perut tak sihat hari ini.
sangat tak best ok T____T
tapi budak ni degil, dah tau perut tak sihat pergi menggedik makan sambal belacan banyak-banyak. lepas tu sakit lagi padan muka dia HAHAHA.
abaikan kisah budak degil ini. tak payah nak nasihat pun. sia-sia aje. umpama mencurah air ribena kat atas payung. tak lut betul.
maka kita teruskan dengan tips-tips untuk memiliki perut sihat daripada si perut yang tak berapa nak sihat T____T
1. Jaga waktu makan, jangan terlalu awal ataupun terlalu lewat. Lunch pukul 5 petang, dinner pukul 10 malam dan supper pada jam 2pagi sangatlah tidak sesuai. Penulis pernah berpengalaman sebegini. Sangat 'enak' keadaan perut pada hari seterusnya. Macam naik rollercoaster. free of charge baby.tak payah penat-penat pergi cosmos world nak naik rollercoaster. HAHA.
2. Minum cukup jus langit. HEH langit mana ada jus takkan nak minum air hujan pulak? Tidak, saya maksudkan skyjuice sebenarnya. Jangan banyak minum air gas. Pernah tak cuba minum air gas masa perut kosong? Efeknya macam bom atom hiroshima dengan nagasaki sungguh. Hebat.Hebat. Tak payah nak back to the future kembali ke zaman nenek-nenek kita bertanding dalam contest ratu kebaya.
3. Makan sebelum kenyang, berhenti sebelum lapar. Alamatnya berrolercoasterlah isi perut kamu nanti. HAHA. ok jadi kita ikut sunnah nabi, makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. Nescaya anda tak akan terasa kebulur tahap super saiya walaupun anda tidak makan dalam tempoh yang agak lama.
4. Rajin-rajinlah makan buah-buahan. Pastikan anda makan buah-buahan sebelum makan hidangan berat, jika anda tidak mahu orang lain cakap perut kamu seperti orang mengandung 7 bulan. Kalau ada orang cakap pun, korang cakap je, " A ah, aku mengandung 7 bulan, anak kembar tau! Pergi la belikan hadiah untuk bakal anak aku ni..Lagi 2 bulan aje tau!!" - ujar anda dengan penuh keyakinan dan keazaman yang membara-bara meskipun anda lelaki sejati.
5. Kurangkan pengambilan makanan segera dan jajan. Sesungguhnya kebanyakan makanan segera mengandungi kalori yang sangat tinggi, maka sekiranya anda membeli makanan tersebut, secara tidak langsung anda telah membeli beberapa kilo lemak tambahan untuk badan anda tanpa anda sedari. Kalau terasa nak lebih jimat, beli mcdonald mcvalue lunch sebab dengan bayaran yang murah, anda boleh dapat jumlah lemak yang berlipat ganda. Penjimatan terhebat!!
6. Lebihkan sayur-sayuran. Bagus untuk kesihatan. Tanpa sayuran, hidup anda tak akan aman kerana tiada serat. Bila tak ada serat, tak bagus, sebab terpaksa membazirkan masa anda dalam toiland (toilet versi thailand) dengan masa yang lama. Jika anda tak suka makan sayur sekalipun, pergilah beli sepeket keropok sayur cap panda di kedai padaiyappa berdekatan dan goreng serta nikmatilah kerangupannya dengan penuh sensasi sekali.
7. Kurangkan makanan bergoreng. Gantikan kentang goreng dengan kentang putar. Ayam goreng dengan ayam putar. HEHH SALAH. Ayam goreng dengan ayam penyet. Ayam penyet lagi bagus sebab dia siap bagi set ulam-ulaman. Pemakanan yang lebih seimbang.
8. Kurangkan makanan manis. Kalau nak kelihatan manis tak payah nak makan makanan manis banyak-banyak. Nanti kalau jadi obesiti kamu kena masuk biggest loser asia. Kalau rasa nak publisiti murahan nak masuk tv, boleh la anda makan makanan manis banyak-banyak. Lepas tu jangan nak berangan nak tackle hos rancangan si cantik manis Sarimah Ibrahim pulak.
sekian sahaja untuk kali ini. bersama-samalah kita menjaga kesihatan perut. minumlah vitagen mahupun yakult untuk perut yang sihat. pesanan khas khidmat masyarakat ini tidak ditaja oleh mana-mana syarikat T___T.
fullstop.
wassalam~




1 comment:
jgn lupe mkn pil ciketeon!
Post a Comment