In the name of Allah,most gracious,most merciful

20100311

tiramisu suka-suka hati.

Salam

bila saya teringin nak buat sesuatu, saya akan cuba buat jugak.macam hari tu. terasa nak buat tiramisu. jadi pagi tadi lepas kelas tamat terus ke pasar raya berdekatan untuk membeli-belah. membeli bahan yang diperlukan dengan penuh semangat waja, gen2 mahupun exora.

lepas tu masa beli kononnya cukup kuat la nak angkat barang, jadi pakai bakul aje. sekali rupanya tangan tak cukup gagah. maka, padan muka penulis. dok terkendong-kendong la bakul tu macam orang mabuk. itu la. ada troli tak nak guna. bajet the hulk ah boleh bawak benda berat. jom padan muka lagi sekali. T______T

ok. jadi saya dapat resepi asal daripada blog ini, ihsan daripada kak shy tersayang yang bagi link ni. i tak ada kakak so i menumpang kakak orang nak bersoal jawab hal perempuan seperti masak memasak, dan juga untuk bermanja-manja. boleh kan kakak? :P HIHIHI. tumpang kakak orang tak apa asalkan jangan tumpang abang orang pulak. kang jadi benda lain, tak bagus untuk keamanan sejagat.

sebagai seorang pembuat kek yang berjaya, maka dengan sesuka hatinya saya menukar resepi. kerana saya tidak membuat keknya. pemalas betul. HAHA. saya hanya buat cream tiramisunya. yela sekali tengok kat bakery carrefour kek coklat span yang kosong dalam besar pinggan biasa tu harga RM3.75 sahaja. memang penjimatan terhebat, sebab kalau nak buat kek span sendiri pun harga dah lebih daripada tu. terima kasih carrefour kerana menjimatkan wang serta masa saya. Carrefour, sekarang cepat lantik saya jadi duta anda supaya saya boleh dapat free terus lepas ni. bukan senang nak dapat iklan free tau kat blog ni. Anda harus berbangga ok.

banyak betul membebel. nah ni resepi yang saya reka.

KEK COKLAT TIRAMISU SUKA-SUKA HATI

1 biji kek span coklat
250gram cream cheese (satu bongkah philadelphia)
200ml whipping cream

1/2 cawan gula halus
Satu cawan minuman hot chocolate cadbury
Suku mangkuk serbuk hot chocolate cadbury
Sedikit esen perisa coklat


whipping cream


cream cheese




cara-caranya :

1) potong kek span kepada dua. bukan potong separuh bulat. potong tengah bulat. ok. tak paham kan. maksud saya potong nak buat layer. macam ini ;


ini satu bahagian, lagi satu bahagian tak tertangkap pulak gambarnya.

lepas tu kan yang satu cawan minuman hot chocolate cadbury tu, renjis-renjis kat atas kek macam renjis-renjis dipilis. HAHA. ok tipu. pakai sudu dan tuangkan sedikit demi sedikit minuman tersebut agar rata di setiap bahagian kek. maksudnya ni nak lembapkan kek la.

2) campakkan cream cheese dan whipping cream dalam mangkuk adunan. pukul sampai kembang lagi creamy. lepas tu tambah gula sesuka hati. err. maksud saya ikut kesesuaian diri. kali ini saya buat less sugar. macam mana nak tau ikut kesesuaian diri? lepas tambah gula, pukul lagi hingga sebati, lepas tu calit sikit dan rasa,dah cukup yummy tak? kalau tak cukup tambah lagi. senang kan?


yummy!

3) masukkan beberapa titis esen perisa coklat. ini pun sesuka hati anda.

4) pukul sehingga cukup rasa, kemudian tepek cream adunan tu kat atas kek. sapu dan sapu lagi pakai spatula. ini pun sesuka hati anda.



dah cukup rasa, taburkan serbuk hot chocolate tu kat atas lapisan cream tu.

5) lapiskan bahagian atas kek (ala macam sandwich la) lepastu tepek lagi cream tadi sesuka hati anda. biar selekeh asalkan sedap. pengajaran daripada burger om. HAHA.


selekeh tapi sedap. HAHA.

6) tabur lagi serbuk hot chocolate sesuka hati. siap. masuk peti sejuk. bila da cukup sejuk boleh hidang.







mudah sahaja kan? sekarang dah nampak kenapa namanya kek coklat tiramisu suka-suka hati. sebab memang semuanya suka-suka hati. termasuk pembuatnya pun hati suka-suka sebab dapat buat jugak setelah mengidam sekian lama.

sekian sahaja resepi kek coklat tiramisu suka-suka hati.
memandangkan kuantiti yang dibuat kali ini sedikit, maka tidak dapat dikongsi bersama rakan-rakan tersayang. harap maaf kalian. T_______T. nanti saya buatkan ok? ^___^

burp. alhamdulillah. lagi best bila dapat taip blog sambil makan kek ni. HAHA :P

selamat mencuba!

wassalam~

No comments: