In the name of Allah,most gracious,most merciful
Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

20110828

macarons.

Salam

People learn from mistakes.
And that's what I did.

1st trial : Epic Fail T__T


2nd Trial : Yummy macarons with chocolate banana filling! 



comparison with one of the established markets


Macarons. They said it is one of the toughest sweet-tooth savoury to make.
But I said that it's not impossible to make, although without a 'guru' (well, mr google is my all time fav 'guru' :P) 

Previously I used Jill Collona's Recipe, however, something went wrong with my technique and they are too sweet for the taste buds.

So for the second time, I found this simple recipe by Mamazieza, as I just wanted to make a small batch for my 2nd experiment.

1 room temperatured egg white(39-40g)
50g icing sugar
30g ground almond
30g castor sugar
1/2 teaspoon of colouring in powder (you could also use cacao powder or matcha powder, ground coffee in this recipe)

Method:
1. Put ground almond and icing sugar along with the ground coffee in a food processor or a small blender. Blend them finely.
2. Sift the blended mixture and set aside
3. With an electric beater, Beat the egg white, start from low speed and increase slowly to maximum speed. Beat until frothy (you will see lots of fine bubbles
4. Now it's the time to add in the castor sugar, add half of the sugar, continue to beat in maximum speed for around 2 minutes, add in the othe half, continue until you get very stiff peak.
5. Mix the dry ingrediants into the eggwhites. This process is called Macaronage. Start folding with a rubber spatula. When you get smooth shiny mixture, stop folding, lift the mixture with spatula, if the mixture falls back slowly in the bolw means you're good to go. You could also check if the lines formed from the liften mixture, they should slowly disappear in within 30 seconds. At this stage you're good to go. Do not over fold, it will be too liquid and becoming very hard to pipe.

For the baking part, set the oven temperature to 150 degrees celcius and bake for 13-15 minutes
Still, these are quite sweet. I could've used unsweetened buttercream for the filling  for a less-calorie macaron.

But still, they said making macarons are unpredictable, sometimes you'll get it right, sometimes not. I think that depends on consistency of doing it, and of course practice makes perfect ;)

InsyaAllah will update a step-by-step tutorial so you can try it at home by yourselves.

Much love ♥

wassalam~

(p/s : That explains what I did throughout these 2 months of holiday - an intensive home-science skills DIY. Going to finish up sewing my own baju kurung tomorrow!)

20100516

awas, entri meleleh air liur .

Salam

mama cerita, sejak saya dalam perut mama lagi saya dah kuat makan.
dah la mengidam makanan-makanan unik, makanan kampung, sedangkan masa tu tinggal kat bandar. mana nak cari hah?

tapi sebab taknak anak daranya yang sorang ni dok meleleh leleh air liur masa baby, maka mama dan abah gigihkan juga mencari makanan yang diidam.

maka merantaulah empat beranak ke kampung halaman di kelantan, untuk mendapatkan ini ;



makhluk apakah ini?

namanya umbut kelapa, bahagian pangkal batang kelapa yang masih muda.

maka pada tahun 1990, baby dalam perut yang mengada-ngada nak makan umbut kelapa ni telah mendorong tok wan untuk menebang pokok kelapa, semata-mata nak dapatkan bahagian ini. susah kan?

tak ada taste betul baby ni. nama je mengandung kat bandar. taste nak makanan kampung. sah-sah jadi gadis "bandung" bila besar.

bagi yang mengenai umbut kelapa, tahniah diucapkan.
bagi yang tak kenal, maka kita buat sesi ice-breaking sekarang juga.



rupa bila dipotong. yummy! :D

umbut kelapa bewarna putih kekuningan, rangup-rangup lembut lagi enak, sesuai dimakan begitu sahaja ataupun dimasak secukup rasa macam ni ;



umbut masak lemak. terbaik! :D

bagi yang suka makan rebung, mesti suka makan umbut jugak, tapi umbut ni rasa lagi best, lemak-lemak manis sikit. kena pulak masa lemak. memang umpphh!

sekarang dah tahun 2010, 20 tahun dah peristiwa itu berlaku, si gadis tetap suka makanan-makanan kampung. sebagai seorang yang mempunyai darah campuran siam dan jawa, maka makanan yang boleh ditelan oleh si gadis ialah universal. dari sepedas sambal belacan hinggalah semasin budu, ataupun semasak ikan goreng hinggalah ke sushi mentah, semua dia telan, semua dia bantai. kalah tong sampah.



sayur keladi masak asam


nangka muda masak lemak


botok-botok ikan


tempe itu wajib!


pucuk ubi masak lemak


terung masak sambal


kerabu


gulai tempoyak


semua jenis ulam : ulam raja, kacang botol, pegaga, dan yang sewaktu dengannya bersama sambal belacan

pernah sekali sebab obses sangat dengan sambal belacan, semua benda nak makan dengan sambal belacan. kfc mashed potato pun nak campur sambal. HAHA


atau ulam makan dengan budu+tempoyak




unagi. belut. HAHA.

sangat best bila lidah, tekak dan perut boleh terima semua jenis makanan. tapi, tak semua jugak. sebab makanan dan minuman yang paling simple pun saya tak dapat telan :



susu. tengok je pun dah rasa muak nak muntah. T____T


milo . jangan tanya kenapa.


labu kuning . dah muak kot dulu.

ahh, cakap pasal makanan, tengah-tengah malam buta macam ni boleh pulak termengidam tako.


i want you tako. i want you.


patut la asal cuti je jadi gemuk, gemuk dan gemuk. fullstop.
wassalam~

20100417

anak dara wajib belajar masak.

Salam.

hari ini rasa mahu joget salsa.tak sabar mahu lunch.

honey-marinated lamb chop and ayam tandoori are waiting for us in the oven! Sila jeles kalau nak. HAHA.

mama memang tukang masak terhebat. sebab tu abah sayang mama. HAHA. betul tak tipu.

dulu-dulu, masa saya tak reti masak, abah selalu pesan ;

"Perempuan kalau tak tahu masak, susah nak tawan hati mertua dan suami, nanti suami tak lekat kat rumah tau." (abah, 2005)

pehhh. mana boleh suami i suka-suka lari dari rumah nanti. tak patut sama sekali.
maka mulalah proses pembelajaran subjek memasak setelah tamat pmr.

makin tak boleh blah masa pertama kali nak goreng ikan, siap ambil penutup rice cooker untuk jadi perisai sebab takut minyak terpercik. HAHA. gila penakut.

kalau potong bawang, air mata cepat aje mengalir macam baru lepas tengok kuch-kuch hota hei. HAHA. tak profesional sungguh.

lepas tu masa masak kedekut betul nak bubuh garam banyak-banyak. sebab takut kena darah tinggi. sungguh paranoid sekali di situ. sampai sayur goreng pun jadi tawar. last-last makan la sayur goreng campur kicap masin sebab nak bagi ada taste sikit.

masa mula belajar masak, memang macam tu la.

bila dah pro, main campak-campak je dalam kuali dah jadi sedap. macam mama masak. tak perlu knorrs pasti sedap atau benda-benda merepek lain macam ajinomoto.

tak macam i. masih beginner. baru nak catit-catit resepi lagi. masuk dalam kuali punya la betul-betul ikut sukatan.

tambah-tambah lagi bila ada pembantu rumah, kak su. lagi la jadi pemalas. kalau kak su balik indon baru la terkapai-kapai bukak balik buku resipi atau tanya sifu. last-last time mama kerja , nasi goreng, telur goreng dengan udang masak merah aje yang jadi hidangan untuk adik-adik masa lunch, sebab tu aje yang kakak dia pakar. HAHA.

maka saya ingin menyeru gadis-gadis sekalian, ayuhlah belajar memasak demi mengelakkan bakal suami anda mencari perempuan lain. HAHA.

makanan dah siap nak lunch dulu bye!

wassalam~

20100311

tiramisu suka-suka hati.

Salam

bila saya teringin nak buat sesuatu, saya akan cuba buat jugak.macam hari tu. terasa nak buat tiramisu. jadi pagi tadi lepas kelas tamat terus ke pasar raya berdekatan untuk membeli-belah. membeli bahan yang diperlukan dengan penuh semangat waja, gen2 mahupun exora.

lepas tu masa beli kononnya cukup kuat la nak angkat barang, jadi pakai bakul aje. sekali rupanya tangan tak cukup gagah. maka, padan muka penulis. dok terkendong-kendong la bakul tu macam orang mabuk. itu la. ada troli tak nak guna. bajet the hulk ah boleh bawak benda berat. jom padan muka lagi sekali. T______T

ok. jadi saya dapat resepi asal daripada blog ini, ihsan daripada kak shy tersayang yang bagi link ni. i tak ada kakak so i menumpang kakak orang nak bersoal jawab hal perempuan seperti masak memasak, dan juga untuk bermanja-manja. boleh kan kakak? :P HIHIHI. tumpang kakak orang tak apa asalkan jangan tumpang abang orang pulak. kang jadi benda lain, tak bagus untuk keamanan sejagat.

sebagai seorang pembuat kek yang berjaya, maka dengan sesuka hatinya saya menukar resepi. kerana saya tidak membuat keknya. pemalas betul. HAHA. saya hanya buat cream tiramisunya. yela sekali tengok kat bakery carrefour kek coklat span yang kosong dalam besar pinggan biasa tu harga RM3.75 sahaja. memang penjimatan terhebat, sebab kalau nak buat kek span sendiri pun harga dah lebih daripada tu. terima kasih carrefour kerana menjimatkan wang serta masa saya. Carrefour, sekarang cepat lantik saya jadi duta anda supaya saya boleh dapat free terus lepas ni. bukan senang nak dapat iklan free tau kat blog ni. Anda harus berbangga ok.

banyak betul membebel. nah ni resepi yang saya reka.

KEK COKLAT TIRAMISU SUKA-SUKA HATI

1 biji kek span coklat
250gram cream cheese (satu bongkah philadelphia)
200ml whipping cream

1/2 cawan gula halus
Satu cawan minuman hot chocolate cadbury
Suku mangkuk serbuk hot chocolate cadbury
Sedikit esen perisa coklat


whipping cream


cream cheese




cara-caranya :

1) potong kek span kepada dua. bukan potong separuh bulat. potong tengah bulat. ok. tak paham kan. maksud saya potong nak buat layer. macam ini ;


ini satu bahagian, lagi satu bahagian tak tertangkap pulak gambarnya.

lepas tu kan yang satu cawan minuman hot chocolate cadbury tu, renjis-renjis kat atas kek macam renjis-renjis dipilis. HAHA. ok tipu. pakai sudu dan tuangkan sedikit demi sedikit minuman tersebut agar rata di setiap bahagian kek. maksudnya ni nak lembapkan kek la.

2) campakkan cream cheese dan whipping cream dalam mangkuk adunan. pukul sampai kembang lagi creamy. lepas tu tambah gula sesuka hati. err. maksud saya ikut kesesuaian diri. kali ini saya buat less sugar. macam mana nak tau ikut kesesuaian diri? lepas tambah gula, pukul lagi hingga sebati, lepas tu calit sikit dan rasa,dah cukup yummy tak? kalau tak cukup tambah lagi. senang kan?


yummy!

3) masukkan beberapa titis esen perisa coklat. ini pun sesuka hati anda.

4) pukul sehingga cukup rasa, kemudian tepek cream adunan tu kat atas kek. sapu dan sapu lagi pakai spatula. ini pun sesuka hati anda.



dah cukup rasa, taburkan serbuk hot chocolate tu kat atas lapisan cream tu.

5) lapiskan bahagian atas kek (ala macam sandwich la) lepastu tepek lagi cream tadi sesuka hati anda. biar selekeh asalkan sedap. pengajaran daripada burger om. HAHA.


selekeh tapi sedap. HAHA.

6) tabur lagi serbuk hot chocolate sesuka hati. siap. masuk peti sejuk. bila da cukup sejuk boleh hidang.







mudah sahaja kan? sekarang dah nampak kenapa namanya kek coklat tiramisu suka-suka hati. sebab memang semuanya suka-suka hati. termasuk pembuatnya pun hati suka-suka sebab dapat buat jugak setelah mengidam sekian lama.

sekian sahaja resepi kek coklat tiramisu suka-suka hati.
memandangkan kuantiti yang dibuat kali ini sedikit, maka tidak dapat dikongsi bersama rakan-rakan tersayang. harap maaf kalian. T_______T. nanti saya buatkan ok? ^___^

burp. alhamdulillah. lagi best bila dapat taip blog sambil makan kek ni. HAHA :P

selamat mencuba!

wassalam~

20091216

cheesy-licious wedges!

Salam

wanna make your own cheesy wedges?



not this wedges.

but this,

YUMMY!



just a little review about jalapeno cheese dip, the cheese dip used in cheesy wedges kfc.


cheese powder, bought from cheesy guy



nilam is making her own cheese dip. just add hot water.



it does look like the real cheese dip in cheesy wedges.



and simply yummy like the real one too! - nilam said



home made potato wedges + jalapeno cheese dip = YUMMY!! :D



thumbs up from our lil kid! experiment succeed!! ;)



and we had home made cheesy wedges for lunch today.
interested to buy? leave your comments below! ^__^

wassalam~

20090623

itadakimasu!

