dalam masa tak sampai 12 jam, terima dua berita orang meninggal dunia.
Al Fatihah untuk atuk kepada Fuad Aziz (fet)
dan Al-Fatihah untuk ayah kepada Hariz Azman (zuhal 06/07, mrsm mersing)
Cikgu Hj. Azman kembali ke Rahmatullah pagi tadi
Pemergian Cikgu Hj Azman b. Asran pagi tadi sungguh mengejutkan buat para pendidik dan juga penduduk Mersing. Sewaktu penulis keluar dari rumah di Taman Intan Jaya, jalan Endau jam 6.47 pagi sebuah ambulan dengan siren pantas bergerak dari bandar Mersing ke arah Endau. Berasa tak sedap hati kerana biasanya jika begitu keadaannya satu kemalangan yang melibatkan kematian atau kecederaan telah berlaku.
Sebaik tamat kelas pagi, Presiden Kagum, Sir Saiful Hairin menyampaikan perkhabaran yang mengejutkan tersebut. Khabarnya beliau dalam perjalanan menuju ke tempat kerja sebagai Guru Penolong Kanan SMK Nitar. Anak lelaki beliau cedera di kaki dan beliau sendiri tercampak keluar dari kereta .Setiba di hospital khabarnya Cikgu Azman telah menghembuskan nafas yang terakhir. Biasanya kalau berselisih kereta, pasti Allahyarham akan mengangkat tangan. Apatah lagi kereta kami jenama sama & juga warnanya.
Cikgu Azman sangat dikenali sebagai GPK HEM di SMK Anjung Batu. Sikap yang ramah dan sentiasa tenang serta merendah diri dihormati oleh guru-guru di sana. Jika terjumpa di bank atau kedai pada waktu petang pasti beliau akan menegur dengan senyuman yang begitu ikhlas.
Isteri Allahyarham, Hjh Zaliha , Pengetua SMK Tenggaroh dahulunya AJK Muafakat MRSM Mersing kerana mereka mempunyai anak lelaki pelajar di sini.(tak ingat tahun berapa SPM nya). Beliau juga peramah dan mesra dan pandai memberi pandangan dan nasihat yang baik tentang kerja dan keluarga.
Terasa benar kehilangan beliau,diharap keluarga Allahyarham dapat bersabar atas ketentuan ini. Kami warga MRSM Mersing mengucapkan takziah kepada keluarga dan warga kerja SMK Nitar. Moga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh di akhirat sana. Aminn -Guru Hujung Dunia
(mrsmmersing.blogspot.com)
kepada ariz, sabar.. kuatkan semangat, doakan yang terbaik untuk arwah.
semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, Amin.
wassalam~
No comments:
Post a Comment