In the name of Allah,most gracious,most merciful
Showing posts with label miat. Show all posts
Showing posts with label miat. Show all posts

20090910

gambar sensasi.

Salam.

seperti biasa, setiap hari khamis, kami akan ke workshop iprom di miat untuk menyiapkan projek machining kami.

ok.tiba-tiba rasa malas nak explain. sila rujuk gambar di bawah.



hello deckel maho.

the workpiece.




the team mates.





the annoying girl.




the '143'.



last but not least,

GAMBAR SENSASI



Mr Alif Farhan
sesiapa yang berminat mahu menceburkan diri dalam perniagaan MLM, bolehlah hubungi encik farhan di atas di talian entah sekian harap maklum.
okey alip, your request nak appear dalam blog ni dah dimakbulkan.sekian harap maklum lagi sekali.

fullstop.
wassalam~

20090516

bila besar mahu jadi apa?

Salam.

memandangkan hari ini hari sabtu,
ayuh kita lepak berbicara secara santai.wuu.

"Bila besar Farah nak jadi apa ya?" - soalan normalisasi masa kecil-kecil dahulu.

orang dewasa suka tanya soalan ini kan? kenapa ya?
nak-nak masa sekolah rendah. setiap kali perkenalkan diri masa awal tahun selalunya mesti kena jawab soalan ni.
dan setiap tahun, pastinya jawapan saya berbeza
(haha.dah kata dah, saya seorang yang mudah berubah fikiran. =__=" )

14 tahun yang lalu....

Teacher : Farah, what do you want to be when you grow up?

Si budak comel : I want to be a fashion designer teacher!

ecewaahhh.kecik-kecik dah minat pasal fesyen.ada style la you ni.haha
i siap ada sketch book design pakaian sendiri tau.
malang sekali, buku itu sudah hilang entah ke mana sekarang.sedih.wuu T.T



13 tahun yang lalu....

Cikgu : Farah, apa cita-cita awak?

Si budak comel : Saya nak jadi doktor cikgu!

uishh.tuka fikiran lah pulak.disebabkan jiran sebelah seorang doktor, maka sebab itu sengaja nak tiru jadi macam beliau. hwahwahwa.
namun begitu, cita-cita terpaksa dibatalkan kerana saya takut dengan darah.hingga sekarang.wuuu (kalau darah sendiri tak apa, tapi kalau darah orang.... *pengsan~* >.< ) 12 tahun yang lalu...
Cikgu : Haa. Farah bila dah besar nak kerja apa?

Si budak comel : Haa..Saya nak jadi cikgu!


wuih.bagus betul.semangat mahu jadi cikgu.iya lah.masa darjah satu tengok cikgu-cikgu ni kerja macam best aje.tu yang nak jadi :D



11 tahun yang lalu...

Cikgu yang cun : Farah, what's your ambition?

Si budak comel : I want to be a lecturer teacher!


waa.ni dah pandai demand dah.selepas tahu gaji pensyarah lagi tinggi daripada guru. mata duitan betul sungguh la perempuan ni. =_____="

dan cita-cita ini bertahan sehingga penulis melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah....



sewaktu tingkatan 2 :

Teacher : What's your ambition dear?

Si gadis : I want to be a BIOTECHNOLOGIST teacher!

ewah.ewah.makin maju! masa tu kan orang dok sibuk cakap pasal teknologi biologi.
namun minat tidak kekal lama juga....


sewaktu tingkatan 4 :
pendaftaran jurusan

Cikgu : Ha. awak mesti nak masuk kelas biologi kan?

Si gadis : Eh, taknak lah cikgu. Tak minat. Saya nak ambil akaun lah.

Cikgu : Ish2. Result PMR dah ok, awak nak ambil akaun pulak? Ni mesti ikut kawan ni

Si gadis : Wuu.Mana ada cikgu. T.T (kalau ikutkan hati sebenarnya nak ambil rekacipta, sebab ingat nak jadi designer pulak.acehhh..tapi tak apa lah)

Cikgu : Ye la tu....



sewaktu tingkatan 5 :

si gadis : cikgu, betul, lepas ni saya nak ambil spc fast track uitm akaun lah.

Cikgu : ha.bagus la begitu.insyaAllah boleh dapat.

tiba-tiba kaunselor buat pengumuman.....

kak yus kaunselor cun : Sekarang ni dah ada program spc luar negara yang baru..course engineering...jadi bolehlah mohon yang itu yer.


masa isi borang spc selepas trial spm....
penulis dalam dilema.
nak sambung akaun ke..nak ambil engineering????

namun bila teringat kata-kata seorang cikgu macho :

cikgu macho : Farah, lepas ni awak nak sambung apa?

si gadis : Saya ingat saya nak sambung akaun la cikgu..ataupun yang berkaitan bisnes

cikgu macho : Laa.result awak dah ok, awak nak ambil course tu aje?? Tak berbaloi la macam tu..awak dah la belajar mrsm 5 tahun..lagipun course tu bila-bila masa boleh ambil lepas awak grad nanti..lebih baik awak ambil course yang mencabar sikit..engineering ke...medic ke...

si gadis : umm..tengoklah rezeki macam mana cikgu.sebab dah minat kan..

cikgu macho : tak apa, awak fikirlah balik yer..

akhirnya penulis meninggalkan minat yang mendalam terhadap akaun...
dan memohon program kejuruteraan..
semata-mata mahu menyahut cabaran cikgu tersayang.
satu pengorbanan besar! (ehh.besar sangat ke? kecik aje la)

tapi lepas tu penulis menggatal sangat isi borang UTP, nak ambil course pengurusan perniagaan.(degil betul! tapi dah minat punya pasal.cewaahh)


alhamdulillah, Allah berikan rezeki, dapat dua-dua permohonan. kejuruteraan MARA dan pengurusan perniagaan UTP

dalam dilema lagi..nak ikut minat ke..nak ikut minat ke..nak ikut peluang????

ramai orang cakap ambil utp.bagus kata mereka.sebab lepas grad boleh kerja dengan petronas terus.
keluarga cadangkan ambil mara, tak terikat dengan kerja. kalau loan pun boleh bayar ikut kita.

solat istikharah.

ambil keputusan drastik.ambil engineering.
kerjaya yang TAK PERNAH diimipikan langsung!
tapi saya tak pernah rasa menyesal.

tapi nampaknya semasa belajar foundation, makin minat pula. sekarang sudah nampak, memang ini minat saya.tambah-tambah lagi suasana FET - lecturer serta kawan-kawan yang hebat dan superb. mereka melengkapkan hidup saya (ecewahhh.ayat tak boleh blah la.haha.tapi betul.SAYA SAYANG FET)

Tapi, minat terhadap akaun masih mendalam.
Saja masa tu cakap dengan cikgu macam ni:

Si gadis : cikgu, saya rindu la nak belajar akaun.

Cikgu : itu laa...siapa suruh ambik engineering..kan dah rindu.hehe


Haha.Jawapan cikgu memang sedap sekali.
Dan sekarang, sebab betul-betul mahu menerima cabaran cikgu macho, saya telah memilih mechanical engineering sebagai pilihan utama. Cikgu macho terkejut u tahu tak.hehe.tapi dia kata sesuai la dengan jiwa saya yang lasak ni. (apesal orang ramai tak percaya yang saya ni lasak??iskk T.T ..don't judge a book by its cover laa..)

Kalau lepas ni orang tanya saya nak jadi apa bila besar.
Saya cuma jawab nak jadi isteri yang baik sahaja.hahahaha (gedik betul.dush!)

sebenarnya entri ini sebagai tribute sempena 16 Mei.
terima kasih cikgu kerana membimbing saya menjadi orang yang berguna sehingga hari ini!

SELAMAT HARI GURU
kepada guru-guru di Tadika Fatimah(terlupa pula,tengok blog shikin shariff iaitu ex tadika-mate,bru teringat.wuuu), SKLK, MRSM Mersing, FET UniKL KMKN serta lecturer-lecturer MIAT!

I ♥ ALL OF YOU.
xoxo~

sekian,
wassalam~

(note : o.yeh.alhamdulillah..junior maktab ada seorang mengikut jejak langkah saya mewakili johor dalam mssm memanah. congratz Ayie kachak!(kachak ke?saje sebut sebab tadi die sms sy panggil kak chomeyh.wahahaha) kalau nak akak ikut teman pergi labuan, carikanlah sponsor.wahaha)

20090327

selamat tinggal miat~

Salam.