Salam.

mesti ada yang tak tahu apa 'itadakimasu' kan? (disebut : "ee-tah-dah-ki-MAHS.")
itadakimasu ni macam ucapan sebelum makan digunakan oleh masyarakat jepun yang bermaksud "saya dengan berbesar hatinya menerima makanan ini" ataupun dalam erti kata yang mudah : jom makan!

ok.kenapa tiba-tiba penulis ber ee-tah-dah-ki-mahs pula ni? kan Bismillah lagi baik.ish3 =___="

sekadar hiasan.kerana hari ini penulis telah berjaya membuat homemade salmon sushi roll (maki).
ya,sushi ! sebagai juadah berbuka puasa untuk diri sendiri hari ini :)

bermulanya idea untuk membuat sushi apabila abah telah membeli frozen smoked salmon sewaktu beliau ke luar negara beberapa minggu lalu.
maka tercetuslah impian serta cita-cita untuk membuat sendiri hidangan kegemaran penulis ini.


sekeping smoked salmon yang begitu panjang.

setelah menimba ilmu mengenai cara-cara menyediakan sushi melalui video-video di youtube selama beberapa hari, akhirnya hari ini terasa hendak menyambut cabaran tersebut.cewaah.padahal sebab tak tahu nak makan apa untuk buka puasa tadi.tu yang rajin nak buat.hehehe.

berikut adalah langkah-langkah menyediakan sushi :

pertama,sediakan bahan-bahannya,


ini namanya nori

nori merupakan kepingan rumpai laut yang biasa digunakan dalam hidangan sushi. anda bolehlah dapatkan kepingan nori di dalam pek kering di pasaraya berdekatan. macam yang ini saya beli di carrefour wangsa maju berdekatan aisle jajan-jajan. tergugat betul masa nak beli benda ni sebab kat rak opposite ada longgokan jigs perasa keju yang enak. tapi tahan.tahan. jangan beli. diet mana boleh makan jajan. haishh. T.T


semangkuk nasi serta potongan salmon

sepatutnya nasi lebih baik jika menggunakan nasi jepun, tetapi memandangkan nasi di rumah penulis memang jenis berkanji yang sedikit lembik dan melekat-lekat, maka sesuai lah juga untuk dibuat sushi. potongan salmon itu pula hanya secebis sahaja daripada sekeping salmon yang panjang dalam gambar pertama.

cukup bahan, cara penyediaan :


nori yang dah dilenyekkan nasi di atasnya.

memandangkan penulis ingin membuat sushi bersaiz kecil,maka nori tersebut dipotong kepada nisbah 3:4 . bagi nasi pula, basahkan tangan dengan air dahulu, kemudian baru ambil nasi dan ratakan di atas kepingan nori mengikut ketebalan yang sesuai. tekan nasi menggunakan jari telunjuk dan jari hantu supaya butiran nasi itu mampat.


salmon here i come!

seterusnya, letakkan salmon yang telah dipotong tadi. tekan-tekan sikit juga biar melekat pada nasi. isi bagi sushi bukanlah terhad kepada makanan mentah sahaja, boleh juga kalau mahu letak carrot + timun + telur dadar , ataupun apa-apa sahaja mengikut suka-suka hati sendiri. tapi faveret penulis tetap unagi ataupun eel. dengar macam geli tapi sedap tau. haha



gulung-gulung

apabila sudah puas hati meletakkan bahan, bolehlah mula menggulung sushi tersebut.pastikan mampat isi nasi supaya tidak terburai. sepatutnya ada pakai bamboo mat nak bagi isi sama rata dan lebih kemas, tetapi penulis tidak memiliki alat ajaib tersebut. maka hanya jari jemari ini sahajalah yang mampu menjalankan tugas tersebut. ingatkan nak pakai aje tikar bamboo yang besar untuk alas sejadah tu. tapi nanti penyek la pula sushi sebab tikar tu besar sangat. haha

seterusnya, bolehlah potong gulungan tersebut macam hiris bawang. eh. nipis sangat. potong ikut suka kalianlah nak tebal macam mana. tapi penulis potong dalam tebal 1-2 cm sahaja sebab nak ikut spesies HOSO MAKI (thin/narrow roll) . perlu diingatkan pisau tersebut perlu dibasahkan dahulu sebelum memotong bagi melancarkan perjalanan sewaktu memotong sushi. macam pelincir la kiranya. jangan pakai minyak pelincir pula nanti habis sushi boleh masuk dalam kuali buat goreng sebab dah kena minyak. jadi sushireng pula.HAHA



tadaa~

maka siaplah hidangan sushi anda, bolehlah dicicah dengan kicap+wasabi. tapi memandangkan wasabi tak ada kat rumah, penulis ganti dengan sambal kicap lada sahaja. janji ada pedas baru kaw-kaw nak makan. lagipun kita orang melayu kan, makan sambal kicap lada sudah. (ceh.melayu konon. pergi buat sushi makanan jepun tu apa kes? kahkah)

lepas tu jangan lupa pergi beli air jambu pak cu yang sedap tu,buat buka puasa dengan makan sushi . memang nikmat sungguh buka puasa. burp.alhamdulillah, fuh~ :)

itadakimasu! eh. silap. Bismillahirrahmanirrahim. hehehe.

sekian,
wassalam~

20090409

more sugar intake

Salam.

tak tertahan lagi.
mahu mencuba resepi kek lain lagi.
sekali lagi perisa chocolate menjadi pilihan



memang sengaja saiznya dibuat kecil-kecil
kononnya dengan harapan kuranglah jumlah amaun yang akan dimakan oleh diri sendiri.
namun, gagal.
sekali NGAP, mahu lagi. sehingga habis beberapa NGAP!
teruk, memang teruk.
pertambahan kandungan glucose dalam badan!
oh, kecewa dengan sikap diri sendiri..wuuu (T.T)

wassalam~

(note : lain kali jika mahu buat kek, mahu guna low calorie sugar dan low fat milk boleh tak?)

20090321

more cuppy cakes!

Salam.

dua minggu tidak mem'baking'
terasa tidak sempurna diri ini
*aceyh.ayat power je yeh!*

maka, terhasillah beberapa kek cawan,
menggunakan resepi queen cake.
sebelum ini asyik chocolicous sahaja.
tetapi, akhirnya, topping tetap choc juga.
*ok.choc itu sedap!tidak boleh dipisahkan juga.*

QUEEN CAKE RECIPE

2oz of flour
2oz of butter
2oz of castor sugar
1 egg
1/2 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon vanilla essence

*note : 4oz = 1cup = 100gm*

cara-caranya, seperti biasa, pukulmentega dan gula, tambahkan telur secara sedikit demi sedikit, kemudian tepung,baking powder dan esen vanilla.
bakar pada suhu standard 180darjah selsius selama 20-25 minit.



wee~



antara bentuk-bentuk mengarut yang telah diconteng :P


contengan tidak kemas dan serabut.
perlukan latihan lanjut lagi.
kemungkinan sewaktu cuti nanti saya akan mengikuti kelas baking/icing.
mahu join?? ;D

sekian,
wassalam~


20090228

chocolate cake



Salam.
own-made choc cake for siddiq's bday!
hehe.

wassalam~

20090220

chocolicious!

Salam..


terliur? :P


penuh dengan cip coklat!



chocolicious ! ;D


hasil kerja hari ini.
sangat memuaskan hati! :)

oh ya, kalian boleh la cuba resepi ini jika mahu menghasilkan muffin yang menggiurkan itu :

Ingredients

2 eggs
1 cup (220 g) sugar
1 cup (110 g) all-purpose flour
6 tablespoons unsweetened cocoa powder
2 teaspoons baking powder
1 teaspoon vanilla essence
2/3 cup (160 ml) milk
2/3 cup (150 g) butter
4 oz (120 g) semisweet chocolate chips (optional)


Method

  1. Preheat oven to 350 deg F (Gas mark 4 or 180 deg C).
  2. Grease 6 extra large muffin tins or cups (paper muffin bake cups are recommended) or 12-15 medium cups.
  3. Beat the eggs with sugar, mix with flour, cocoa powder, baking powder, vanilla and milk.
  4. Fold in the melted butter.
  5. Add chocolate chips (please note that these might end up in the bottom of the muffin).
  6. Bake at 350 degrees until a until a wooden pick inserted in center comes out clean, about 30 minutes for XL muffins, about 20 minutes for medium size muffins.
The Chocolate Muffins may be served hot or at room temperature.



Untuk chocolate chip itu, boleh dicampurkan dengan walnut sekali.
ikut suka kalian la :)
dan untuk topping sebegitu, setelah selesai meletakkan adunan dalam cawan kertas, boleh lah taburkan choc chip dan potongan walnut.

selamat mencuba!

sekian,
wassalam~

(note : dibuka juga untuk tempahan :) ..sila jangan malu jangan segan ya )