In the name of Allah,most gracious,most merciful

20100310

cerita gadis tak berapa nak kurus.

Salam

semalam malam saya tak online sebab tengok final biggest loser asia.
king david dari indon menang, dan sekarang dia dah super duper kurus. dan tak berapa nak handsome dah ;


a new him.


this 6-feet tall man lost 81kg, or 53% of his initial body weight.
but for me this is way too kurus ok. i don't like.macam dah tak sihat.nampak macam sakit.tambah-tambah lagi bila kurus dah tak best nak dipeluk. HAHA. ok i tak ada hak nak cakap lagipun i bukannya bini dia pun.

manakala tempat kedua pula dimenangi si hensem Carlo ;


credits to : www.suanie.net

now this is a successful biggest loser.
tak berapa kurus, ideal dan handsome lagi hot. sekarang wife dia sangat bangga dengan dia sebab husband dia makin handsome, walaupun terkejut dengan kekurusan husband dia siap cakap : "WHERE IS MY OLD TEDDY???" . haha sumpah comel.

tapi i memang kagum dengan semua peserta biggest loser. kesungguhan mereka harus dicontohi. tak macam i. minggu pertama diet , minggu kedua makan banyak. minggu ketiga banyak exercise, minggu keempat jadi pemalas. buku catatan harian tentang pengambilan kalori harian i pun dah tak catit sebab malas. tapi sekurang-kurangnya i tau based on corak pemakanan yang i makan sekarang, my daily calorie intake usually around 700 kcal - 900 kcal. sikit kan?

jadi kalau i nak turunkan sikit berat badan, i ambil jumlah kalori yang kurang daripada harian, kadang-kadang dalam 400-500kcal setiap hari untuk seminggu dua. kalau terasa nak tambah berat badan makan lah dalam 1000++kcal. dan untungnya saya sebab berat badan mudah turun. tapi tak best jugak sebab mudah naik. T____T

tapi syukur berat badan saya ideal. tak kurus sangat tak gemuk sangat. i love my height. i love my weight. i love my hot body. KAHKAH tak senonoh betul. bajet body hot macam megan fox apa?

i have a cold body. darah sejuk. kaki tangan cepat sejuk. sebab tu kat pintu selalu tulis untuk kakitangan sahaja sebab taknak bagi sejuk. ok dah lah tipu ni lepas tu nak kena marah dengan cikgu bm ke yang "kaki tangan" dan "kakitangan" pun tak reti nak beza. T___T mintak ampun cikgu norsilawati sayang cikgu bm sekolah rendah i love you so strong cikgu sebab cikgu masih ingat lagi kat saya siap tegur kat facebook.

so, back to my hot body. KAHKAH. ok . back to myself. saya mula berhenti meninggi sejak tingkatan empat, dan mula menggemuk sejak kecil lagi. HAHA.

ok tapi yang pasti zaman sekolah dulu zaman kegemilangan berat badan sebab MARA murah hati sangat pergi bagi makan budak mrsm sampai 6 kali sehari. bayangkan i ada dua helai jeans yang dibeli masa form 1, lepas tu masa zaman kegemilangan empayar lemak-lemak sekalian terus tak muat nak pakai masa form 3 sampai form 5, tapi nasib baik sejak umur 18 tiba-tiba jadi muat balik dan itu maksudnya i dah slim balik macam masa i umur 13 tahun dulu dan sangat mengyahookan sekali.

lagi satu, mama saya kata, badan kita bila besar akan ikut macam masa kita baby. kalau masa lahir berat sampai 4kg, maka beratlah kita bila dewasa kelak. kalau masa lahir ringan, maka ringan lah kita.

oh ya, berat saya masa lahir 2.9kg sahaja, dan masa mama mengandungkan saya dulu dia mengidam umbut kelapa. tahu tak umbut kelapa? mesti ramai tak tahu jadi next post nanti saya cerita ok.

lepas tu mama suka makan ulam sebab tu saya pun suka makan ulam. lepas tu mama saya kulit cerah sebab tu saya pun kulit cerah jugak. lepas tu mama saya cantik sebab tu saya pun cantik jugak. KAHKAH. tak percaya pergi kat facebook lepas tu search nama kamaliah azahari lepas tu add dia. tapi jangan mengorat dia pulak nanti abah saya marah tau. HARHARHAR

ok wea saya pun dah update blog maka silalah berpuas hati ok. HAHA

fullstop.
wassalam~

1 comment:

fatimah zaharah said...

alamak,
kalau dah gemuk time kecik,
jadi gemuk la bile dah tua?
T.T