In the name of Allah,most gracious,most merciful

20081025

Trip to Cameron (1)

23 Oktober 2008

Lepas pulang dari kelas akademik...
Cepat2 rush pulang..
Terfikir juga tidak mahu lunch..sebab takut tak sempat..
Tapi kawan2 yang sgt prihatin ini memaksa juga.
"Fawani kan kalau nak cepat baik tak leh la miss makan"
baiklah..

rombongan ni rombongan kelas.
jadi dalam 18 orang students yang ikut..
terharulah dapat rakan-rakan seperti mereka.
barang2ku semua mereka tak bagi ku angkat.takut sakit semula.
huhu.
memang pun.semalam masa kelas english ada buat drama pendek..memang kelakar abis la..
tergelak aje.
akibatnya.kan parut operate sakit balik..lagipun penat juga tiap hari nak ke kelas..dah la bilik tingkat 3...lagi la letih...setiap hari bila bangun pagi,semakin hari semakin sakit badan..
ngehehee..takpe2..

maka dalam jam 2.30 petang bermulalah perjalanan kami..
wuhu.jalan kuala nerang - alor setar dah la mencabar..
jadi kena tahan aje la sakit sikit tuh..
sepanjang perjalanan..kawan-kawan begembira lah buat lawak kat dalam bas.
tapi kena control gelak.bahaye! nanti sakit.
huhu..
sampai cameron..
SEJUKK!!
kami menginap di apartment di tanah rata
sangat selesa!
cuma kena naik tangga.. n bas tak boleh masuk lorong tuh..
jadi agak penat la berjalan...

satu rumah untuk girls,satu rumah lagi untuk boys...
guru yang ikut..miss syafeeza
teacher english..
so malam tu..sampai..
lepas siap2 kan diri..sesi bbq..
boys la yang bakar ayam n sosej
girls masak nasi goreng
diorang ni..pakai baju selapis pun biasa aja..
org dah pakai sampai 3 lapis! tapi sejuk lagi!
tapi memang lepas operate hari tu makin tak tahan sejuk..

makan2..sekali hujan renyai2..
so diorang suruh saye masuk rumah balik..
rest..
memang dah tak tahan sejuk pun..
huhu..

masuk bilik..
cuba tidur tapi tak boleh.sejuk sangat.
jadi dok kat living room dulu.tengok tv.
kawan2 yang lain lepas makan2 mereka jalan2 kat area bawah.
sha tak join.sebab dia pun dah macam tak sedap badan.
jadi dia teman saya.
nampak sha dah tertido kat sofa.ajak dia tido dalam bilik...
baring kat katil..guling2..
tak dapat tido sebab sejuk sangat!!
kawan-kawan dah balik.
diorang tengok saya tak boleh tido
syeda bagi dia punya sweater.
jadi dah pakai 4 lapis la kiranya.
t-shirt 2 lapis,lpas tu coat,lepas tu sweater.stokin+gloves pun pakai.
n balut ngan kain selimut nipis..
n lepas tu comforter..
masih sejuk!!!
haish.mcm mana la nak pergi uk..
kawan2 pakai baju biasa tak rasa sejuk pun
rilek aja..

so disebabkan takleh tido..
lepak ngan diorang kejap..tengok tv..
zombie kampung pisang yang lawak tak betul tuh
hehe
sambil dipeluk kawan2..baru rasa selesa n tak berapa sejuk..
dah rasa ok sikit..
cuba la tido balik..
baru la boleh tido....

No comments: