In the name of Allah,most gracious,most merciful

20100323

berjimat cermat demi menjamin masa hadapan yang gemilang.

Salam

ok. sila teka abah saya tengah buat apa sekarang?
nak tahu?

dia buka channel cartoon nertwork lepas tu tengok tom & jerry.
lagi comel bila dia kononnya nak baca surat khabar, memang dia pegang surat khabar, tapi mata dia dok tengok skrin tv. ahh sumpah comel gila ok. penat i gelak dalam hati. HAHA.
dan saya nak bakal suami saya macam ni. sangat comel. comel macam abah saya.
boleh tak? ^^

cukup dengan iklan, kembali ke buletin utama kita untuk hari ini.

topik utama yang akan dibincangkan pada hari ini : berjimat-cermat

maka ingin saya senaraikan cara-cara saya berjimat cermat ;

1) Kalau drive kereta sorang-sorang, saya tutup aircond dan buka tingkap. Melainkan kalau hari betul-betul panas atau ada orang kacau (ok ini sgt pfft) maka saya akan tutup tingkap.

2) Setiap hari di kelas, saya akan pastikan saya tak berbelanja lebih daripada RM5 untuk diri sendiri. Dan biasanya belanja harian dalam RM4 sahaja termasuk nasi campur serta satu paket buah-buahan. pemakanan harus seimbang.

3) Saya tak pernah makan atau minum kat victoria station, dome, starbucks , tony roma's, tgi fridays, serta yang seangkatan dengannya walaupun dengan family, serius tak pernah makan. Kenapa nak membazir duit beli makanan mahal kan kalau kita boleh dapat makanan yang jauh lebih sedap dengan harga yang lebih murah?

4) Pakaian saya tak berjenama langsung. Jeans setakat beli kat Pasaraya Hari-Hari yang harga tak sampai RM20 sehelai. Sumpah tak tipu. Jeans branded pun sehelai aje, itupun Goggles sebab masa tu ada sale dalam RM39.90 sehelai. Kenapa? sebab kalau kualiti sama tapi sebab brand sahaja yang jadikan mahal, baik beli yang murah aje. Like you got the same quality but you have to pay a higher price. Baik tak payah la. Semua cardigan yang saya beli semua yang RM10 sehelai. Bolero RM19. Baju-baju dalam almari ni pun harga average tak lebih dari RM35 sehelai. Standard dalam RM20 sehelai.Murah-murah pun cantik jugak kalau pandai gayakan ;)

5) Tak cukup dengan itu, kasut pulak. Ok sekarang saya dah tak beli kasut. Cukup dengan stok yang ada. Average harga dalam RM20-RM30 sepasang. Kena pandai cari kasut yang bergaya. Tengok kasut macam harga mahal dan branded padahal setakat brand cikai aje kot dan harga lebih murah. :)

6) Saya tak pakai barang kosmetik kecuali compact powder. Pencuci muka pun tak pakai. Maka boleh save. Ingat murah ke nak beli barang make up semua dari foundation ke blusher ke eyeliner ke eyeshadow ke maskara ke lipstick ke apa semua benda tuh? Mahal kot!

7) Saya tetapkan limit saya sendiri dalam bank akaun. Mesti ada RM*** by the end of every month. Kalau saya dah terbelanja lebih dan baki amaun kurang daripada limit tu, maka bulan seterusnya saya akan potong gaji saya sendiri.err.maksudnya kenakan penalti terhadap diri sendiri, macam tak boleh sentuh RM*** sepanjang bulan seterusnya. ini namanya disiplin. WAJIB amalkan.

8) Jangan berkira sangat tentang duit, nanti duit akan berkira balik dengan anda. Betul. Macam kalau orang pinjam duit lepas tu kamu punyalah berkira nak dia pulangkan ikut sen-sen, kalau tak cukup lagi 50sen tu pun nak maki hamun, baik tak payah la. makin tambah dosa sebab biar setan masuk dalam diri ada la. Tak pun kalau dengan family dan kawan-kawan, tak payah berkira sangat la. Janji kita ikhlas, insyaAllah, Allah akan murahkan rezeki kita. Betul tau ini tak tipu punya. :)

9) Niat berjimat cermat sebab taknak membazir, untuk simpanan jaminan masa hadapan. Membazir kan amalan setan durjana. Kalau berjimat cermat sebab setakat nak tunjuk diri itu kaya, itu kedekut namanya. HAHA. Maka itu tak bagus. Sebab kalau lagi kedekut, lagi banyaklah duit yang akan hilang secara tidak sedar. :)

10) Kejar harta duniawi tapi kalau tak kejar pahala akhirat buat apa kan? Tak berkat dan tak guna jugak harta yang dapat tuh. ;)

lupa nak cakap, sekarang saya bergantung pada elaun mara sahaja. elaun PaMA tiada langsung ok.

sekian, menabunglah demi menjamin kesejahteraan hidup.

fullstop.
wassalam~

No comments: