In the name of Allah,most gracious,most merciful

20091014

nak shopping online wajib baca ni dulu.

Salam.

hello everybody!

sempena hari mulia hari bahagia hari rabu ini, penulis dengan berbesar hatinya, ingin berkongsi sedikit tips mengenai topik yang akan kita bincangkan hari ini iaitu :

ONLINE SHOPPING.

sebelum itu mari kita lihat kronologi step by step cara nak beli barang secara online.
1) Pilih item
2) Order item
3) Payment (bank-in, online or card)
4) Tunggu barang sampai.
5) Enjoy!

seterusnya ;

Tips 1 :
Pastikan anda mempunyai online banking seperti maybank2u, cimbclicks serta yang sewaktu dengannya mahupun kredit kad atau debit kad sendiri. Kalau tak ada, pergi la merayu goda mak bapak korang mintak pinjam akaun online banking diorang sekejap, atau kalau tak ada jugak, senyap-senyap pergi ambik kad kredit parents, lepas tu apa lagi jom kita joli OH YEAH BABY! HARHARHARIMAU! XD . ehh. tapi dengan syarat korang tanggung sendiri ah kalau tuan punya kredit kad nak kenakan tindakan dekat korang, kena lah pandai-pandai jawab. kalau tak pandai jawab jangan harap ah lepas ni korang nak dapat duit PaMa lagi dah... T__T

Tips 2 :
Kenalpasti saiz standard anda untuk pakaian,sama ada standard saiz S,M,L mahupun saiz uk, serta ketinggian anda yang sebenar tanpa memakai kasut tinggi. Hal ini bagi memudahkan proses pencarian pakaian. Kalau saiz badan korang saiz XL, jangan pulak nak perasan badan kecik macam mila AF5 pergi beli saiz XS pulak. Silap hari bulan bye-bye lah baju yang korang beli kena bagi kat adik-adik korang yang masih kanak-kanak lagi. Dah la pergi curik kad kredit makbapak, sekali baju tak boleh pakai pulak. kan padan muka siapa suruh buat jahat.grrr. ehh.penulis rupanya yang suruh. i'm sorry sayang,i tak berniat pun tauu . ah,sumpah bitchy betul penulis ni tiba-tiba nak mintak maaf dengan cara menggoda pulak. kau ingat pembaca perempuan boleh tergoda ke HAHH?? KAHKAH.

Tips 3 :
Duit dah ada, saiz dah tau, apa lagi, masa untuk shopping OH YEAH BABY! hehh. tak payah la korang nak serang berlari-lari masuk shopping mall macam dalam confessions of a shopaholic tu. sekarang tangan korang aje yang kena gerak. mudah bukan? sebangai langkah awal, bolehlah korang melayari website seperti www.emmagem.com , shoppingroll.blogspot.com, yourshoppingkaki.blogspot.com, style2.info dan sebagainya. yang lain-lain pandai-pandai ah korang cari sendiri penulis malas nak sebut. usaha tangga kejayaan. AYUH!

Tips 4 :
Pastikan blog yang anda kunjungi merupakan penjual yang boleh dipercayai. Bagaimana mahu tahu? Kebiasannya mereka ada letak testimonial dari pelanggan-pelanggan lain, ataupun kalau ada banyak baju yang sold out, boleh percaya lah tuan punya blog itu. Setakat ni setelah penulis menghabis lebih RM800 melalui shopping online ( ahh. boros gila kau beli berapa banyak baju hahh sampai habis banyak ni dalam masa 6 bulan nih! *CRY* T___T ) tidak pernah sekali pun penulis ditipu. malah tak menyesal jugak sebab tershopping banyak tu. janji i happy sudah oh i love you SHOPPING, maka secara rasminya i mengumumkan yang i memang seorang SHOPAHOLIC. cis. ape pasal kau pergi announce kat sini. habis ah semua lelaki lari dari kau sebab taknak kau habiskan duit diorang untuk shopping. but hehhh. jangan risau ahh. i tak akan guna duit orang lain untuk shopping ok. semuanya SENDIRIAN BERHAD yes i'm miss independent baby! so tak payah nak membebel ok kalau i shopping banyak. HAHAHAHACHUMM!! XD

Tips 5 :
Yang penting, tujuan kita shopping online adalah bagi mendapatkan harga durian runtuh. ehhh. harga runtuh. maksudnya MURAH weyy. eh. tambah. MURAH & CANTIK weyy. ehem2. i nak share rahsia ni. semua baju yang i beli online tak pernah lebih RM40 per piece including postage ok! see.see. i pandai tau cari barang. cehhh. masuk troli tolak sendiri betul ah kau ni penulis. PADA PENDAPAT SAYA, cehh. kau nak masuk pidato apa pakai ayat skema. HAHA. ulang balik. pada pendapat saya, sekiranya suatu barang itu harganya melebihi RM40, i won't buy it, melainkan kalau dah craving sangat-sangat sampai kau termimpi-mimpi nak jugak benda tu. T__T . tapi apa-apa pun up to you all. kalau kaya boleh la cari yang RM100-RM200 sepasang ke barang-barang yang branded. i tak kisah lah brand-brand nih. janji baju cantik sudah. orang bukannya nak tengok tag baju kat tengkuk kau pun kan?? HEHE.

Tips 6 :
Semasa mahu send email kepada tuan blogshop untuk menempah barang yang anda inginkan, gunalah kata-kata manis seperti ;

"Hi dear!"

"Hi darl!"

"Thanks babe! Gorgeous dresses! "

"Hugs and kisses!"

supaya rasa lebih selesa untuk bercommunicate dengan penjual, maka dengan baik hatinya mana tau penjual bagi diskaun ke, bagi postage free ke, pos awal ke. mana tahu kan??? my experience, ada yang pulangkan duit beberapa hinggit sikit sekali dengan barang postage sebab diskaun, ada yang malam order, esok siang dah sampai, ada yang tiba-tiba cakap tak payah bayar postage. see.see. budi bahasa kan budaya kita. berguna jugak eh seruan kerajaan ni. CEWAAHHH.

Tips 7 :
pastikan anda mengenyit mata kepada abang poslaju yang menghantar bungkusan tersebut kepada anda. EHHH. TIPU AJE . jangan sesekali buat macam tu tau! i nak cakap yang make sure mintak tracking number daripada penjual, so you boleh track kat website poslaju sama ada barang korang dah on the way ke, dah sampai ke atau apa-apa. ingat ehh. jangan mengorat abang poslaju tau!

Tips 8 :
Masa untuk try and error! apa lagi melawa ah kau depan cermin dengan barang yang kau baru dapat tu. ohh sumpah perasaan VICTORIOUS bila baju tu sesuai dengan kita. like "I'M YOURS BABY! I'M YOURS FINALLY!!!" . ceh. perasaan tak boleh blah macam dapat rampas boyfriend bestfriend kau sendiri. ahh.bitchy lagi penulis ni. KAHKAH.

ah, lagi satu nak pesan. pilih yang MENUTUP AURAT ok kepada muslimah sekalian. kriteria penting itu wehhh.

i think cukup dah kot, next session i akan cerita how to style modestly, yet trendy. Tutup aurat pun iyer, style pun iyer. kau ingat orang seksi je ke boleh berstyle hah? gadis yang tutup aurat pun lagi HOT tau. HAHA.


see.see. anak dengan mak sama-sama HOT wehh walaupun tutup aurat. HAHAHA

fullstop.

wassalam~

1 comment:

Syaheeda said...

haha. faw shopping geek! :p