tarikh 26hb, tamatlah latihan teknikal 12 kanak-kanak fet di miat.
*tepuk2 sikit.tahniah2! :P*
terima kasih para tenaga pengajar.
jasa kalian dikenang :)
tidak lupa juga seperjuangan di miat.
bib (aish.nape name bib dulu neh???),wea,siddiq,apieh,naeem,ranzo,adi,syamil,momo.
ana dan nina
thx kalian! :)


sek kito best! :D

selamat tinggal hassan seafood
selamat tinggal pasar malam seroja dan burger salak tinggi
selamat tinggal giant nilai
selamat tinggal stesen minyak shell bangi
selepas ini pasti sukar untuk datang lagi ke situ




surat tamat latihan teknikal :D



surat tamat program foundation in engineering technology :D

maka, 1st year degree kami akan bermula pada bulan 7
hampir 4 bulan bercuti. ya, 4 BULAN
maka, sila jangan cemburu ya :P

wassalam~

(note : rasa seperti mahu tukar nombor plat kereta. i've been spotted.gaah..tu laa...sape suruh pakai no. lawa sangat. (=_="))



20090326

cuci kapal terbang??

Salam.

semalam pagi
kami perlu menghadirkan diri ke hangar.
ada projek katanya.
baiklah.

projek apa?
projeknya besar! *apa la agaknya ya?*
cuci.
ok.cuci apa? dinding-dinding hangar?
oh.bukan...
cuci kapal terbang daa..
*gaah.jadilah pekerja buruh seketika.*

maka bermulalah tugasan 12 kanak-kanak dalam usaha untuk mencuci sebuah kapal terbang.
fighter jet berwarna kelabu. yang telah dihiasi dengan beberapa titik najis burung.
menarik.sangat menarik.


gadis cuci sedia untuk beraksi :P


apa yang penting? kerjasama! :P


genggam kain biar lap sampai ke tayar! :D


berkilat kan? :P


lap sampai jadi cermin :D


lap sampai bersila lagi tu.hehe



12 kanak-kanak gembira setelah berjaya melaksanakan tugasan!

jadi, selepas ini, bolehlah upah kami untuk mencuci jet peribadi anda ya :P

wassalam~

(note :petang berjalan-jalan di sunway pyramid sebentar, ditegur oleh abg counter bayaran sebab tak pergi sekolah. kali kedua pula di counter lain dengan manusia lain, ditanya pula saya form berapa dan bersekolah di mana. oh,muka kanak-kanak lagikah diriku ini??wuu... T.T)


20090318

ber-CATIA

Salam

siang tadi, kami ber-CATIA.
CATIA?
catia merupakan salah satu software yang digunakan untuk design structure.
kalau autocad dalam bentuk 2D,
catia pula dalam 3D.
tetapi,mula-mula kami perlu sketch dalam bentuk 2D dahulu. :)


sketch mengikut paksi x-y


pandangan melalui paksi x-y-z , sebelum ditukar jadi 3D


structure 3D


boleh dirotate sesuka hati,zoom in dan out dan sebagainya :)

menarik! :)
antara benda-benda industri yang didesign menggunakan software ini (sekarang catia sudah version 5):
aerospace : boeing 777,787
automotif : bmw,porche,volvo,fiat, PROTON dan lain-lain lagi
shipbuilding - ship dan submarine

nampaknya perlu memahirkan diri menggunakan software ini juga demi kepentingan masa hadapan.
*suka.suka.suka!(mentang-mentang part2 design ni,suka lah! :D*

sekian,
wassalam~

20090219

turboshaft - allison

Salam.

kelas hari ini.
encik halim menunjukkan salah satu enjin turboshaft model allison.
oh ya, turboshaft merupakan enjin yang digunakan bagi menggerakkan helikopter.

menarik bukan?

maka, siang tadi, encik halim telah menunjukkan kami enjin tersebut, serta mengoperasikannya.

riuh bunyinya. bunyi enjin. seperti kapal terbang mahu berlepas.
berbekalkan alat perlindungan pendengaran bagi mengelakkan bunyi db yang tinggi merosakkan telinga kami, maka allison pun mengaum dengan gagahnya.

bingit. ini baru enjin yang kecil sahaja.



en halim bersama allison



ranzo dan adi penjaga fire extinguisher sebagai langkah keselamatan



allison masih mengaum dengan gagah.

memandangkan lagi sekali, hari jumaat tiada kelas kerana sudah tamat pengajaran,
maka pulang ke rumah lagi
*pulang ke rumah aje keje.haha*

oh.minggu depan belajar tentang enjin lagi.
tentang enjin piston pula.

sekian,
wassalam

(note : lokasi sama dengan post yang sebelumnya. cuma waktu berbeza)


