tonight lets talk about success.
okay. bajet motivator lah pulak. Dr Nur Farah Ani nak bagi ceramah sikit ni agak-agak ada yang nak dengar tak?
sekejap, cuba cut off the word Dr and replace with Datuk okayy,baru much better. gila pangkat betul HAHAH.
berbalik kepada topik utama
success itu kejayaan. kejayaan itu tidak turun dari langit secara automatik. ianya manual. perlu diusahakan. macam bawak kereta manual, kalau tak reti nak kawal clutch, konfem-konfem la kereta mati kan? lepas tu mula lah gelabah lepas tu tuduh kereta rosak pulak sebab nak cover.
kejayaan pun ada dalam pelbagai bentuk. sebab bila dengar kejayaan je, mesti dok terpikir berjaya dalam pelajaran lah, berjaya dalam perniagaan lah, berjaya menggoda datuk suruh kahwin dengan kita la, berjaya times square la.
tapi sebenarnya benda-benda simple pun dikira berjaya. macam harini berjaya siapkan homework ke, berjaya makan nasi tiga pinggan ke, berjaya beranikan diri bagi nombor nak mengorat perempuan ke (?) ehh kenapa tanda soal di situ HAHA.
dan di sebalik kejayaan jugak, sebenarnya ada sesuatu yang mendorong kita untuk mendapatkannya. kalau paling dasat pun, ada benda yang buat kita rasa "haishh tak boleh jadi ni aku nak kena tunjuk betul-betul nih!" . betul kan? asalkan kita tak putus asa lah. kalau putus asa, say sayonara to the success.
oh ya, nak dengar cerita tak pasal topik ni? che ada koleksi kisah-kisah seram singapura.mai kita lihat sat naa ;
kisah satu :
waktu darjah 3 dulu, seorang budak pernah ditampar oleh cikgu math guna pemadam papan putih. tak cukup dengan tu, siap dicalit lagi dengan kapur kat muka. semuanya gara-gara budak tu tak pandai nak bahagi nombor sedangkan kawan-kawan semua dah expert. biasa la, budak lampi la katakan.
2 tahun kemudian, budak tu merupakan 40 finalis bagi pemilihan peserta kuiz matematik Po Leung Kuk bagi mewakili negara ke Primary Mathematics World Contest , dan daripada 40 orang hanya 6 orang kanak-kanak melayu yang terpilih. yang lain semua cina bolot. wopuyau wopuchitou!
masa tu cikgu math yang kerjakan budak tu masa darjah 3 dulu dah kembang kempis hidung. mana tak nya, dulunya anak murid paling lampi dalam kelas terus jadi top kan. berbaloi jugak air liur yang ditaburkan masa mengajar. rasanya dalam hati dia mesti dia kata, "tak sia-sia aku tampar budak tu dulu. kalau tak memang takkan jadi macam ni la!"
kisah dua :
budak ni pernah disqualified masa pusingan pertama pemilihan wakil sekolah untuk satu acara sukan sewaktu awal pembabitannya. frust menonggeng. dah lah frust, tak senonoh pulak tu sampai menonggeng.
4 tahun kemudian, ambik kau budak tu terus dapat wakil solo pergi peringkat kebangsaan. mana tak menangis jurulatih berbaloi titik peluh dia yang lagi mahal dari setitik peluh petani. dalam hati dia pun mesti kata, "tak sia-sia aku disqualifiedkan budak ni dulu!"
kisah tiga :
masa sekolah rendah lagi, budak ni pernah kena rotan pakai pembaris besar gajah hak 1 meter tu sebab tak buat homework. sakitnya bukan kepalang, bukan dirotan meleper tapi menegak! macam kena karate wa cakap lu.
sejak hari tu, budak tu selalu siapkan kerja awal, rajin belajar, sampai jadi budak nombor satu dalam aliran. berbaloi betul cikgu rotan kan! tak macam la ni, cikgu baru pukul pakai pembaris 15cm pun mak bapak budak dah pergi serbu nak saman beribu-ribu. alahai budak dan mak bapak budak zaman sekarang.
