Salam.
tarikh : 22hb Februari 2009
lokasi : pantai biru, teluk kemang, port dickson, negeri sembilan
individu : diri sendiri serta semua rakan-rakan fet miat, dan 2 org rakan fet mfi
ya, kami ke port dickson.
pagi itu dimulakan dengan 3 orang gadis yang rajin perlu bangun awal untuk memasak bekalan yang mahu dibawa.
bekalan untuk 14 orang. banyak juga.
seawal jam 4.30 pagi gadis-gadis ini sudah bangkit dari tidur untuk melaksanakan tugasan secara sukarela, walaupun mereka tidak boleh tidur malam itu ats sebab2 tertentu.
rajin kan mereka? :P
*ohh.makcik2 dan pakcik2, gadis-gadis ni sesuai dijadikan bakal menantu ya :P*
sandwich telur
sandwich sardin
bihun goreng
telur goreng
keropok ikan
kek batik
choc chip muffin
antara menu yang kami sediakan.
saya, ana dan teha.
oh.memasak.seronok juga.
pagi itu, kami bertolak kira-kira jam 9 dari miat.
dengan menaiki 3 buah kereta.
memandangkan mata saya sudah menjadi seperti mata panda yang comel akibat tidak cukup tidur,
maka tugas memandu diambil alih oleh awe.
*yey.boleh tangkap gambar on d way!*
tutup aircond, buka tingkap. rasa angin jalan kampung.
kami tidak lalu highway.
lalu jalan dalam yang penuh kehijauan.
seronok! :)

indah kan pemandangannya?

hijau yang menenangkan jiwa :)
indah sungguh ciptaan Tuhan.
SUBHANALLAH :)
setelah kira-kira sejam lebih perjalanan,
maka kami tiba bandar port dickson.
kami memilih untuk ke pantai di kawasan teluk kemang.
maka tatkala kami melalui jalan ke pantai biru, kelihatan kereta adi menari kesukaan kerana sudah tiba. (kereta menari - kereta yang dipandu ke kiri dan ke kanan seumpama menari.haha.ok.lawak sungguh waktu ni)

pantai biru sewaktu air surut
dah tiba, apa lagi.
bentangkan tikar, berpicnic seperti sebuah keluarga.
*ohh.serius rasa macam satu keluarga :)*
lepas tu. main air la. ;D

mereka suka melompat-lompat. tak faham sungguh :P

sebahagian daripada rombongan

saya dan ana . awal-awal masih belum sunburn lagi.

main pasir. selaku bakal engineer, kami cuba membina sistem perparitan yang sempurna.

namun gagal.tanah runtuh :(
bersuka-ria umpama kanak-kanak nampaknya :P
puas main air, kami tempah kayak.
setelah menawar harga dengan tokei kayak itu, maka kami dapat offer menarik.
satu kayak, rm15 untuk 2jam! ;)
maka mulalah aktiviti ekstrim pertama kami, berkayak selama 2 jam.
memandangkan air belum lah berapa pasang dan ombak tiada,
maka adalah adengan-adengan di luar jangkaan yang kami lakukan.
seperti terjun ke dalam air di tengah-tengah lautan sambil berpaut pada kayak.
menggabungkan 5 buah kayak dan bergerak serentak.
aksi lumba kayak dan bumper kayak (org bumper car.ini bumper kayak.haha)
berpindah dari satu kayak ke kayak yang lain (bertukar-tukar pasangan)
melalui kawasan atas terumbu karang walaupun dilarang oleh tokei kayak pada mulanya
serta mendarat di kawasan pantai yang lain yang tiada orang (pantai yang belum dibuka kepada org awam)
maaf.gambar tiada memandangkan kawasan berair.
sesi berlarutan sehingga tamat masa.
makan,solat.
aktiviti lain pula. :)
air sudah pasang, semakin dalam

melompat lagi.kasihan teha

ana, saya dan hafizam. ok. muka kami dah terbakar.
kira-kira jam 5.30 ptg, sewaktu air pasang.
sesi berbanana boat pula.
3 kali drop.
sangat-sangat seronok! lagi seronok daripada naik rollercoaster :)
oh,menarik!
tatkala hampir maghrib, barulah kami beredar dari kawasan pantai.
setelah kira-kira hampir 6 jam bermain di pantai.
selepas maghrib,bergerak pulang ke miat.
hujan oh hujan renyai sedikit sepanjang perjalanan
dinner di spot biasa, hasan seafood di hadapan miat.
muka semua orang sudah kemerah-merahan akibat pancaran matahari sepanjang hari.
seronok! lain kali mahu datang lagi berama-ramai! :)
sekian trip kami kali ini,
wassalam
(note : pakcik tokei kayak ingat kami semua satu keluarga.keluarga yang gila huuhaa. haha. dah kata dah macam family aje)