser cream because it's really dry over here :( ) which means I can save up to 10GBP per month. The same goes with my topup credit. Make full use of the provided facilities especially internet! Skype instead of calling using your phone. Except if the calls between you and your friend are free, then just use it without limit. :P

6) Walk instead of taking public transport. Unless it's really far away, and don't let yourself freezing cold walking out there.

7) Cook instead of dining out. Unless there's someone going to treat you then ok la :P

8) Be grateful of what you have. When you are really tempted to buy something that is not so important, ask yourself, "DO I NEED THIS?" - (Rebecca, Confessions of a Shopaholic (2009))

9) Travel within the budget. Or lower than the real budget. Apply student card discount for train/bus/tram/coach or anything that you take.

10) Remember to renew your books! Or else kena saman like me. Pelupa! T____T


So that's how I manage my expenses. How about you? :)

wassalam~

20100323

berjimat cermat demi menjamin masa hadapan yang gemilang.

Salam

ok. sila teka abah saya tengah buat apa sekarang?
nak tahu?

dia buka channel cartoon nertwork lepas tu tengok tom & jerry.
lagi comel bila dia kononnya nak baca surat khabar, memang dia pegang surat khabar, tapi mata dia dok tengok skrin tv. ahh sumpah comel gila ok. penat i gelak dalam hati. HAHA.
dan saya nak bakal suami saya macam ni. sangat comel. comel macam abah saya.
boleh tak? ^^

cukup dengan iklan, kembali ke buletin utama kita untuk hari ini.

topik utama yang akan dibincangkan pada hari ini : berjimat-cermat

maka ingin saya senaraikan cara-cara saya berjimat cermat ;

1) Kalau drive kereta sorang-sorang, saya tutup aircond dan buka tingkap. Melainkan kalau hari betul-betul panas atau ada orang kacau (ok ini sgt pfft) maka saya akan tutup tingkap.

2) Setiap hari di kelas, saya akan pastikan saya tak berbelanja lebih daripada RM5 untuk diri sendiri. Dan biasanya belanja harian dalam RM4 sahaja termasuk nasi campur serta satu paket buah-buahan. pemakanan harus seimbang.

3) Saya tak pernah makan atau minum kat victoria station, dome, starbucks , tony roma's, tgi fridays, serta yang seangkatan dengannya walaupun dengan family, serius tak pernah makan. Kenapa nak membazir duit beli makanan mahal kan kalau kita boleh dapat makanan yang jauh lebih sedap dengan harga yang lebih murah?

4) Pakaian saya tak berjenama langsung. Jeans setakat beli kat Pasaraya Hari-Hari yang harga tak sampai RM20 sehelai. Sumpah tak tipu. Jeans branded pun sehelai aje, itupun Goggles sebab masa tu ada sale dalam RM39.90 sehelai. Kenapa? sebab kalau kualiti sama tapi sebab brand sahaja yang jadikan mahal, baik beli yang murah aje. Like you got the same quality but you have to pay a higher price. Baik tak payah la. Semua cardigan yang saya beli semua yang RM10 sehelai. Bolero RM19. Baju-baju dalam almari ni pun harga average tak lebih dari RM35 sehelai. Standard dalam RM20 sehelai.Murah-murah pun cantik jugak kalau pandai gayakan ;)

5) Tak cukup dengan itu, kasut pulak. Ok sekarang saya dah tak beli kasut. Cukup dengan stok yang ada. Average harga dalam RM20-RM30 sepasang. Kena pandai cari kasut yang bergaya. Tengok kasut macam harga mahal dan branded padahal setakat brand cikai aje kot dan harga lebih murah. :)

6) Saya tak pakai barang kosmetik kecuali compact powder. Pencuci muka pun tak pakai. Maka boleh save. Ingat murah ke nak beli barang make up semua dari foundation ke blusher ke eyeliner ke eyeshadow ke maskara ke lipstick ke apa semua benda tuh? Mahal kot!

7) Saya tetapkan limit saya sendiri dalam bank akaun. Mesti ada RM*** by the end of every month. Kalau saya dah terbelanja lebih dan baki amaun kurang daripada limit tu, maka bulan seterusnya saya akan potong gaji saya sendiri.err.maksudnya kenakan penalti terhadap diri sendiri, macam tak boleh sentuh RM*** sepanjang bulan seterusnya. ini namanya disiplin. WAJIB amalkan.