20090216

turbine engine

Salam.

minggu ini kami belajar tentang turbine engine.
engine yg digunakan bagi menggerakkan pesawat.
tadi, kelas teori yang dikendalikan oleh encik halim
menarik. walaupun hampir tertutup juga mata ini kerana dah lama tidak ada kuliah
(baru sebulan lebih tak belajar otak dah beku. nak fokus kt lecture pn payah.huhu)
ok, ini bahaya. sudah la nanti cuti lama. jangan bila masuk degree nanti terus blur sudah.

seperti biasa, lecturer pasti keliru tentang program kami.
FET, mmg FET, tapi bukan fet kulim, ini fet kuala nerang mari.
setiap kali dengan lecturer baru, pasti lecturer pening kepala dengar tentang program kami.
*biasalah, batch pertama, umpama tikus putih, bahan eksperimen*

oh ya, kemungkinan minggu ini kelas sehingga hari jumaat.
buat pertama kalinya, setelah 5 minggu sesi latihan teknikal berjalan.

selain itu, kami juga berdiskusi tentang tanda-tanda umat akhir zaman, tanda-tanda hampir kiamat.
benar, semuanya sudah ada.
rasa takut. gentar. tapi hidup perlu diteruskan juga.
moga-moga kita tergolong dalam golongan orang2 yg beriman...amin
insyaAllah...
wallahualam..

sekian sahaja,
wassalam

(p/s : org sunderland, sabar yer. just pray for the best ok :]..insyaAllah everything's going to be fine, n cuba lah tidur dengan nyenyak yer ;D )

20090212

crimping dan soldering

Salam..

minggu ini pula, sesi kelas kami melibatkan bidang electrical in avionics
just yang basic sahaja,berkaitan dengan mekanikal
semalam,kami belajar crimping.
bukan cramping mahupun kerempeng ya.
crimping

crimping bermaksud :

Crimping is joining two pieces of metal or other malleable material by deforming one or both of them to hold the other. The bend or deformity is called the crimp.

yang kami lakukan ialah wire crimping.
simple sahaja. tetapi menarik juga



hari ini pula belajar soldering pula.
soldering itu sebenarnya pateri.
terharu juga, kerana tangan ini masih mampu digunakan untuk buat kerja ini :)
walaupun terketar-ketar tangan kanan ni, tetapi boleh la juga..
*oh ya.gambar tiada,maaf*

kelas pagi, jadi tengahari sudah pulang ke rumah ;P
*sukanya hati! *

sekian,wassalam~

20090205

welding

Salam.
akhirnya.kembali kepada cerita tentang projek itu :)
berikut adalah progressnya :


ini yg telah dipotong.using machine ape tah(sir blum explain lg.) n pakai gunting metal


ini yang telah dibent

ok.
after dah adjust sampai jadi bentuk kotak, time untuk welding!untuk lekatkan besi tuh.
tapi...kami tak dibenarkan..sebab bahaya..n konfem berlubang n x jadi projek.haha.
so sir sekh yg buatkan...
tapi, dia beri juga peluang kepada kami..ajar juga..untuk merasa juga la..
belajar welding, tapi just untuk potong besi2 yg dah tak guna.
at least dapat juga try :)
and..seronok!!!! ;)
budak2 electrical kat bmi buat soldering.
kami buat welding tau.hehehehe :P


o.yeh.pls wear your safety attire


agaga.adjust oxygen 1st to get the perfect flame


potong2! *sikit2 aje.bukannya yg sampai api besar2 tu..huhu*


wow.kelas hari ni memang best! ;D
seronoookkk!
n people, pls don't try this at home - bak kata apieh.
hehe.

actually session for this project dah habis, and after this akan ada session lain pula,tapi projek ini tak habis lagi....
belum sempat untuk paint lagi.
so...disambung bila2 jika ada masa free..
anyway...thanks sir alauddin! :)

sekian,

(p/s : org sunderland, TERIMA KASIH! ;D ..tqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtq!)

wassalam

20090203

2nd project

Salam.

