In the name of Allah,most gracious,most merciful
Showing posts with label fet. Show all posts
Showing posts with label fet. Show all posts

20101117

FET.

Salam

Almost all of us have dedicated half of our life living in this world,
being away from home ;






just to fulfill our dreams.


and our parents hope.




*photo - credits to fatin raihanna*


Pengorbanan yang sangat besar, tanpa kita sedari bukan? :)




So make it worth my friends.
It is in you to carry on. :)





Salam Aidiladha.


wassalam~

20090402

iklan gigi sepanjang hari

Salam.

siang tadi kami ke sini :


unikl di kl



untuk menghadiri ini :








perasaan kami sewaktu menanti penyampaian hadiah begini:



gementar lah sangat konon. :P





alhamdulillah kami dapat ini :


aksi iklan gigi afe dan saya
*saguhati sahaja.tetapi kategori kami pun semuanya saguhati sahaja dan ada seorang anugerah khas.tiada pertama,kedua dan ketiga.ke mana perginya tempat 1,2 dan 3???? (semua tidak layak kot.haha)*





dan aktiviti lain adalah ini :




itu sahaja.
wassalam

(note : malam hari, terima banyak mesej daripada kawan-kawan. mereka lihat saya dan afif di kaca televisyen berita tv3(sewaktu event itu berlangsung). saya tidak menontonnya.tidak kisah.tetapi malu lah pula rasanya (=__=") *terima kasih hmm kerna melaporkan bagaimana aksi gerak geri saya di kaca tv .biarlah tengah gelak-gelak pun, asalkan nampak comel sudah kan??hahahaha :P*)


20090225

port dickson

Salam.

tarikh : 22hb Februari 2009
lokasi : pantai biru, teluk kemang, port dickson, negeri sembilan
individu : diri sendiri serta semua rakan-rakan fet miat, dan 2 org rakan fet mfi

ya, kami ke port dickson.

pagi itu dimulakan dengan 3 orang gadis yang rajin perlu bangun awal untuk memasak bekalan yang mahu dibawa.
bekalan untuk 14 orang. banyak juga.
seawal jam 4.30 pagi gadis-gadis ini sudah bangkit dari tidur untuk melaksanakan tugasan secara sukarela, walaupun mereka tidak boleh tidur malam itu ats sebab2 tertentu.
rajin kan mereka? :P
*ohh.makcik2 dan pakcik2, gadis-gadis ni sesuai dijadikan bakal menantu ya :P*

sandwich telur
sandwich sardin
bihun goreng
telur goreng
keropok ikan
kek batik
choc chip muffin

antara menu yang kami sediakan.
saya, ana dan teha.
oh.memasak.seronok juga.

pagi itu, kami bertolak kira-kira jam 9 dari miat.
dengan menaiki 3 buah kereta.
memandangkan mata saya sudah menjadi seperti mata panda yang comel akibat tidak cukup tidur,
maka tugas memandu diambil alih oleh awe.
*yey.boleh tangkap gambar on d way!*


tutup aircond, buka tingkap. rasa angin jalan kampung.


kami tidak lalu highway.
lalu jalan dalam yang penuh kehijauan.
seronok! :)


indah kan pemandangannya?


hijau yang menenangkan jiwa :)

indah sungguh ciptaan Tuhan.
SUBHANALLAH :)

setelah kira-kira sejam lebih perjalanan,
maka kami tiba bandar port dickson.
kami memilih untuk ke pantai di kawasan teluk kemang.
maka tatkala kami melalui jalan ke pantai biru, kelihatan kereta adi menari kesukaan kerana sudah tiba. (kereta menari - kereta yang dipandu ke kiri dan ke kanan seumpama menari.haha.ok.lawak sungguh waktu ni)


pantai biru sewaktu air surut

dah tiba, apa lagi.
bentangkan tikar, berpicnic seperti sebuah keluarga.
*ohh.serius rasa macam satu keluarga :)*
lepas tu. main air la. ;D


mereka suka melompat-lompat. tak faham sungguh :P


sebahagian daripada rombongan


saya dan ana . awal-awal masih belum sunburn lagi.


main pasir. selaku bakal engineer, kami cuba membina sistem perparitan yang sempurna.


namun gagal.tanah runtuh :(

bersuka-ria umpama kanak-kanak nampaknya :P
puas main air, kami tempah kayak.
setelah menawar harga dengan tokei kayak itu, maka kami dapat offer menarik.
satu kayak, rm15 untuk 2jam! ;)
maka mulalah aktiviti ekstrim pertama kami, berkayak selama 2 jam.

