Salam..
hmm...hari ni nak cerita tentang dua kisah..
tak tau lah nak kata kisah duka ke tak..
huhu...
Kisah 1 .
Rakan-rakan lelaki A,B,C dan D telah meminjam raket saya serta rakan-rakan perempuan yang lain sejak bulan puasa tempoh hari. Setelah sekian lama mereka meminjamnya..maka baru-baru ini si C memulangkannya.....
perasaan gembira tak terkata menyambut kepulangan raket kesayangan setelah berminggu-minggu tidak ketemu (walaupun masih belum mampu untuk bermain badminton lagi sehingga hujung tahun ini). Bagi memastikan raket yang dipulangkan adalah betul, maka kami pun membuka lah cover/sampul raket tersebut..
Alangkah dukacitanya hati apabila mendapat tahu rupa terbaru raketku ini yang semakin berbentuk petak,tidak seperti dahulu....
Tiba-tiba si C memberi satu sms kepadaku yang berbunyi :
"Eh,jangan salahkan aku sebab simpan raket2 tu lama sangat.Aku dan D yang simpan."
Maka ku membalas :
"Wahai si C yang budiman, siapakah yang telah mengubah penampilan raketku itu sehingga tidak seperti dalam keadaan normal?"
-wahwah.begitu sopan sungguh ayatku.
Si C membisu...lama juga...
Kemudian baru menjawab...
"Si D yang rosakkan. SALAHKAN si D!"
-aish.patutnye saya la yang buat bunyi marah.ini dia pula nak marah...
Maka saya pun msg lah si D pula :
"Salam,si D, aku cuma nak tanya,kau ade guna raket aku yang wilson tu kan?Aku cuma nak tanya, macam mana sampai boleh jadi bentuk macam tu? Aku tak marah pun...cuma nak tau aja..."
- aih.benar.saya tidak ada perasaan marah langsung.satu kemajuan! ;D
Maka si D mengreply :
"Salam..maaf..baru pulang dari surau..iyer..memang aku yang rosakkan raket tu masa main..dah lama jugak..2 minggu lepas..sori sangat2..aku memang nak bagitau awal2..tapi tak sempat...aku janji aku ganti...sori sangat2 tau!"
-nak bagitau awal?huii..ni mesti sebab takut nak bagitau ni...dah 2 minggu dah rupanya..
Disebabkan saya lambat mengreply sms..maka dia si D pun call :
Si D : Salam.Eh,fawani...sori tau..memang aku yang rosakkan
Saya yang penyabar : Takpe.aku tak kisah pun..n aku tak marah pun..betul
(entah bagaimana sewaktu itu di dalam bilikku sedang diadakan konferens dengan rakan-rakan perempuan mengenai tragedi raket itu..maka berbising-bisinganlah mereka sewaktu ku menjawab panggilan si D - ganti!ganti! (kata mereka))
agaknya si D mendengar kebisingan tersebut
maka tetiba terkeluar dialognya :
Si D : Ah.malunya!
Saya yang penyabar : aih.tak payah malu-malu lah...aku tak marah pun...tak payah ganti pun takpe...
Si D : uish.sedih aje bunyiknyer.takpe..betul aku ganti!sabtu ni aku outing,aku belikan yang baru eh?
Saya yang penyabar : takpe.tak payah la....
Si D : takpe.aku ganti gak..k la..sori tau...sori sgt2...k la..assalamualaikum....
-tamatlah perbualan-
suka hati lah.saya tak kisah kalau tak ganti pun...serius!
adakah saya bersikap terlalu bertolak ansur?
Kisah 2
Kemas - kemas bilik. Basuh la bekas kuih raya hamper dari rumah dulu (kuih dah habis dimakan la) . Teringat Mama kata, bolehlah simpan bekas tu buat jewellery box. Ah benar.
Maka cuci,cuci dan cuci lah (memandangkan kuih raya tu pun dalam cup kertas yang kecik tuh kan..maka tak tercemar lah sangat bekas tu)
Keringkan.tinggalkan la dekat pantry...takkan la ada orang nak ambil pula kan?
Tengahari..sedang makan tengahari..datang si gadis E...
gadis E : Fawani, bekas kuih yang dalam pantry tu yang bentuk bujur tu kau punya kan?
saya : oh.a ah.kenapa? (dia tau itu bekas saya sebab dia pernah makan kuih raya daripada bekas itu)
gadis E : Aku ambil pinjam buat letak kuah kari roti canai
saya : oh,guna sahaja lah...
padahal.dalam hati..'kau hancurkan hatiku dengan sikapmu...'-lagu d massive.cinta ini membunuhku =((
ahh.tak apa lah.tapi nanti boleh ke cuci balik bekas yang dah tercemar dengan kesan kuah kari tu?
takpe lah...
petang..saya pergi ke pantry...nak cuci tupperware...
maka nak buang sisa makanan ke dalam tong sampah.
*duuuummmm!!!!* bagaikan satu panahan di dalam mataku
melihat bekas itu bersama sisa-sisa kari dah bermastautin di dalam tong sampah hitam itu..mungkin dah berbau dan berminyak...tu yang dibuang terus kot...
lagi sekali...
'kau hancurkan hatiku dengan sikapmu...'
arrrr....takpe lah..kecewa juga tidak dapat merealisasikan kata-kata Mama..takde rezeki..takpe lah....tetapi kes ini lagi menyedihkan bagi saya berbanding kisah 1 di atas...mengapa yer????
1. mungkin kerana si E telah mengambil shj bekas itu tanpa memberitahuku terlebih dahulu.
2. entahlah.saya lebih sayang bekas tu kot daripada raket??hahaha...
3. harga raket itu rm50++, sedangkan harga bekas itu free sahaja(hamper kan)
jadi..apa pandangan anda???
pengajaran : Janganlah menganggap harta orang seperti harta kamu sendiri...
bersama-samalah kita mengambil iktibar yer...
sekian kisah hari ini.
wassalam~
.jpg)
No comments:
Post a Comment