In the name of Allah,most gracious,most merciful

20100312

nak kulit tegang tak payah pakai botox

Salam

entri kali ini diilhamkan oleh mama dan abah saya. mereka yang suruh saya cerita kat blog. comel betul bila ibu bapa yang excited suruh anak gadis mereka ni update blog. ibu bapa korang ada tak yang macam ni? kalau tak ada, maka sila jeleslah dengan saya. HAHAHA.

kisah bermula ketika makan malam semalam. ada lauk tempe. ujar mama kepada abah, "makan lah tempe nanti kulit tak berkedut".

lantas abah menjawab, "abah tak payah makan tempe pun. kulit muka tegang aje lagi."

maka apakah rahsianya?

"OLAY, oil of olay. "


ujar abah sambil tersenyum, menyerlah mukanya yang tegang tanpa kedutan meskipun bakal pencen tahun depan.

*************

abah saya dah pakai krim tu sejak zaman dahulu kala lagi. sejak umur jauh lebih muda dari umur kita sekarang mungkin.

tapi dulu-dulu itu bukan namanya. masa abah pakai dulu-dulu, namanya ULAY lah, ULAN lah, dan apa entah. yang pasti bukan OILY. kalau letak nama oily pasti lingkup terus bisnes company tu sebab orang takut nak pakai nanti naik jerawat kan?

tengok, tak payah susah-susah makan tempe . tak payah susah-susah cucuk botox. tak payah susah-susah buat plastic surgery.

botox tak best lah. betul. saya pernah pakai botox saya tahu la. siap 4 kali cucuk you tahu tak. itu yang muka i tegang. HAHA. ok tipu. muka ni bukan tegang tapi tembam. pipi tembam bila senyum memang lah nampak tegang. T_____T . ok i used botox for medical purposes and it didn't work at all. since that i tak percaya botox dah. nak siat makan roti canai masa under 3-months of botox treatment pun tak boleh sebab jari terketar-ketar dan lemah. sedih tau tak. T_____T

lagi satu tips tak nak bagi muka cepat kedut : KETAWA.

mama suka ketawa. sebab tu kulit dia tak berkedut. nampak 10 tahun lagi muda dari umur sebenar. comel betul mama saya.

saya harap bila umur saya macam mama dan abah, saya masih tampil anggun lagi bergaya tanpa kedutan seperti mereka. itupun kalau saya masih hiduplah. kalau dah mati pasti sudah reput dimamah bumi.

sekian sahaja slot kali ini. terima kasih kepada mama dan abah kerana sudi berkongsi informasi.

oh ya si sepet tadi dah jadi si rongak. dah la bajet nak buat surprise masa kakak dia balik rumah tadi. tapi tak jadi sebab kakak dia ni bijak. padan muka si sepet lagi rongak. HAHA.

fullstop.
wassalam~

(nota : girls, trailer eclipse dah keluar!! oh my coolant! XD)

No comments: