In the name of Allah,most gracious,most merciful
Showing posts with label mrsm mersing. Show all posts
Showing posts with label mrsm mersing. Show all posts

20100604

not so bad after all

Salam

semalam i dah cakap nak story mory hari ni kan? jadi ini dia ;


1) I HAVE A GUEST!

yes, my ex roomate came to my house, right after she finished her final paper in utp. she stayed from tuesday until this morning.

we shared the same room when we were fourteen in mersing. we were young and crazy girls, and we caught 'rentung' during the fire drill practise (which happened onmy birthday night =__=") because we didn't hear the bell rang at all at 2am in the morning since we played around with buttercream cake on our faces 2 hours before that. as a punishment, we were showered by the fire extinguisher from the big red fire engine! it was indeed a great 14th birthday bash! ;)



3rd May 2004



3rd June 2010

that was 6 years ago, and now we're TWENTY? T___T
from two innocent little girls , we evolved into two 'poisonous ivy' ladies. HAHA

thanks for your time dear. I miss our bedtime stories before we went to bed. I miss sharing hot gossips. I miss sharing our stories and experience after we finished school. 3 nights together, still not enough. T___T

oh, kata roomates, mesti la minat benda sama ;



SHOES!

well, how can we resist buying them,
peep toe + high heels wedges + purple stripes + black jeans material + SALE! = MUST BUY!!

HAHA. well, shoeaholic will always be shoeaholic. ;p



farah ani & ain datul

take care dear, do come again next time! love you! ;)



2) A BUSINESS RUNNING!

Although it's just a simple business, but handling them is not that easy. everyday i have to sit down and check my inbox, contact with the suppliers, surveying china's marketplace, replying customers inquiries, packing things and going to the post office. busy, but i enjoyed it so much! ;D



ready stocks for people who ordered to COD,
girls do inform me when we can meet up. ;)


poslajuposlajuposlaju



3) A HYPERACTIVE 5-YEAR OLD GIRL

now, nilam stayed at our house back. mama transferred her to a kindergarten nearby after two weeks having her 'own' school break.

some proofs of her hyperactiveness ;



playing on top of bmw =___="



hanging on the swing =___="



playing bicycle sambil membebel =___="



sepet. HAHA.

guess my holiday is not so bad after all. :)

ehh. nur kasih dah mula kat tv9. bye. abe remy here i come! HAHA.
awak, jangan nak perasan! ;p

wassalam~

20100525

to Japan, with love

Salam

Special for Lysa ,






















I MISS YOU SO MUCH DEAR! ♥

sorry and thanks for the phone call.
lots of stories, pelik tapi benar, dan menarik! :D
macam tu la hidup kat tempat orang, lain caranya, lain peraturannya :)
InsyaAllah, kalau ada rezeki, i'll come to your place one day. ^^

Take care darling ♥
Lotsa Love, Hugs and Kisses from Malaysia to Japan ~ ♥

Wassalam~

20100503

back to the past (sikit-sikit)

Salam

3 down,

2 more to go! ;)


dynamics and mathematics, on thursday and saturday.
and then it's going to be a very looooong holiday. after btn of course.

and holiday, of course lots of things i'm going to do.
priority given to my school friends, since dah lamaa tak jumpa. :(

faratiqa, fauzan, yusry, wawa, melissa, hazirah, let's have a day out with miss naz! :)
doyon, widad, ana, i miss our crazy outings with you girls. cepatlah cuti. :(
wan muhaini, hei budak comel jom keluar kita dah rindu sangat kat awak! :)
ain datul, jom datang tidur kat rumah macam dulu-dulu 6 tahun yang lalu. rindu,rindu,rindu! :)
nabihah and amirah, jom lah datang rumah jugak. rindu! korean marathon lagi jom?
annirah, ayu jannah , fiqa , nak jumpaaa. rinduu deskmates tersayang! :(
amirah azmi, cik adik cepatlah masuk uni, cik akakmu ini dah rindu tau. :(
lysa, aku rindu kat kau tapi kau dah pergi jauh kat jepun..tunggu aku datang situ tau! ;)
shaz & ilani, ada masa kita jumpa lagi! ;)
fatin anip, syazlin, quyah,sarah, rindu kat roomates lama! rindu zaman kita gila-gila dulu! ;)
rafi & amen, aku tak tau kenapa tapi rindu kot nak jumpa korang. :(

rindu zaman sekolah, nak back to the past boleh tak? :(



camping tak sah tak jumpa pantai :)


laut lagi!


and i'll update more during holiday nanti. :)

yang benar,


budak gelap tak cukup umur. HAHA.

wassalam~

20100416

bila aku cuba nak jadi ganas.

Salam

ampun maaf dipinta kerana blog ini telah dihack lagi sekali oleh kawan saya, syira yang busuk. hack lagi orang punya blog kan dah ada orang lain hack syi punya fb. HAHAHA XD

tukar cerita

kadang-kadang, saya terasa nak jadi ganas;



GRRRRRRRR. RAWRRRR!

tengok, aku ada bakat tak? HAHA.

buat muka garang pun tak boleh, nampak macam muka nak terbuang air besar ada la. piraahh.

orang cakap aku baik sangat, terlampau mendengar cakap orang, tak pernah kata tidak. atau senang kata asyik "YES GIRL". (nina syafina, 2010)

sedikit lurus juga. atau banyak mungkin.

silap haribulan aku boleh dipijak-pijak.

maka, aku mahu jadi lebih tegas. mahu lebih garang.
mahu lebih katakan tidak.

tapi itu benda paling susah.

mungkin ini memang personaliti aku. terlebih tenang, tak mudah marah, kalau marah pun mudah reda.

tapi tadi masa kat library sumpah panas gila kot aku tengok brader-brader MUSLIM tak pergi solat jumaat. buat sakit mata aku aje tengok. tak lalu nak study. macam ada sampah kat depan mata.

dah la tak pergi solat jumaat, dengan tak tau malunya duduk dalam kalangan kaum hawa yang naik menyampah tengok diorang. siap buat bising pulak tu.

uzur yer bang?

"tak layak nak jadi suami orang langsung." (ieda , 2010)

dengan penuh cili, aku pasang mp3 zikir taubat dari handphone cokia warna pink aku yang dah tercabut-cabut housing dia.

tersenyap kau. hambek.

tapi insaf sekejap aje. lepas tu dok bising perli-perli pulak. lantak kau ah. aku nak tolong korang kurangkan dosa aje. aku taknak korang masuk neraka. aku nak tolong korang dapatkan pahala. tapi korang yang tak paham-paham jadi kalau masuk neraka pandai-pandai la tanggung seksa sendiri.

kalau bagi alasan tak pergi solat jumaat sebab nak study, baik tak payah ah. nanti Tuhan tak akan masukkan ilmu yang kau belajar masa tu kat dalam kepala otak kau. lepas tu baru nak menyesal.

cukup. ganas yang macam ini aku boleh. ganas dalam diam.

tapi nak ganas jadi lebih tegas dan kurang lurus itu. errr. entah lah.

tapi aku cuba, mungkin. kalau boleh la. HAHA.



aku pun tak tau kenapa aku boleh dapat benda ni.
memang gila nerd ah dulu di mata guru-guru.


ahh. tapi itu semua dusta kot. pekerti mulia lah sangat.banyak kot kerja gila aku pernah buat kat maktab dulu.

cuma selamat tak kantoi dengan cikgu.bijak betul aku kan? KAHKAH. masuk troli tolak sendiri betul.

mati ah kalau cikgu aku baca post ni. tapi biar lah benda dah lepas kot. mintak ampun yer cikgu. HAHA.

dah. nak tidur. selamat malam.

wassalam~

20090627

enam.belas tahun

Salam

ditag oleh nuha,
namun tag ini lain daripada yang lain,
dan sangat menarik juga
tugasan untuk tag kali ini :


what would you write TO THE-16-YEARS-OLD-YOU
.


umur enambelas.
ok, mari kita mulakan surat cinta untuk cik farah ani sewaktu dia berumur 16 tahun :



sila abaikan gambar si tembam 16 tahun ni
Dear si gadis 16 tahun yang masa tu fikir diri sendiri kononnya dah matured,
(betul. i rasa masa tu i lagi mature daripada sekarang.makin besar jadi makin budak-budak betul.HAHA)

first of all, thanks for the great effort that you had put in for the pmr exams, alhamdulillah you managed to score 8As.congrats! :)
namun,
tatkala bahagia mendengar bekas rakan-rakan sekelas semuanya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran tingkatan 4 di mrsm pkp pilihan masing-masing (p.chepa,langkawi,taiping,tun ghafar baba), tetapi kamu tetap tidak berganjak. surat tawaran yang diterima tetap menunjukkan yang kamu akan tetap di mrsm mersing sehingga tingkatan 5.

memang agak sedih, mengenangkan dalam kelas kamu, 28 daripada 30 orang yang mendapat straight A termasuk kamu, kamu merupakan salah satu daripada dua orang pelajar cemerlang yang tidak mendapat tawaran ke mrsm pkp.

geram ada, sedih ada, namun apakan daya, rezeki tidak menyebelahi kamu waktu itu. mungkin ada hikmahnya kamu terus menetap di mersing.

pembelajaran diteruskan,
kimia. hancur.
matematik tambahan. hancur.
fizik. hancur.

matematik tambahan, hendak cecah 3B pun susah, apatah lagi mahu dapatkan 1A dalam spm?
benar, sewaktu tingkatan empat kamu memang cipta rekod dengan mendapat purata markah 60 bagi subjek tersebut sehingga hujung tahun. tapi alhamdulillah spm kamu berjaya juga mendapatkan 1A berkat usaha berganda :)

kimia, pernah gagal. ya. sangat blur. sangat kosong. sangat tak faham. tanya cikgu pun tak faham juga.memang tensi melampau semasa belajar kimia. tapi kamu gagahkan juga, usaha tanpa jemu.terima kasih ya.

fizik juga. berpusing-pusing kepala. hampir setiap hari waktu prep malam saya dan lysa pergi ke jabatan sains untuk mendapatkan penjelasan daripada guru-guru fizik. walaupun pening, tapi waktu itu kamu sudah mula jatuh cinta dengan fizik sehingga membawakan diri kamu ke tempat saya sekarang. :)

waktu itu jugalah, zaman kegilaan kuasa kamu.
semua jawatan kamu pegang.
memang bukan kehendak diri, orang lain yang menentukan, tapi kamu sanggup juga terima kesemua cabaran.

penolong ketua aras 2 asrama.
timbalan presiden renjer puteri
timbalan presiden kelab memanah
timbalan presiden persatuan usahawan muda
penolong editor majalah maktab
dan juga timbalan presiden badan wakil pelajar.

saya pun tak faham macam mana kamu boleh bahagikan masa kamu masa tu. dan sekarang ini saya kagum dengan situasi kamu pada masa itu.

dengan semua pertandingan dan kursus pun kamu masuk juga.
daripada memanah, jamboree renjer, konvensyen pum, dramafest minggu bahasa, kem kepimpinan, kem sains, program hari bumi, dan entah apa lagi.
keliling malaysia kamu jelajah. dari johor (utm skudai), terengganu(kota putra), melaka(tgb), kelantan(pc), kedah(kulim), negeri sembilan(serting), pulau pinang (usm), kuala lumpur (pusat sains negara).

free-free sahaja dapat keliling malaysia. seronok betul.
lepas ni siapa la lagi nak sponsor kamu keliling malaysia kan? tak ada peluang lagi la lepas tu.

memang kamu HYPERACTIVE waktu itu. tak kenal erti penat, tak kenal erti malas.

sesi akademik hingga sesi prep petang penuh dengan penambahan ilmu.
selepas asar turun ke padang untuk berlatih memanah sehingga hampir maghrib
selepas maghrib terus sambung belajar sehingga tamat waktu prep malam.
selepas prep malam, jika ada latihan/ulangkaji untuk pertandingan, ataupun mesyuarat badan-badan tertentu, akan diteruskan sehingga lewat malam.
sudah la semasa akademik ataupun waktu prep kamu memang tidak pernah tidur.
sehingga ada yang panggil kamu robot sebab tak pernah rehat dari waktu pagi sehingga tidur waktu malam.

sewaktu mahu menyiapkan majalah maktab, sanggup korbankan masa cuti sekolah dengan berada di maktab bagi menyiapkan majalah kebanggaan kita itu. malah sehingga tidak tidur malam selama 5 hari.

alangkah bila lagi saya dapat menjadi begitu rajin seperti kamu ya? T.T

oh, saya tetap bangga dengan kesungguhan kamu pada waktu itu, tahniah :)

apa-apa pun,terima kasih kepada kamu kerana berjaya memberikan pengalaman hidup pada waktu itu.dan syukur ke hadrat Ilahi kerana membenarkan diri ini bernafas pada waktu kamu itu :D

tata, i'm gonna miss you so much!

xoxo,
farah


dan ini pula sedikit sedutan gambar-gambar si gadis sewaktu berumur 16 tahun :


rakan-rakan straight A pmr :)


geng.dua pergi pkp, dua stay mersing.gaah.


sut cokelat. kemeja jalur-jalur.