memandangkan air belum lah berapa pasang dan ombak tiada,
maka adalah adengan-adengan di luar jangkaan yang kami lakukan.
seperti terjun ke dalam air di tengah-tengah lautan sambil berpaut pada kayak.
menggabungkan 5 buah kayak dan bergerak serentak.
aksi lumba kayak dan bumper kayak (org bumper car.ini bumper kayak.haha)
berpindah dari satu kayak ke kayak yang lain (bertukar-tukar pasangan)
melalui kawasan atas terumbu karang walaupun dilarang oleh tokei kayak pada mulanya
serta mendarat di kawasan pantai yang lain yang tiada orang (pantai yang belum dibuka kepada org awam)

maaf.gambar tiada memandangkan kawasan berair.

sesi berlarutan sehingga tamat masa.
makan,solat.
aktiviti lain pula. :)

air sudah pasang, semakin dalam


melompat lagi.kasihan teha


ana, saya dan hafizam. ok. muka kami dah terbakar.


kira-kira jam 5.30 ptg, sewaktu air pasang.
sesi berbanana boat pula.
3 kali drop.
sangat-sangat seronok! lagi seronok daripada naik rollercoaster :)
oh,menarik!

tatkala hampir maghrib, barulah kami beredar dari kawasan pantai.
setelah kira-kira hampir 6 jam bermain di pantai.

selepas maghrib,bergerak pulang ke miat.
hujan oh hujan renyai sedikit sepanjang perjalanan
dinner di spot biasa, hasan seafood di hadapan miat.
muka semua orang sudah kemerah-merahan akibat pancaran matahari sepanjang hari.

seronok! lain kali mahu datang lagi berama-ramai! :)

sekian trip kami kali ini,
wassalam

(note : pakcik tokei kayak ingat kami semua satu keluarga.keluarga yang gila huuhaa. haha. dah kata dah macam family aje)

20090127

ABC and BMI

Salam.

siang.keluar bersama teha.bertemu dengan rakan maktab sebentar, amin.


oh.saya dan teha berkongsi makan ABC ini.sedap kan teha?? :D

petang, kami hantar faeza dan byron pulang ke tempat mereka, BMI (british malaysian institute) di gombak.


7 orang ini naik dalam satu kereta gen2.percaya tak????

malam, 'terindu' pula gadis-gadis ini walaupun baru ketemu tadi:


gambar fail : di kmkn dahulu kala
wieda n shikin...x puas la jumpe kalian tadi! rinduuu!! :) ..madi n fana pn tadi x dpt nk jumpe :(

semakin hari semakin pendek.
mengapa ya?

sekian, wassalam

(note : tentang gerhana matahari semalam, rupanya di malaysia mmg x dapat lihat gerhana cincin, hanya gerhana separa yang boleh dilihat, berbanding di indonesia yang dapat lihat gerhana cincin)

20090126

of times square

Salam..

this morning..again..went out with teha (since she's staying at my house)
pergi times square.
spending some time with d fet boys.
*omg.ade ke patut diorang beria-ia ajak saya main bowling.tangan dah x kuat ada hati nak main bowling.hoho*
so let teha and them yang main aja.

macam biasa, bila fet berkumpul,pasti ada kerja tak betul.

*senget.haha*


ok.ini normal lagi


kerja senget - ahmau ngan masao


kerja senget juga.even makcik guard kt sini pun gelak tengok gelagat kami

enough.memalukan kalau keluar dengan mereka ni
selamat saya tidak kisah.haha
anyway, yep..kebetulan terjumpa sis yazrina
and yes, u spell it correctly dear sis! ;)
it's great 2 meet you! :D
*shh.jgn bagitau anyone bout gossip kita2 tau..hahaha :P*

hihi~

okey.esok mereka ajak jalan ke sunway lagoon pula.
tidak pergi kot. cukuplah dua hari berturut keluar.
duit pun mengalir dengan deras aje nih.sudah la elaun praktikal belum dapat lagi.
huhu

(note : okey.secara x langsung,jumpa pula rakan2 abangah secara realiti. tempoh hari en. ashraf di rumah abangah, ini sis yazrina, tinggal sis shy masih belum sempat jumpa lagi.bila kita mahu jumpa kak?? hihi :P)

(p/s : oh ya. afe, lagu estrella itu comel juga. jangan lupa marah diorang2 yang buli saya tau!!kalo tak, sy takmo makan teppanyaki sampai bila2!!!! huh~)

sekian,

- tolong jangan buli saya dengan perkataan teppanyaki lagi wahai rakan-rakan fet

wassalam~


20090125

bila kanak2 fet berkumpul lagi~

Salam...

hari ini cuti lagi.
maka kami pun pergi lah berjalan-jalan.
sempena hari tua faisal yang ke-19 *clap2* (tua da ekh ko ni faisal :P)
maka bermulalah perkumpulan kanak-kanak fet seramai 18 orang~
byk aktiviti.kami.
memanah.
menyanyi lagu birthday sampai semua orang kat keliling pandang kami mcm celebrity
beli tiket wayang terpanjang sekali.
hihihihi~


lawan memanah ngan bday boy


i'm target bud no 5. grouping la jugak wlaupun bow tu xde target..hoho~


b4 nyanyi birthday.(boys fet suci je sorang pn xde lighter nk nyalakan lilin.haha)


aqil n faisal yang dah tua.haha


some of us


tengok underworld. panjangnya tikeetttt!


baru 18 orang dah havoc..belum semua sekali turun~

oh ya, fet, kami mmg bising.
di mana2 shj
tak kira..
dalam lrt,ktm,bas,shopping centre,wayang, n even kat tempat belajar.
hehehehhe.

sekian,wassalam~

20090107

klcc

Salam...

bersambung..
setelah pulang dari nz...maka kami pun bersiap-siap di rumah saya.
dan bergerak ke klcc.
kali ini menggunakan medium pengangkutan yg lain - iaitu lrt
lebih jimat masa!
(yela.cuaca tak sihat,parking klcc mahal,baik lrt aje)

kat klcc.solat asar dulu.
jalan-jalan.
sekali kanak2 lelaki dah lapar pula
*ui.baru je makan tadi.dah lapar??*
maka..pergilah makan dulu...cian mereka dah lapar.

lepas makan.
pergi kinokuniya.
masuk2 terus cari counter machine yg search buku tuh.
*cuba la teka type ape??*
hihihi~
yep2. TWILIGHT!..
search new moon n eclipse sekali..
dua tu habis stok.sedih.
maka beli aje la yg twilight 1st tu dulu...

after that..jalan2 kat taman pula..
duduk2
tgk sunset..tapi x nampak sun pun..
cuma kaki langit senja je la...
tengah seronok tengok air pancut..
tengok langit.

"eh2...pelangi!!!!"

waa...semua tengok atas.
sekali saya mcm ternampak lagi satu

"eh2..ada dua pelangi eh??ke apa tuh??"
yela.takut2 mata ni tersilap nampak ke...

rupa2 nya betul.double rainbows!!

SUBHANALLAH.....lawanya! :D

maka kami pn mengambil kesempatan untuk bergambar...
dan sesi bergambar berlanjutan sehingga azan mahrib berkumandang.
*cehh.iyo2 aje kate mahu pulang pukul 7.hehehhe*
lepas solat maghrib, kami pun pulang.....
inilah gambar-gambarnya...


pantang nampak cermin!


cermin lagi!


subhanallah..lawakan pelangi??



yang ni dah tak nampak sangat..


group photo! :D


group photo lagi ! (sitting from left - safwan,athirah,fiqa...standing from left - safwan,me,syeeda,faeza,faisal n zuhair)


x nampak sampai puncak laa....

anyway.
it was a greaatttt day!
thanks my dear friends! sayaaang fet!
:D

sekian,wassalam

zoo negara

Salam...

semalam, kami kanak2 FET dengan sukarelanya telah pergi menyukarelakan diri supaya menjadi sukarelawan zoo negara.

excited.

maka saya, syeeda dan athirah bangun awal semata-mata supaya tdk lewat untuk ke sana (kata mereka perlu tiba sebelum jam 8 pagi)
memandangkan perjalanan dari rumah ke zoo hanya mengambil masa selama 10 minit...tidak mengapalah..7.30 pg bertolak la....*drive sendiri lagi.wuwuwu~*
setibanya kami di sana.
nampak zuhair sahaja yg ada
maka panggil la dia naik sekali dalam kereta..
tunggu depan gate.
gate parking pun belum buka..adeh...
dekat pukul 8 baru buka.
maka dengan bangganya menjadi kereta pertama yang memparkingkan diri di carpark tersebut.

kawan-kawan...di manakah kalian????
tick-tock-tick-tock.
sudah pukul 8.30..ada lagi beberapa yang belum tiba.
aduh.
gadis R tiba..tersalah masuk tempat.
maka bertukar driver.saya memparkingkan keretanya tengah2 di antara dua kereta

aksi berani bagi seorang pemandu P yang memandu seorang diri

tanpa bantuan sesiapa...lantas parking...
masuk2.perfecto! wah.tak perlu alter2 lagi.muat2 sahaja masuk dalam petak
pencapaian2! *hee.apelah.itu pun suka ke*
maka setelah semua tiba, kami pun diberikan tugas masing-masing..

ok.tak sabar!

mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
maka saya bersama afiqah dan syeeda.
akak rock yang handle kami tiba-tiba minta maaf
"dik..akk mintak maaf dik..tapi terpaksa la..akk pn kene gak wat keje nih"
maka kami dibawa ke office....
tugas pertama kami....ialah.......
............
............
............
menyusun cenderahati zoo ke dalam beg kertas! (giftbags la)
grr.mencabar sungguh!
omg2.kami bertiga pun buat la kerja dengan tekun (mengapa og mengapa kami dipilih???)
isk.
sekejap aja dah habis tugas kami.masa waktu rehat jam 10 lebih.

maka kami mengambil keputusan untuk mencari rakan-rakan lain..
pusing punya pusing.
terjumpalah siddiq dan faisal.
*eyh.korang2..kitorang nak join!*
maka kami pun join la.

tugas seterusnya.bagi makan kepada girrafe.
kena tarik tali.supaya makanan dia tergantung kat atas tiang.
macam tarik bendera pula.haha.
lepas tu.
kena sodok pasir ke dalam kete sorong
n sorong bawak masuk kandang..untuk coverkan lopak2 yang ada..
wuh.penat!

lepas tu...kami bagi makan macam2 binatang lagi...
antaranya rusa...kluang..cam spesies kangaroo nama ape tah..beruang...lepas tu melawat n bermesra dengan pak seladang...
hehe.ni la antara gambar2 nya~


volunteer!memakai baju butang fun!!(eh.brand baju sama pula dengan baju seseorang itu ;P)


saya, syeeda dan tyra


saya, fiqa n syeeda bermesra bersama cik gajah


kami berjaya naikkan daun tuh!



sodok jgn x sodok!


saya dan fiqa.okey.ini gamba sebenar.bukan superimpose. ;P


ronda-ronda setelah habis waktu


zoo negara!


walaupun tidak dapat apa2...(kalau mahu sijil,perlu lengkapkan 40 jam!)
tapi pengalaman itu yang menyeronokkan! :D
kami ambil separuh hari sahaja...
lunch..destinasi seterusnya..nz curry house wgsa maju!
*omg2.siyes 1st time dtg nz walaupun dekat sgt3 ngan rumah*
erm.try je la mkn kt kedai mamak.hue~


after makan kat nz..mereka berangan mahu jadi gadis litar.

huhu.
maka dari sini kami berpecah sudah..
separuh pulang ke rumah terus..
ada yang ke klcc selepas itu...
kami?mandi dulu laa..bucuk la nak jalan2 nnt.hihihi~
ronda klcc?post seterusnya ya~ ;P
sekian...
wassalam~


post yang sepatutnya dipost pada 5 jan

Salam...

em.beberapa hari sudah tidak mengupdate.
sibuk lah kot.
hehe...

sejak hari isnin tempoh hari...
saya ada dua orang tetamu yang bermalam di rumah..
ya, syeeda dan athirah ...gadis2 perak yang datang dari jauh semata-mata untuk join program volunteer zoo negara
jadi mereka tiba di pudu tengahari itu..

maka..dengan penuh keberanian...
ku katakan pada mama :
"mama, nak drive sendiri!"

beliau menjawab :
"bawak aje lah"

wah.wah.wah.
tetapi kali ini, kereta honda abalong menjadi pilihan
maka drive lah dengan bergayanya ke tempat itu..*konon bergaya lah pulak.haha*
ya..nampaknya lebih yakin daripada dahulu.
sudah bijak sedikit (sikit aje..hoho) untuk mencelah di kawasan sesak
lebih berani! *clapclap*
kali ini saya yang drive sendiri pergi-balik...berbanding kisah dahulu *sewaktu bawak gen2 itu*
yakin, ya..semakin yakin..tetapi kalau bawak seorang diri tu belum kot..melainkan tempat dekat aje la..hohoho

petang selepas asar, bawa mereka berjalan-jalan di aeon jusco AU2 setiawangsa yang baru dibuka bulan lepas
kali ini..drive kereta bmw mama pula
*waahh.bergaya habis!wink2~*
jadi apa terjadi apabila kanak-kanak berlesen P membawa bmw?
erm.tidak lah selaju mana.nak mencelah pun..slow aje cam was-was nak masuk lorong sebelah ke tidak..sehingga ada sebuah kereta mewah di belakang hon pula..
*hoi.saya P lah.kasihanilah daku...*
rupanya.cis.terlupa mahu tampal sticker P dari kereta abalong.
ahh.tak apa.biar lambat asalkan selamat kan??? hahahha...
bab parking pula...berjaya!! (sebab kiri kanan depan belakang tak ada kereta yang parking..hahaha)
ngeeee.. ;D
maka inilah gambar-gambar yang berjaya dihasilkan oleh kamera milik athirah~


beraksi di dalam kereta


tengok tuh parking.(biar la walaupun atas line kuning.hahaha)


reflection cermin kereta


bersama athirah


bersama syeeda


kesimpulan untuk hari isnin : bertambah yakin untuk memandu dalam bandaraya metropolitan kuala lumpur..yeah!!! ;D

sekian,
wassalam