8) Jangan berkira sangat tentang duit, nanti duit akan berkira balik dengan anda. Betul. Macam kalau orang pinjam duit lepas tu kamu punyalah berkira nak dia pulangkan ikut sen-sen, kalau tak cukup lagi 50sen tu pun nak maki hamun, baik tak payah la. makin tambah dosa sebab biar setan masuk dalam diri ada la. Tak pun kalau dengan family dan kawan-kawan, tak payah berkira sangat la. Janji kita ikhlas, insyaAllah, Allah akan murahkan rezeki kita. Betul tau ini tak tipu punya. :)

9) Niat berjimat cermat sebab taknak membazir, untuk simpanan jaminan masa hadapan. Membazir kan amalan setan durjana. Kalau berjimat cermat sebab setakat nak tunjuk diri itu kaya, itu kedekut namanya. HAHA. Maka itu tak bagus. Sebab kalau lagi kedekut, lagi banyaklah duit yang akan hilang secara tidak sedar. :)

10) Kejar harta duniawi tapi kalau tak kejar pahala akhirat buat apa kan? Tak berkat dan tak guna jugak harta yang dapat tuh. ;)

lupa nak cakap, sekarang saya bergantung pada elaun mara sahaja. elaun PaMA tiada langsung ok.

sekian, menabunglah demi menjamin kesejahteraan hidup.

fullstop.
wassalam~

20100312

nak kulit tegang tak payah pakai botox

Salam

entri kali ini diilhamkan oleh mama dan abah saya. mereka yang suruh saya cerita kat blog. comel betul bila ibu bapa yang excited suruh anak gadis mereka ni update blog. ibu bapa korang ada tak yang macam ni? kalau tak ada, maka sila jeleslah dengan saya. HAHAHA.

kisah bermula ketika makan malam semalam. ada lauk tempe. ujar mama kepada abah, "makan lah tempe nanti kulit tak berkedut".

lantas abah menjawab, "abah tak payah makan tempe pun. kulit muka tegang aje lagi."

maka apakah rahsianya?

"OLAY, oil of olay. "


ujar abah sambil tersenyum, menyerlah mukanya yang tegang tanpa kedutan meskipun bakal pencen tahun depan.

*************

abah saya dah pakai krim tu sejak zaman dahulu kala lagi. sejak umur jauh lebih muda dari umur kita sekarang mungkin.

tapi dulu-dulu itu bukan namanya. masa abah pakai dulu-dulu, namanya ULAY lah, ULAN lah, dan apa entah. yang pasti bukan OILY. kalau letak nama oily pasti lingkup terus bisnes company tu sebab orang takut nak pakai nanti naik jerawat kan?

tengok, tak payah susah-susah makan tempe . tak payah susah-susah cucuk botox. tak payah susah-susah buat plastic surgery.

botox tak best lah. betul. saya pernah pakai botox saya tahu la. siap 4 kali cucuk you tahu tak. itu yang muka i tegang. HAHA. ok tipu. muka ni bukan tegang tapi tembam. pipi tembam bila senyum memang lah nampak tegang. T_____T . ok i used botox for medical purposes and it didn't work at all. since that i tak percaya botox dah. nak siat makan roti canai masa under 3-months of botox treatment pun tak boleh sebab jari terketar-ketar dan lemah. sedih tau tak. T_____T

lagi satu tips tak nak bagi muka cepat kedut : KETAWA.

mama suka ketawa. sebab tu kulit dia tak berkedut. nampak 10 tahun lagi muda dari umur sebenar. comel betul mama saya.

saya harap bila umur saya macam mama dan abah, saya masih tampil anggun lagi bergaya tanpa kedutan seperti mereka. itupun kalau saya masih hiduplah. kalau dah mati pasti sudah reput dimamah bumi.

sekian sahaja slot kali ini. terima kasih kepada mama dan abah kerana sudi berkongsi informasi.

oh ya si sepet tadi dah jadi si rongak. dah la bajet nak buat surprise masa kakak dia balik rumah tadi. tapi tak jadi sebab kakak dia ni bijak. padan muka si sepet lagi rongak. HAHA.

fullstop.
wassalam~

(nota : girls, trailer eclipse dah keluar!! oh my coolant! XD)

20100213

perihal warna.

Salam

if you take a peek in my wardrobe, the main colours that you will see are black and white. and there's one pink, one blue, one red and the list goes on.

benar, dulu saya obses dengan black&white. warna yang mudah, dan matching untuk semua keadaan. tapi sekarang saya ada azam baru. untuk tidak membeli baju yang berwarna hitam dan putih. go for colourless. HAHA.eh tidak sekali. colourless itu bahaya sebab bersamaan dengan transparent. i mean colourful! YES. that's the word!

tapi bab tudung memang tak boleh. entah kenapa saya prefer black or white sahaja. colourless of course tak boleh sebab freehair nanti berdosa tau. dan saya akan pakai tudung berwarna-warni kalau pakai baju kurung sahaja. dan dulu saya suka sangat pakai tudung hitam, tapi lepas tengok gambar ni ;


bluergh.muka putih gila boleh berlakon dalam opera cina kan? HAHA.

wuu.scary ek? maybe dalam gambar aje. in real life biasa aje la. so if i wanna appear fairer than usual i would wear black tudung.

orang cakap, manusia kulit cerah macam saya boleh pakai semua warna. i was like OH YEAH?? sebab mak saya cakap saya tak sesuai dengan beberapa warna. macam coklat, shocking pink, electric blue. terlampau berat dengan warna kulit. entah apa yang berat. nampak badan makin berat kah? HAHA. mungkin juga sebab bila saya pakai tudung putih nampak lebih tembam daripada pakai tudung hitam. T____T.


TEMBAM. T___T


see. slimmer face. tapi masih tembam. cis.

oh ya if you guys notice something my eyes selalu nampak pelik sikit because of the colour. because they are dark-brown, not black. serius tak pernah nak perasan sampai la habis spm.time tu bila mula concern pasal muka, tengah belek-belek muka sekali baru perasan "eh mata aku kaler coklat laa rupenye! pewitt!!". KAHKAH. pathetic betul kan umur 17 tahun baru perasan warna sebenar mata. T___T . tapi selalunya orang sekeliling tak perasan sebab saya pakai kaca mata.

now back to the main point.sebenarnya nak share sikit tips.

tentang warna kulit dengan warna pakaian. sebab sebenarnya tak semua warna sesuai dengan kulit kita, contohnya cuba imagine kalau awek negro pakai baju kaler shocking pink. naik menyampah nak tengok. sekarang cuba imagine gadis girls generation yang putih melepak tu pakai kaler tu. hot gila kot, siap boleh cair weh.

mengikut kajian pakar-pakar fesyen ;

kulit putih
- sesuai warna-warna pastel. macam light brown, biru muda (atau biru langit), pink dan yang seharmoni dengannya. tapi specialnya kulit jenis ni sebenarnya masuk dengan hampir semua jenis warna. :)

kulit kuning langsat
- ok dengan warna-warna tropika. macam kuning, oren, merah, biru, senang cerita kaler-kaler yang strong lah.

kulit sawo matang
- sesuai dengan warna purple, maroon, dan yang sespesies dengannya. kan comel gitu!

kulit gelap (exotic)
- sesuai warna tanah bak kata mereka. tapi macam taknak setuju aje. apa kata korang?



next, kulit putih ada banyak versi. versi putih-merah,putih-pucat atau putih-kuning.

kalau putih-merah, dipanggil kulit warna musim spring atau bunga. sebab sesuai warna musim bunga yang colourful tapi lembut aje warnanya. senang cerita warna pastel lah.

kalau putih-pucat dipanggil warna kulit winter. tapi bukanlah sesuai pakai pakaian warna putih salji tu. lagi sesuai pakai warna yang gelap sikit macam hitam, purple, blue-black, maroon-pink, untuk elak nampak kulit pucat tu obvious sangat.

kalau kulit putih-kuning (cerah sikit dari kulit kuning-langsat) dipanggil warna kulit autumn atau musim luruh. sesuai dengan warna tanah atau gold, grey, dark orange dan sewaktu dengannya.

tapikan, sebenarnya ikut kita la nak pakai baju warna apa pun. kan?? janji pakai baju sudah. HARHAR.

enough. sekarang nak pergi berlelong, tinggal dress no. 3 for sale. yang lain dah kena sapu dalam masa satu hari ni. oh saya sangat suka! ^_^

fullstop.
wassalam

20100115

ku mahu perut yang sihat

Salam

perut tak sihat hari ini.
sangat tak best ok T____T

tapi budak ni degil, dah tau perut tak sihat pergi menggedik makan sambal belacan banyak-banyak. lepas tu sakit lagi padan muka dia HAHAHA.

abaikan kisah budak degil ini. tak payah nak nasihat pun. sia-sia aje. umpama mencurah air ribena kat atas payung. tak lut betul.

maka kita teruskan dengan tips-tips untuk memiliki perut sihat daripada si perut yang tak berapa nak sihat T____T

1. Jaga waktu makan, jangan terlalu awal ataupun terlalu lewat. Lunch pukul 5 petang, dinner pukul 10 malam dan supper pada jam 2pagi sangatlah tidak sesuai. Penulis pernah berpengalaman sebegini. Sangat 'enak' keadaan perut pada hari seterusnya. Macam naik rollercoaster. free of charge baby.tak payah penat-penat pergi cosmos world nak naik rollercoaster. HAHA.


air oh air!

2. Minum cukup jus langit. HEH langit mana ada jus takkan nak minum air hujan pulak? Tidak, saya maksudkan skyjuice sebenarnya. Jangan banyak minum air gas. Pernah tak cuba minum air gas masa perut kosong? Efeknya macam bom atom hiroshima dengan nagasaki sungguh. Hebat.Hebat. Tak payah nak back to the future kembali ke zaman nenek-nenek kita bertanding dalam contest ratu kebaya.

3. Makan sebelum kenyang, berhenti sebelum lapar. Alamatnya berrolercoasterlah isi perut kamu nanti. HAHA. ok jadi kita ikut sunnah nabi, makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. Nescaya anda tak akan terasa kebulur tahap super saiya walaupun anda tidak makan dalam tempoh yang agak lama.



do take fruits. bukan ambik fruits basket pulak.


4. Rajin-rajinlah makan buah-buahan. Pastikan anda makan buah-buahan sebelum makan hidangan berat, jika anda tidak mahu orang lain cakap perut kamu seperti orang mengandung 7 bulan. Kalau ada orang cakap pun, korang cakap je, " A ah, aku mengandung 7 bulan, anak kembar tau! Pergi la belikan hadiah untuk bakal anak aku ni..Lagi 2 bulan aje tau!!" - ujar anda dengan penuh keyakinan dan keazaman yang membara-bara meskipun anda lelaki sejati.

5. Kurangkan pengambilan makanan segera dan jajan. Sesungguhnya kebanyakan makanan segera mengandungi kalori yang sangat tinggi, maka sekiranya anda membeli makanan tersebut, secara tidak langsung anda telah membeli beberapa kilo lemak tambahan untuk badan anda tanpa anda sedari. Kalau terasa nak lebih jimat, beli mcdonald mcvalue lunch sebab dengan bayaran yang murah, anda boleh dapat jumlah lemak yang berlipat ganda. Penjimatan terhebat!!





6. Lebihkan sayur-sayuran. Bagus untuk kesihatan. Tanpa sayuran, hidup anda tak akan aman kerana tiada serat. Bila tak ada serat, tak bagus, sebab terpaksa membazirkan masa anda dalam toiland (toilet versi thailand) dengan masa yang lama. Jika anda tak suka makan sayur sekalipun, pergilah beli sepeket keropok sayur cap panda di kedai padaiyappa berdekatan dan goreng serta nikmatilah kerangupannya dengan penuh sensasi sekali.

7. Kurangkan makanan bergoreng. Gantikan kentang goreng dengan kentang putar. Ayam goreng dengan ayam putar. HEHH SALAH. Ayam goreng dengan ayam penyet. Ayam penyet lagi bagus sebab dia siap bagi set ulam-ulaman. Pemakanan yang lebih seimbang.

8. Kurangkan makanan manis. Kalau nak kelihatan manis tak payah nak makan makanan manis banyak-banyak. Nanti kalau jadi obesiti kamu kena masuk biggest loser asia. Kalau rasa nak publisiti murahan nak masuk tv, boleh la anda makan makanan manis banyak-banyak. Lepas tu jangan nak berangan nak tackle hos rancangan si cantik manis Sarimah Ibrahim pulak.


nak jadi cantik manis tak perlu makan banyak makanan manis.


sekian sahaja untuk kali ini. bersama-samalah kita menjaga kesihatan perut. minumlah vitagen mahupun yakult untuk perut yang sihat. pesanan khas khidmat masyarakat ini tidak ditaja oleh mana-mana syarikat T___T.

fullstop.
wassalam~

20091126

dua tiga patah aje

Salam

sempena malam aidiladha yang mulia ini,
ingin saya menulis sepatah dua kata.

ok. dah. lebih dua kata. cukup.

heh. mana boleh, maka kita tukar ayat tersebut dengan ini ingin saya menulis dua-tiga patah beribu-ribu kata. lebih sesuai bukan?

memandangkan exam telah tamat siang tadi (YAHOOO. eh. silap. ALHAMDULILLAH ;))
maka izinkan saya menulis entri ini sesuka hati saya. ape benda penulis mengarut ni bukan ke selama ni dia memang tulis sesuka hati dia aje? brrr.(sambil tiru trademark kokakola)

tajuk utama pada hari ini ;

TIPS MENGELAKKAN DIRI DARIPADA PERAGUT JAHANAM

sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang ini (ehh saya bukan peragut tapi mangsa ragut ok) , maka ingin saya memberi beberapa peringatan kepada kaum hawa yang saya kasihi sekalian.

  • pertama sekali, kalau tak nak kena ragut, tak payah bawa beg tangan. ini tips yang paling mudah.
  • kemudian, pastikan handphone disimpan di dalam poket anda. ini bagi memudahkan kerja-kerja bermesej bersama kekasih hati anda meminta pertolongan.
  • wang yang banyak haruslah disimpan di dalam poket, maka beg tangan anda hanyalah hiasan semata-mata dengan dompet yang tinggal sekupang dua kupang. biarlah beg anda gucci original mahupun burberry siam mahupun beg plastik, adalah bagus sekiranya anda meminimumkan pengisian barang-barang penting seperti rantai emas, cincin berlian dan yang sewaktu dengannya dalam beg tersebut .
  • jalan berlawanan dengan arus kenderaan! tapi kalau jalan tu dah one-way kena jalan berundur la eh?
  • kepit handbag anda kuat-kuat sekiranya berada di tempat berisiko seperti pada waktu malam, di pasar raya mahupun masa hari raya. tapi harus diingatkan bahawa semua tempat berisiko, termasuklah HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR. (oh hkl, anda sentiasa di hatiku yang hancur. T____T)
  • letakkan batu 10kg dalam handbag anda. HARHAR . tipu aje. beli beg anti-snatch handbag jika mampu. bagus untuk kesihatan.
  • bawa senjata kecil seperti gunting, pepper spray dan kunci. lalu cucukkan sahaja ke badan peragut sehingga dia menjerit "AUWWW!! SAKIT LA YOU!" sekiranya berkesempatan.
  • sangkutkan handbag anda di tepi berlawanan dengan jalan. for example kalau jalan raya berada di kanan anda, maka sangkutkan beg di kiri anda.
  • sekiranya di tempat letak kereta tertutup, keluarkan kunci kereta dari dalam beg siap-siap sebaik keluar daripada lif bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. sekurang-kurangnya kereta anda terselamat juga.
  • tips lain? pandai pandai lah anda semua cari sendiri. HARHARHAR.

seterusnya,

apa yang harus dilakukan sekiranya anda "ter"menjadi mangsa??

  • jerit sekuat-kuat hati meminta tolong. jangan pergi jerit sumpah seranah kat peragut tu seperti "hoi setan mangkuk ayun kau jangan lari!!"
  • kalau geram juga, istighfar laju-laju, doa agar si peragut mati eksiden sebab speed laju sangat. baru padan muka. huh!
  • sekiranya gagal menyelamatkan beg anda, pergi laporkan kepada balai polis berdekatan. ingat nama kawasan kejadian serta pukul berapa ianya berlaku.
  • beri amaran kepada polis yang menerima laporan supaya jangan menggunakan nombor telefon mangsa untuk main-main miss call dan hantar mesej "Hai awak, saya polis yang tolong awak semalam tu. Boleh kita berkenalan?" . ini namanya polis miang buluh. sejak itu saya sangat tidak respek akan encik polis zaman sekarang! T____T
  • telefon bank bagi membekukan kad atm serta kad kredit yang ada. jika tidak si peragut dengan sesuka hatinya mengswipe kad anda sehingga beratus-ratus ribu ringgit jumlahnya (berdasarkan kisah benar)
  • segera buat i/c, lesen serta kad-kad yang penting secepat mungkin. tak secepat mungkin boleh jugak lagi nipis dompet anda sebab cuma diisi dengan laporan polis tersebut sahaja. AHA. jangan lupa buat beberapa salinan laporan polis untuk diberi bersama ketika membuat i/c, lesen serta kad-kad berkaitan (i/c serta lesen tidak akan dicaj sekiranya hilang diragut)
  • lupakan kejadian yang telah berlaku. jangan terlalu trauma. dan jadikan pengajaran untuk masa akan datang.

bagi saya, memang dah tak trauma, cuma geram, mungkin.
honda wave wrs8154 kau memang *&^%$#@!

grrr. dan juga brrrr.

maka dengan ini saya ingin mengucapkan salam aidiladha kepada semua umat Islam.

sekian,
wassalam.

20091026

kesesakan lalu lintas? jangan stress!

Salam.

masa traffic jam,
pernah tak rasa macam nak pecahkan kereta depan pakai kayu baseball?
pernah tak rasa macam nak baling batu dekat polis trafik sebab dia tahan tak bagi jalan?
pernah tak rasa macam nak keluar dari kereta, lepas tu jalan kaki lagi bagus sebab lagi cepat sampai berbanding naik kereta?

kalau pernah, maksudnya anda stress dengan kesesakan jalan raya.

tipulah kalau pemandu kat malaysia ni tak pernah stress kalau traffic jam.

begitu juga saya.

dulu-dulu, masa tak reti bawak kereta lagi.
pernah terfikir.

"macam mana yek nak tahan sabar masa traffic jam?"
"tak stress ke pagi-pagi nak pergi kerja dah kena menghadap jam?"
"eeee..dah kerja nanti takmo duduk kolumpo la!"

arr. pemikiran zaman dahulu kala.

sekarang, setelah setahun lebih menjadi pemandu yang sah di sisi undang-undang, baru lah dapat merasa apa yang mereka rasa.

traffic jam? selalu. tiap hari mungkin. pernah tersangkut di lingkungan kawasan yang sama selama 3 jam gara-gara kesesakan lalu lintas. tapi, tak stress pun. betul!

penyabar sungguh penulis ni. CEHHH. masuk troli tolak sendiri lagi penulis ni. =____="

masa awal-awal bawak kereta dulu memang stress. tapi sekarang dah boleh kawal.

kalau taknak stress pandai-pandai la cari hiburan sendiri masa tengah jam. contoh ;

1) mengemas bahagian dalam kereta. susun-susun balik cd lagu, sapu-sapu sikit ke.

2) mekap. oh saya pernah lihat seorang kakak ni make up dalam kereta daripada muka dia yang serabut dengan rambut huru-hara , dia make up dan dandan rambut sampai jadi cun melecun tiptop boleh mengorat bos kasi bonus lebih fewiiittt!

3) menyanyi. oh. ini saya suka. cehh. dah la penulis suka bukak tingkap kereta. lepas tu pasang volume sampai bergegar kereta. motorcyclist semua pandang-pandang macam nak join karaoke sekali. KAHKAH.

4) kira kereta. ok. ini memang dah tak ada kerja betul. kira berapa banyak kereta yang ada. and you'll be amused! :P

5) kira duit. itu pun kalau dompet ada duit laa.kalau tak ada takyah nak perasan banyak duit.

6) berzikir. alhamdulillah sejuk hati atok nenek mak bapak suami isteri anak anak.

7) usha kereta sebelah. ini pun kalau ada geng dalam kereta memang seronok ah. kalau dapat yang hensem lagi anggun bertuahlah anda. kalau sebaliknya, mungkin anda kurang bernasib baik, sila cuba lain kali. HARHAR.

8) membaca. pastikan dalam kereta anda ada bahan bacaan bagi mengisi masa lapang anda. kepada yang tak boleh membaca dalam kereta sebab nanti pening macam saya, jangan sesekali buat. kang silap haribulan nampak bintang-bintang masa tengah drive baru tahu. haisshhh.

9) potong kuku. manicure. atau pedicure pun boleh. eh. tiba-tiba ada idea nak buat spa bergerak pulak. boleh tak?

10) makan. makan. dan makan. pastikan juga dalam kereta ada makanan ringan. jangan la kau pergi bantai nasi lemak pulak dalam kereta. kang tak pasal-pasal abang polis mintak share sikit pulak. HAHA.

11) senyum sorang-sorang. ah. ini pun hobi penulis. dulu pernah siap ada pemandu kereta sebelah gelakkan penulis sebab tersenyum sorang-sorang. but then he ended up dengan mengenyit mata kat i . selamat la abang tu hensem. cair duhh cair. KAHKAHKAH.

12) gosok gigi. ehh tipu aje. ingat nak tiru encik kacang ke pergi siap-siap dalam kereta? HAHA.
ni. check kebersihan gigi. kang ada benda melekat kat gigi macam dalam iklan dentyne tu kan dah malu namanya.


dan banyak lagi, ikut korang la macam mana.

last sekali.

kalau taknak sangkut dalam jam, duduk kat kampung lah. kawan-kawan ayuh, dah grad nanti kita kerja kat kampung jadi petani nelayan tukang jahit tukang kayu dan yang sewaktu dengannya.

ah. i nak beli jet peribadi la macam ni nak elak traffic jam.

fullstop.
wassalam~

20091025

tips bergaya sakan walaupun papa kedana.

Salam.

seperti yang dimaklumkan minggu lepas, minggu ini penulis akan berkongsi pula tips-tips untuk tampil anggun dan bergaya serta seksi dengan bajet rendah.CEWAAH.

"eh. kata pakai tudung. mana boleh seksi-seksi."

maksud i seksi hot la. bukan seksi dedah sana sini. wiwit~

ok. tips bermula dengan jenis pemakaian.
nota : kali ini i tak sentuh mengenai tudung. maksudnya tak matchkan pakaian dengan tudung la sebab i malas. pandai-pandai lah korang buat sendiri. HAHA.

bagi mengekalkan ciri-ciri pakaian muslimah, pastikan pakaian yang anda beli adalah below your hips ok. and also not too tight.

checked.

seterusnya.

sub-clothes that you must have ;

cardigans
innershirts
jackets - formal (blazer-like), casual (eg : biker's jacket, half jacket, jeans jacket)
bolero - macam cardigan, tapi yang pendek punya. (half cardis)
clincher/belt



contoh-contoh sebahagian sub-clothes milik penulis.

next. mari kita buat comparison.
bagaimana kita boleh memvariasikan pakaian kita.
penulis sertakan sekali harga pakaian bagi menyatakan bahawa pakaian itu menarik serta affordable.

butir-butir model :
tinggi : 160cm
berat : 52kg
saiz : M , uk 8,10 or 12


ini pakaian biasa.pakai buat pergi pasar. t-shirt sama jeans sudah.
t shirt : rm20
jeans : rm45

tambah magic sikit jadi macam ni ;



ini pulak cadangan gaya kalau nak ke kelas.
match it with cardigan to get a new look.
cardigan : rm22

sekarang kita jampi serapah pakai jampi harry potter untuk dapat gaya macam ni ;



ini pulak cadangan gaya untuk pergi dating (ceh.ceh.ceh!)
sarungkan long cardigan, serta belt. tadaaaa! a wow new look!
long cardigan : rm10
belt : rm12

nampak? nampak?
pakai pakaian yang sama, tapi anda boleh nampak lagi menarik dengan memadankan sub-clothes yang ada.transformasi dari baju nak pergi pasar jadi baju pergi dating tu gerenti pakwe cair tu pewwiiitttt! KAHKAHKAH.

next.

dress pun salah satu pakaian yang sesuai dipakai oleh gadis muslimah. iyer la. asal cakap pakaian labuh aje, mesti ingat blouse. dress pun labuh apa. cuma kena pakai seluar la takkan nak tayang kaki pulak kan?

