Ku tersedar dari tidurku
Sesak, resah, tak menentu
Kau muncul dalam kotak mimpiku
Ku gilap cermin di hadapanku
Menampakkan seluruh rupa wajahku
Ku cuba ukirkan senyuman
*(Kau) pergi meninggalkan diriku
Saat Ku memerlukan dirimu
Tiada cara tuk berbicara
Kau ingkarkan cinta yang terbina
Tinggalkan aku bersama duka lara
Kini aku sedar semua takkan kembali
Kau musnahkan impian nyata
Musnah hancur musnahlah semua
Sentap jiwaku bagai nak mati
[VERACIOUZ - MUSNAH]
introducing abanglong's band, Veraciouz, with their first demo, Musnah.
and if you're lucky enough, you can listen this on hot fm :)
feel free to drop any comments!
********
anyway. just a simple reminder for all of us.
kalau pangkat besar mana pun, buat apa nak gah sangat? bukannya boleh bawak ke mati.
walawei, manusia. aku dah bagi salam, address diri manusia itu sebagai akak sedangkan tengok gaya memang layak panggil makcik, minta maaf sebab ganggu, punya la aku tanya benda baik, nak tanya surau kat mana, sekali dibalas racun tikus? sedangkan dato' pun tak kisah nak dipanggil pakcik atau makcik, tak ada hal punya! jadi nak kecoh sangat buat apa?
kalau nak berprotokol pun ikut tempat la. it's not a formal place nor formal event, so kita ikut budaya melayu, yang lebih tua panggil akak cantik, yang muda panggil adik manis. kan comel?
kat pasar, ada ke orang panggil "mai la sini puan beli sayur fresh" atau "tuan, mai datang sini mai!". tak ada kan? paling koman pun "bos, kira!" - bila nak bayar makanan.
kalau nak panggil puan, sekali silap rupanya andartu, tak ke lagi makan hati?
so seperti rules entri yang lalu,
kau buat baik dengan aku, aku buat baik jugak dengan kau.
tapi kalau kau buat jahat dengan aku, aku buat jahat balik dengan kau.
so you treat me your way, then i'll treat you my way. baru adil meh?
boo!
dah, jangan fikir mengarut. korang pun tau che ni selalu tak sampai hati nak buat jahat.
sekian,
penggunaan kosa kata bahasa yang tidak tepat seperti walawei serta meh merupakan pengaruh yang diberikan oleh rakan sekerja yang semua berbangsa cina. maka sila salahkan mereka. HAHA.
wassalam~
1 comment:
thanx farah..
anyway klw ada sesape yg nk pegi kitorang nya official website bley masuk http://www.veraciouz.com
nk like kt fb page pon boleh..
http://www.facebook.com/pages/Veraciouz/125738717469890
Post a Comment