kisah empat :
budak ni dulu add math dia masa form 4&5 memang lingkup. sepanjang hidup, sekali je dapat markah atas 80, lain semua bawah 55. yang cikgu-cikgu pelik subjek lain semua score, tapi subjek ini tidak. markah rendah pun sebab banyak cuai. gelabah agaknya tiap kali nak jawab exam add math.
dapat result spm, alhamdulillah rezeki, cikgu punya la suka, budak yang tak pernah dapat A tiba tiba score A1. gembira tak terkata! terharu wehh budak paling gelabah addmath dapat score. HAHA.
kisah lima :
budak ni dulu pernah kantoi tidur masa cikgu sains tengah mengajar dalam makmal. yela buat eksperimen asap, lampu langsir semua tutup tinggal torchlight aje. memang sedap la nak tidur kan? tup tup ambik kena spotlight! cikgu dok hala lampu kat budak yang dah terlentok-lentok ni. satu kelas gelak tak ingat dunia, cikgu pulak dok geleng kepala tengok budak ni dah ada harapan nak fail dalam exam dia. lepas tu memang pun. markah teruk sungguh.
5 tahun lepas tu, lagi sekali budak tu tertidur masa cikgu sains tengah mengajar dalam makmal. tuptup cikgu pergi duduk termenung dengan jarak antara muka dia dengan budak tu tak sampai 30cm. bukak mata aje terkejut la budak tu bulat terus mata tengok cikgu hansem itu sedang tenung dia. tapi cikgu tu cool aje lalu berkata, "tak apa, saya tau awak mengantuk. cikgu *** pun bagitau awak buat projek komputer tu sampai 2-3 pagi. awak tidurlah. benda ni pun mudah, awak boleh score. awak bukannya macam budak-budak lain.kalau tak faham nanti jumpa saya yer.sambunglah tidur" ujarnya sambil tersenyum. dah dapat greenlight budak tu pun terus tidur. tak senonoh betul HAHAH.
benda sama macam cikgu lagi satu ;
"saya tak kisah kalau awak tak dapat nak datang extra class ni sebab saya tau insyaAllah awak memang boleh score, cuma saya mintak awak jaga tidur. tidur cukup, takut masa exam besar nanti blank pulak"
free-free budak tu dapat skip kelas. bila cikgu dah tak risau, macam tu lah gamaknye yer? p/s : cikgu2 tu cakap bukan niat nak memerli yer. ikhlas dari hati mereka. kalau nak perli baik cakap straight awal-awal je tak membazir air liur.
kisah enam :
budak ni dulu right handed. tulisan comel. macam font komputer pun ada. ditakdirkan tangan dia bermasalah. dah tak reti nak menulis kemudian. siap dipanggil oku. kurang ajaran sekali.
setahun kemudian, budak ni dah multihanded. macam viru sastrabuddhi dalam 3 idiots tu.ah nama panjang korang tak kenal si virus pengetua diorang la. cool what. memasak boleh tukar sudip pegang kiri ke kanan. dua-dua dah activated. tak rasa kekok dah.
*************************
nah, enam kisah. banyak lagi kisah tapi kalau nak cerita, sampai bila pun tak habis.
semua kisah ni, budaknya orang yang sama. siapa lagi kalau bukan Datuk yang tengah berbicara ini. HAHAH. okay i buang datuk. kesian tengok korang menyampah.
kan dah kata, disebalik kejayaan tu memang ada kisahnya tersendiri. kamu semua pun mesti ada kisah jugak kan?
kesimpulannya, where's the will, there's a way.
bukannya where's the will smith, there's a gerard way ok.
shishh i tak tengok lagi anak will smith jaden berlakon. and gerard way cepatlah keluar album baru mcr.
sekian sahaja kisah hari ini,
may success be with you.
kantoi. tiru ayat starwars. so i'm the new obi-two kenobi.
wassalam~




No comments:
Post a Comment