macam ini ;


nak pergi dating nih.
dress putih dipadankan dengan inner hitam dan jeans for casual look.
dress : rm29
inner : rm10

sekali tiba-tiba tak jadi dating, sebab bos panggil suruh pergi urgent meeting.



so, more formal look. sarung bolero warna hitam.
dress : rm29
bolero : rm19

sekali bos nak ajak pergi dinner pulak. ceh.ceh.ceh. cepat buat gaya baru!


sarung belt pulak. wee~


lihat? dah nampak kan transformasi yang simple untuk situasi bebeza.
jadi apa lagi, pergilah ke shopping complex berdekatan atau blogshop bagi mendapatkan sub-clothes sedemikian sementara stok masih ada! hihihihi XD

contoh dress lagi ;


si pendek sebab patutnya dress ni untuk paras lutut. HAHA.
(haishh. tinggi 160cm pun masih dikira pendek. T__T)
dress : rm35


sarung bolero lagi.

next, kemeja pun bagus juga. cari boyfriend's shirt yang jenis labuh ok.


actually ni lebih kepada boyfie's shirt + jacket.
shirt : rm25


match with bolero and belt again.


or even a biker's jacket to get megan fox's sexy look in transformers 2.
KAHKAH.
biker's jacket : rm49

lihat,
rata-rata harga pakaian semua bawah rm40, except biker's jacket sebab berjenama agak terkenal.

like I said, orang bukannya nak tengok brand tag kat tengkuk baju tu pun kan???
asalkan murah, cantik dan tahan lama cukuplah.

ingat nak tunjuk banyak lagi. tapi i malas nak tukar baju pulak. lain kali je la yer. ^_^
so itu lah sebahagian collection pakaian penulis. itu baru 1/10 daripada koleksi mungkin. HAHA.


ini baru half wardrobe. aiyoyo. tak campur baju yang berlipat lagi.


large mirror dalam bilik yang membolehkan penulis membuat eksperimen pelbagai gaya. HAHA (lagi sekali, ini baru half cermin.ada lagi half di sebelah kiri. HARHAR XD)

walaupun wardrobe dah padat dan mampat, tapi i tetap degil nak beli baju lagi. gila tamak betul ah penulis ni. kahkah.

enough.

yang benar, si gadis yang suka bergaya sakan walaupun papa kedana.

fullstop.
wassalam~

20091014

nak shopping online wajib baca ni dulu.

Salam.

hello everybody!

sempena hari mulia hari bahagia hari rabu ini, penulis dengan berbesar hatinya, ingin berkongsi sedikit tips mengenai topik yang akan kita bincangkan hari ini iaitu :

ONLINE SHOPPING.

sebelum itu mari kita lihat kronologi step by step cara nak beli barang secara online.
1) Pilih item
2) Order item
3) Payment (bank-in, online or card)
4) Tunggu barang sampai.
5) Enjoy!

seterusnya ;

Tips 1 :
Pastikan anda mempunyai online banking seperti maybank2u, cimbclicks serta yang sewaktu dengannya mahupun kredit kad atau debit kad sendiri. Kalau tak ada, pergi la merayu goda mak bapak korang mintak pinjam akaun online banking diorang sekejap, atau kalau tak ada jugak, senyap-senyap pergi ambik kad kredit parents, lepas tu apa lagi jom kita joli OH YEAH BABY! HARHARHARIMAU! XD . ehh. tapi dengan syarat korang tanggung sendiri ah kalau tuan punya kredit kad nak kenakan tindakan dekat korang, kena lah pandai-pandai jawab. kalau tak pandai jawab jangan harap ah lepas ni korang nak dapat duit PaMa lagi dah... T__T

Tips 2 :
Kenalpasti saiz standard anda untuk pakaian,sama ada standard saiz S,M,L mahupun saiz uk, serta ketinggian anda yang sebenar tanpa memakai kasut tinggi. Hal ini bagi memudahkan proses pencarian pakaian. Kalau saiz badan korang saiz XL, jangan pulak nak perasan badan kecik macam mila AF5 pergi beli saiz XS pulak. Silap hari bulan bye-bye lah baju yang korang beli kena bagi kat adik-adik korang yang masih kanak-kanak lagi. Dah la pergi curik kad kredit makbapak, sekali baju tak boleh pakai pulak. kan padan muka siapa suruh buat jahat.grrr. ehh.penulis rupanya yang suruh. i'm sorry sayang,i tak berniat pun tauu . ah,sumpah bitchy betul penulis ni tiba-tiba nak mintak maaf dengan cara menggoda pulak. kau ingat pembaca perempuan boleh tergoda ke HAHH?? KAHKAH.

