In the name of Allah,most gracious,most merciful

20100614

semuanya perempuan ini

Salam.

entri ni che nak guna bahasakan diri lain sikit dari biasa. sebab nak cerita. baru best sikit iye kan?

che baru pulang hantar adik tadi. boleh pulak tengah sedap-sedap mimpi abang kaka tengah kick nak score goal tiba tiba si adik pergi knock-knock pintu bilik. dengan mata sepet che pun buka pintu tengok si adik dah tersengih sengih mintak hantar dia pergi tiusyen.

tengah mamai-mamai masa tu nak aje cakap : "Hang pi la sendiri bawak kelisa tuh sendiri!" .

tapi bila fikir balik tengah hidup membujang dalam tempoh 5 hari ini tambah-tambah lagi mama abah dah pesan jaga semua elok-elok, lepas tu fikir gila ah kalau paprika accident nanti habis rekod che nak pertahan paprika daripada accident sepanjang dua tahun berstiker 'propessional' bak kata orang melayu. (adik accident tak fikir dah. lagi fikir pasal kereta. materialistik sungguh.HAHA)

che pun pi siaplah dengan dok menguap sana sini. maka che hantar lepas tu bila sampai rumah la ni baru tersedar. che macam dalam mimpi bawak kereta tadi. mamai gila. syukur selamat masih hidup. punya la drive macam apa tadi tapi masih berhemah lagi ok! ;p

oh ya, sesiapa yang baca girls talk che dengan ieda kat facebook itu hari, pasti sudah tahu yang che sedang hidup menyolo di rumah bersama dua orang bujang senang. memanglah diorang bujang senang sebab siapa jugak yang kena masak kalau bukan perempuan ini? siapa jugak yang kena basuh baju kalau tidak perempuan ini? siapa jugak yang kena jadi penunggu rumah kalau tidak perempuan ini? maka hidup senanglah bujang berdua itu.

tanpa perempuan ini, pasti mereka jadi bujang susah. kalau kat sarawak ada bujang senang tapi kat wangsa maju ni ada bujang susah. sepasang dah sesuai. HAHA.

umur 20 tahun lagi sudah diberi peluang menjadi home manager atau bahasa mudahnya surirumahtangga. semalam lagi ibu saudara sekeluarga dari kuantan datang ke rumah sebab hari ini nak hantar anaknya daftar training f&b management lepas habis diploma minggu lepas. dah lah pertama kali kena dok jauh dauh dengan keluarga, anak sulung , perempuan pulak tu.

maka berombongan che kiah la kami tadi pergi office tempat dia daftar. terkejut kakak pegawai tu tengok rombongan kami datang macam rombongan nak masuk meminang dia pulak. cuma tak ada calon lelaki aje. orang lelaki ada je, tapi takkan nak jadikan bapak sedara che calonnya pulak pulak kan? nak kena flying kick tak? HAHA.

selaku home manager, tanggungjawab melayan tetamu dengan mesra serta menjadi pemandu mereka adalah wajib. sekali lagi, tanggungjawab perempuan ini jugak. selamat pagi tadi tak jem. ini yang che suka bila cuti sekolah.

oh, semalam che masak ayam masak merah dengan acar tumis santan you know! dedikasi khas kepada mama dan abah tersayang yang berada di kelantan, anak dara mama dah pandai masak sendiri tau jadi dah pass la nak kahwin HAHAHA. okay sah kena hempuk jugak dengan cik abe lagi malam ni sebab menggatal asyik cakap pasal kahwin aje. =___="

ah, esok che fikir nak pergi sg wang lagi. tadi tak puas shopping sebab si adik tak suka tunggu kakak shopping lama-lama. orang perempuan, kalau nak cari laki, cari yang jenis suka teman kita shopping ok. selamat cik abe jenis gitu.siap bawak pergi tempat shopping best lagi tu. bila jumpa jacket MNG harga RM35 AJE perempuan mana tak jadi gila kan? walaupun factory reject ke ape ke peduli apa janji masih cantik dan murah. that's why i like him. nasib awak la dapat orang kuat shopping macam saya HAHAHA. ;p

ok nak kemas wardrobe lagi nak jual lagi baju yang dah tak berapa pakai. oh, yang baju-baju spring cleaning yang che post haritu, tinggal sehelai dua aje yang tinggal. yang lain licin dah orang beli. dapat dalam RM10 sehelai pun jadi la janji boleh recycle duit untuk shopping baju baru! ;p

ambik. berapa hari tak dapat update blog. harini lepas gian. dan terima kasih TM sebab berbaloi jugak menahan derita tak ada internet berhari-hari sebab sekarang speed dah naik dari 56.0Mbps ke 150.0Mbps tanpa upgrade pelan apa-apa. joget lambak lah apa lagi. paling kurang kena poco-poco nak sambut kegembiraan ini.

err sebenarnya alasan tu nak keluar peluh bagi buang lemak sebab lunch tadi tak sempat nak masak jadi kami pi makan kentucky fried chicken. boleh tahan jugak black paper. naik merah telinga che makan. tapi orang kata kalau nak kurus, kena la makan pedas. jadi rasanya tak payah la nak exercise lagi kan sebab lada hitam tadi dah bakar lemak kot?

dah namanya pemalas, cakap jela malas.
fine.

tengok, eja black pepper pun tak betul. mamai lagi ka che?

the end, thank you

wassalam~

3 comments:

Syaheeda said...

haha ekau xpayah la nak cakap bahaso kodah tu ha. tak sodap langsung! hahaha :p

i miss u huney. i pegi KL khamis kot. kesian la kt i, i demam lak time2 mcm ni :(

dtg lah ipoh, jadi suri rumah saya juge. jg saya demam :D

fawani said...

haha. tau. nok kecek klate pon dop pah. inikan pulak kedah. HAHAHA ;p

khamis? alaa. khamis i kerja la. jumaat free x? khamis first event kat mmu cyberjaya. klau nak tengok i kerja datang lah. hihi. ;p

poor huney. take care. ni demam mengada ke sebab x dapat pergi klia? ;p hahaha.

boleh2. i jadi suri rumah kat rumah u, konfem berseri-seri rumah! ;p tapi kena la bagi upah. hahah. ;p

Syaheeda said...

takpe2. khamis saye duk umah akak saye la. jumaat ke sabtu ke kite jumpa la kejap pon xpe. hehe. sabtu saya nak gi kenduri kawen ngan 'suami'. hahaha :p nak ikut? :D

ehh mane de mengada sbb x dpt pegi klia. saye jangkit ngan baba la ni. baba pon demam :(

haha. ngn i takyah lah upah. heee :p

aaaaaaaa penatnye.. bru pas menjahit bag lagi.. tp x siap pon.. dizzy sgt. xlrt nak sambung.. huu