memandangkan hari ini hari sabtu,
ayuh kita lepak berbicara secara santai.wuu.
"Bila besar Farah nak jadi apa ya?" - soalan normalisasi masa kecil-kecil dahulu.
orang dewasa suka tanya soalan ini kan? kenapa ya?
nak-nak masa sekolah rendah. setiap kali perkenalkan diri masa awal tahun selalunya mesti kena jawab soalan ni.
dan setiap tahun, pastinya jawapan saya berbeza
(haha.dah kata dah, saya seorang yang mudah berubah fikiran. =__=" )
14 tahun yang lalu....
Teacher : Farah, what do you want to be when you grow up?
Si budak comel : I want to be a fashion designer teacher!
ecewaahhh.kecik-kecik dah minat pasal fesyen.ada style la you ni.haha
i siap ada sketch book design pakaian sendiri tau.
malang sekali, buku itu sudah hilang entah ke mana sekarang.sedih.wuu T.T
13 tahun yang lalu....
Cikgu : Farah, apa cita-cita awak?
Si budak comel : Saya nak jadi doktor cikgu!
uishh.tuka fikiran lah pulak.disebabkan jiran sebelah seorang doktor, maka sebab itu sengaja nak tiru jadi macam beliau. hwahwahwa.
namun begitu, cita-cita terpaksa dibatalkan kerana saya takut dengan darah.hingga sekarang.wuuu (kalau darah sendiri tak apa, tapi kalau darah orang.... *pengsan~* >.< ) 12 tahun yang lalu...
Cikgu : Haa. Farah bila dah besar nak kerja apa?
Si budak comel : Haa..Saya nak jadi cikgu!
wuih.bagus betul.semangat mahu jadi cikgu.iya lah.masa darjah satu tengok cikgu-cikgu ni kerja macam best aje.tu yang nak jadi :D
11 tahun yang lalu...
Cikgu yang cun : Farah, what's your ambition?
Si budak comel : I want to be a lecturer teacher!
waa.ni dah pandai demand dah.selepas tahu gaji pensyarah lagi tinggi daripada guru. mata duitan betul sungguh la perempuan ni. =_____="
dan cita-cita ini bertahan sehingga penulis melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah....
sewaktu tingkatan 2 :
Teacher : What's your ambition dear?
Si gadis : I want to be a BIOTECHNOLOGIST teacher!
ewah.ewah.makin maju! masa tu kan orang dok sibuk cakap pasal teknologi biologi.
namun minat tidak kekal lama juga....
sewaktu tingkatan 4 :
pendaftaran jurusan
Cikgu : Ha. awak mesti nak masuk kelas biologi kan?
Si gadis : Eh, taknak lah cikgu. Tak minat. Saya nak ambil akaun lah.
Cikgu : Ish2. Result PMR dah ok, awak nak ambil akaun pulak? Ni mesti ikut kawan ni
Si gadis : Wuu.Mana ada cikgu. T.T (kalau ikutkan hati sebenarnya nak ambil rekacipta, sebab ingat nak jadi designer pulak.acehhh..tapi tak apa lah)
Cikgu : Ye la tu....
sewaktu tingkatan 5 :
si gadis : cikgu, betul, lepas ni saya nak ambil spc fast track uitm akaun lah.
Cikgu : ha.bagus la begitu.insyaAllah boleh dapat.
tiba-tiba kaunselor buat pengumuman.....
kak yus kaunselor cun : Sekarang ni dah ada program spc luar negara yang baru..course engineering...jadi bolehlah mohon yang itu yer.
masa isi borang spc selepas trial spm....
penulis dalam dilema.
nak sambung akaun ke..nak ambil engineering????
namun bila teringat kata-kata seorang cikgu macho :
cikgu macho : Farah, lepas ni awak nak sambung apa?
si gadis : Saya ingat saya nak sambung akaun la cikgu..ataupun yang berkaitan bisnes
cikgu macho : Laa.result awak dah ok, awak nak ambil course tu aje?? Tak berbaloi la macam tu..awak dah la belajar mrsm 5 tahun..lagipun course tu bila-bila masa boleh ambil lepas awak grad nanti..lebih baik awak ambil course yang mencabar sikit..engineering ke...medic ke...
si gadis : umm..tengoklah rezeki macam mana cikgu.sebab dah minat kan..
cikgu macho : tak apa, awak fikirlah balik yer..
akhirnya penulis meninggalkan minat yang mendalam terhadap akaun...
dan memohon program kejuruteraan..
semata-mata mahu menyahut cabaran cikgu tersayang.
satu pengorbanan besar! (ehh.besar sangat ke? kecik aje la)
tapi lepas tu penulis menggatal sangat isi borang UTP, nak ambil course pengurusan perniagaan.(degil betul! tapi dah minat punya pasal.cewaahh)
alhamdulillah, Allah berikan rezeki, dapat dua-dua permohonan. kejuruteraan MARA dan pengurusan perniagaan UTP
dalam dilema lagi..nak ikut minat ke..nak ikut minat ke..nak ikut peluang????
ramai orang cakap ambil utp.bagus kata mereka.sebab lepas grad boleh kerja dengan petronas terus.
keluarga cadangkan ambil mara, tak terikat dengan kerja. kalau loan pun boleh bayar ikut kita.
solat istikharah.
ambil keputusan drastik.ambil engineering.
kerjaya yang TAK PERNAH diimipikan langsung!
tapi saya tak pernah rasa menyesal.
tapi nampaknya semasa belajar foundation, makin minat pula. sekarang sudah nampak, memang ini minat saya.tambah-tambah lagi suasana FET - lecturer serta kawan-kawan yang hebat dan superb. mereka melengkapkan hidup saya (ecewahhh.ayat tak boleh blah la.haha.tapi betul.SAYA SAYANG FET)
Tapi, minat terhadap akaun masih mendalam.
Saja masa tu cakap dengan cikgu macam ni:
Si gadis : cikgu, saya rindu la nak belajar akaun.
Cikgu : itu laa...siapa suruh ambik engineering..kan dah rindu.hehe
Haha.Jawapan cikgu memang sedap sekali.
Dan sekarang, sebab betul-betul mahu menerima cabaran cikgu macho, saya telah memilih mechanical engineering sebagai pilihan utama. Cikgu macho terkejut u tahu tak.hehe.tapi dia kata sesuai la dengan jiwa saya yang lasak ni. (apesal orang ramai tak percaya yang saya ni lasak??iskk T.T ..don't judge a book by its cover laa..)
Kalau lepas ni orang tanya saya nak jadi apa bila besar.
Saya cuma jawab nak jadi isteri yang baik sahaja.hahahaha (gedik betul.dush!)
sebenarnya entri ini sebagai tribute sempena 16 Mei.
terima kasih cikgu kerana membimbing saya menjadi orang yang berguna sehingga hari ini!
SELAMAT HARI GURU
kepada guru-guru di Tadika Fatimah(terlupa pula,tengok blog shikin shariff iaitu ex tadika-mate,bru teringat.wuuu), SKLK, MRSM Mersing, FET UniKL KMKN serta lecturer-lecturer MIAT!
I ♥ ALL OF YOU.
xoxo~
sekian,
wassalam~
(note : o.yeh.alhamdulillah..junior maktab ada seorang mengikut jejak langkah saya mewakili johor dalam mssm memanah. congratz Ayie kachak!(kachak ke?saje sebut sebab tadi die sms sy panggil kak chomeyh.wahahaha) kalau nak akak ikut teman pergi labuan, carikanlah sponsor.wahaha)






.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)






.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)