Tips 3 :
Duit dah ada, saiz dah tau, apa lagi, masa untuk shopping OH YEAH BABY! hehh. tak payah la korang nak serang berlari-lari masuk shopping mall macam dalam confessions of a shopaholic tu. sekarang tangan korang aje yang kena gerak. mudah bukan? sebangai langkah awal, bolehlah korang melayari website seperti www.emmagem.com , shoppingroll.blogspot.com, yourshoppingkaki.blogspot.com, style2.info dan sebagainya. yang lain-lain pandai-pandai ah korang cari sendiri penulis malas nak sebut. usaha tangga kejayaan. AYUH!

Tips 4 :
Pastikan blog yang anda kunjungi merupakan penjual yang boleh dipercayai. Bagaimana mahu tahu? Kebiasannya mereka ada letak testimonial dari pelanggan-pelanggan lain, ataupun kalau ada banyak baju yang sold out, boleh percaya lah tuan punya blog itu. Setakat ni setelah penulis menghabis lebih RM800 melalui shopping online ( ahh. boros gila kau beli berapa banyak baju hahh sampai habis banyak ni dalam masa 6 bulan nih! *CRY* T___T ) tidak pernah sekali pun penulis ditipu. malah tak menyesal jugak sebab tershopping banyak tu. janji i happy sudah oh i love you SHOPPING, maka secara rasminya i mengumumkan yang i memang seorang SHOPAHOLIC. cis. ape pasal kau pergi announce kat sini. habis ah semua lelaki lari dari kau sebab taknak kau habiskan duit diorang untuk shopping. but hehhh. jangan risau ahh. i tak akan guna duit orang lain untuk shopping ok. semuanya SENDIRIAN BERHAD yes i'm miss independent baby! so tak payah nak membebel ok kalau i shopping banyak. HAHAHAHACHUMM!! XD

Tips 5 :
Yang penting, tujuan kita shopping online adalah bagi mendapatkan harga durian runtuh. ehhh. harga runtuh. maksudnya MURAH weyy. eh. tambah. MURAH & CANTIK weyy. ehem2. i nak share rahsia ni. semua baju yang i beli online tak pernah lebih RM40 per piece including postage ok! see.see. i pandai tau cari barang. cehhh. masuk troli tolak sendiri betul ah kau ni penulis. PADA PENDAPAT SAYA, cehh. kau nak masuk pidato apa pakai ayat skema. HAHA. ulang balik. pada pendapat saya, sekiranya suatu barang itu harganya melebihi RM40, i won't buy it, melainkan kalau dah craving sangat-sangat sampai kau termimpi-mimpi nak jugak benda tu. T__T . tapi apa-apa pun up to you all. kalau kaya boleh la cari yang RM100-RM200 sepasang ke barang-barang yang branded. i tak kisah lah brand-brand nih. janji baju cantik sudah. orang bukannya nak tengok tag baju kat tengkuk kau pun kan?? HEHE.

Tips 6 :
Semasa mahu send email kepada tuan blogshop untuk menempah barang yang anda inginkan, gunalah kata-kata manis seperti ;

"Hi dear!"

"Hi darl!"

"Thanks babe! Gorgeous dresses! "

"Hugs and kisses!"

supaya rasa lebih selesa untuk bercommunicate dengan penjual, maka dengan baik hatinya mana tau penjual bagi diskaun ke, bagi postage free ke, pos awal ke. mana tahu kan??? my experience, ada yang pulangkan duit beberapa hinggit sikit sekali dengan barang postage sebab diskaun, ada yang malam order, esok siang dah sampai, ada yang tiba-tiba cakap tak payah bayar postage. see.see. budi bahasa kan budaya kita. berguna jugak eh seruan kerajaan ni. CEWAAHHH.

Tips 7 :
pastikan anda mengenyit mata kepada abang poslaju yang menghantar bungkusan tersebut kepada anda. EHHH. TIPU AJE . jangan sesekali buat macam tu tau! i nak cakap yang make sure mintak tracking number daripada penjual, so you boleh track kat website poslaju sama ada barang korang dah on the way ke, dah sampai ke atau apa-apa. ingat ehh. jangan mengorat abang poslaju tau!

Tips 8 :
Masa untuk try and error! apa lagi melawa ah kau depan cermin dengan barang yang kau baru dapat tu. ohh sumpah perasaan VICTORIOUS bila baju tu sesuai dengan kita. like "I'M YOURS BABY! I'M YOURS FINALLY!!!" . ceh. perasaan tak boleh blah macam dapat rampas boyfriend bestfriend kau sendiri. ahh.bitchy lagi penulis ni. KAHKAH.

ah, lagi satu nak pesan. pilih yang MENUTUP AURAT ok kepada muslimah sekalian. kriteria penting itu wehhh.

i think cukup dah kot, next session i akan cerita how to style modestly, yet trendy. Tutup aurat pun iyer, style pun iyer. kau ingat orang seksi je ke boleh berstyle hah? gadis yang tutup aurat pun lagi HOT tau. HAHA.


see.see. anak dengan mak sama-sama HOT wehh walaupun tutup aurat. HAHAHA

fullstop.

wassalam~