Beberapa hari juga tak update blog.
Hari sabtu pagi menjadi jurugambar untuk event reunion asputigs mama di putrajaya
petang pula singgah di times square sebentar, bersama rakan-rakan bmi & mfi
Hari ahad, ke sunway lagi sekali. pusing2. main archery lagi. hohoho :P

Isnin,kembali ke miat.
projek seterusnya.
from sheet metal
buat pencil case , n kalau ada lebih kepingan logam n extra time, maybe akan buat casing for caliper pula. ngee~ :D

oh ya, sebelum ke kelas, pergi ambil duit elaun di pejabat dahulu.
jumlah wang yg diberi daripada hari pendaftaran tempoh hari sehingga hujung bulan 2,
RM630 - cash.hand by hand :D
alhamdulillah..dpt duit belanja makan *ngan belanja jalan sekali.hahaha :P*
perlu bank in wang ini.bahaya wuu~

kemudian baru lah kami bergerak ke bengkel..



sesi mengukur 1' x 1'


cop part masing2. yang penuh ngan lukisan tu karya adi.haha

setelah selesai proses memotong, (this time pakai device ape tah la..not manual cam dlu) each person dpt metal sheet berukurun 1' X 1' (1kakipersegi)
maka proses seterusnya disambung next class

oh ya.ini pula gambar caliper.
disebabkan waktu pulang bercuti tempoh hari caliper dibiarkan di atas meja berdekatan tingkap yg terbuka (lupa nak tutup), maka proses penghasilan iron(III) pun berlaku...aduh!


berkarat dah! adus!

biarkan lah.nanti licinkan balik pakai kertas pasir.wuu.

(note : sudah buat spec baru, tiada perubahan power (yeh!) cuma coating spec lama dah berlapis dan calar balar.)


ya, mr dc bersama kaca mata baru saya ;D

sekian,
wassalam~

20090121

tukang besi

Salam.

setiap hari di miat,waktu siang,free.
goyang kaki.makan.gabungkan sahaja waktu breakfast dan lunch menjadi 'brunch' demi menjimatkan wang, memandang wang sara hidup mara belum beri..
petang jam 2-6 baru ada program..dari isnin hingga khamis sahaja

praktikal di miat, menyeronokkan juga, sesi bodybuilding percuma
bak kata apieh di shoutout fb nya:
miat practical stdnts got their free 4 hours of biceps, triceps ,hamstring training evryday at the workshop
yaah!!

1st task kami : produce a caliper - manually (no machines etc) only by using tools n our own hands.perlu disiapkan dalam masa 4 hari

1st time tgk. oh. ok. mudah aje kot bak kate sir siso
rupanya menggergaji besi berdimensi 2.5inchx4.8inchx1cm menggunakan kudrat diri sendiri bukanlah semudah kerja kayu kemahiran hidup seperti dahulu.
grr.hebat.otot2 di tangan perlu bekerja lebih keras.
gergaji2 besi..kikir2 besi..
calar-balar di tangan usah la diambil kisah.menarik corak-coraknya di atas kulit tangan ini.
tangan yg lembut bak sutera dah jadi seperti kulit buaya - kata nina
haha

walaupun penat, tetapi seronok juga.
pengalaman menjadi tukang besi tradisional.
hehe. ;D

hasil akhir, akan dipertontonkan kelak ya? :)

sudah.mahu sambung kerja lain.siapkan presentation untuk esok.
oh ya, esok presentation projek pertandingan rekabentuk..
ingatkan dulu dah submit, dah x ada apa2 lah.
sekali kena present pula esok.
afif yg di mimet perlu turun kl lagi sekali pula..huu..
wish us luck ya! :)

(note : tidak mahu beritahu masalah tangan saya kepada pihak pengurusan miat. mereka nampaknya terpegun melihat saya menulis dengan cara pegang pen yang unik. saya hanya angguk dan senyum sahajalah tanpa sebab yang lebih lanjut..malas suda mahu explain kpd mereka..abaikan..chill sudah~ ;D)

sekian,
wassalam~

20090118

MIAT

Salam...

hari ini secara rasminya tamatlah tempoh percutian saya.
hue.

mulalah program latihan teknikal selama 10 minggu
yang akan berakhir pada hujung bulan mac.

maka..pagi2 lagi dah daftar di miat..
ya, miat stands for malaysian institute of aviation technology.
berada di bawah payung unikl
penat mahu ceritalebih lanjut,letih.lain kali ya?

oh ya, sepanjang praktikal ini,
jadual kelas daripada jam 2-6 petang ya.isnin hingga jumaat.
harap maklum kepada yg berkenaan ;P

dan ini gambar kami 12 orang ;)



3 girls n 9 boys. *credits to kak khadi 4 d pic*

penat,mahu tidur.
sekian,
wassalam~