lihatlah si gemuk memanah. ewaahh.
lokasi : sm teknik jaybee


team memanah maktab 2006 :)
(lihatlah kulitku. putihkan?? kahkah (bertudung hitam yang tengah termenung ke bawah tu))


paintball! i love this walaupun menyakitkan.haha
lokasi : mrsm batu pahat


jambori renjer. BEST TAHAP IMPAK MAKSIMA! ^_^
lokasi : mrsm kota putra


di mrsm batu pahat bersama kawan-kawan daripada mrsm berlainan :)


ok.ape pasal dua budak ni nampak comel sangat dalam gambar ni hahhh??
ni yang rasa mahu beli balik handphone daun nokia 7610 yang lama tu buat tangkap gambar. haisshhh T.T
(bersama sayangku annirah. lokasi : taman botani berdekatan batu feringghi, penang)




last but not least,




introducing me and my roomate tahun 2006 yang vogue habis. kahkah
i love you gals, xoxo!

next, saya mahu tag semua kawan-kawan fet serta ex mrsm. boleh? :D
jawab jangan tak jawab ya!

sekian,
yang rindukan zaman dahulu kala
wassalam~

(nota : kepada pemilik atau sesiapa yang mempunyai jusco card ataupun j-card, silalah serang jusco yang berdekatan kerana promosi potongan harga 15% bagi pemegang j-card bagi barang-barang tertentu sedang dilaksanakan sehingga 5 julai. penulis sedang berada dalam keadaan bahagia tahap infiniti kerana dapat berbelanja sebanyak RM50 sahaja untuk sehelai jeans, sehelai t-shirt mixed kemeja, serta satu long cardigan.ternyata penjimatan terhebat! namun paling membahagiakan diri apabila long cardigan yang selama ini dicari telah berjaya dimiliki dengan harga rm8.50 sahaja setelah diskaun 15% (harga asal rm10). i love you jusco! muahx!)

20090613

komitmen menjadi penghalang

Salam.

ahh.semua kawan-kawan sekolah dah mula menghubungi sesama sendiri secara agresif kerana esok akan bermulalah sesi berkampung di mrsm mersing tercinta selama 4 hari. hari ini sahaja sudah menghubungi 5 orang rakan-rakan maktab tersayang. kononnya excited nak jumpa esok.

dan saya pula?

sigh~

kalian ni buat saya cemburu sungguh tahu tak?hari isnin baru dapat saya datang.haishh..
tapi biasa lah.orang vvip memang selalu datang lambat sikit.haha.

maaf kerana saya lambat kawan-kawan, atas sebab komitmen lain, saya tidak dapat melepaskan rindu kita bersama ini esok dan lusa. jangan risau, hari isnin kita jumpa ya? :D


i really,really miss all of you :)

wassalam~

20090516

bila besar mahu jadi apa?

Salam.

memandangkan hari ini hari sabtu,
ayuh kita lepak berbicara secara santai.wuu.

"Bila besar Farah nak jadi apa ya?" - soalan normalisasi masa kecil-kecil dahulu.

orang dewasa suka tanya soalan ini kan? kenapa ya?
nak-nak masa sekolah rendah. setiap kali perkenalkan diri masa awal tahun selalunya mesti kena jawab soalan ni.
dan setiap tahun, pastinya jawapan saya berbeza
(haha.dah kata dah, saya seorang yang mudah berubah fikiran. =__=" )

14 tahun yang lalu....

Teacher : Farah, what do you want to be when you grow up?

Si budak comel : I want to be a fashion designer teacher!

ecewaahhh.kecik-kecik dah minat pasal fesyen.ada style la you ni.haha
i siap ada sketch book design pakaian sendiri tau.
malang sekali, buku itu sudah hilang entah ke mana sekarang.sedih.wuu T.T



13 tahun yang lalu....

Cikgu : Farah, apa cita-cita awak?

Si budak comel : Saya nak jadi doktor cikgu!

uishh.tuka fikiran lah pulak.disebabkan jiran sebelah seorang doktor, maka sebab itu sengaja nak tiru jadi macam beliau. hwahwahwa.
namun begitu, cita-cita terpaksa dibatalkan kerana saya takut dengan darah.hingga sekarang.wuuu (kalau darah sendiri tak apa, tapi kalau darah orang.... *pengsan~* >.< ) 12 tahun yang lalu...
Cikgu : Haa. Farah bila dah besar nak kerja apa?

Si budak comel : Haa..Saya nak jadi cikgu!


wuih.bagus betul.semangat mahu jadi cikgu.iya lah.masa darjah satu tengok cikgu-cikgu ni kerja macam best aje.tu yang nak jadi :D



11 tahun yang lalu...

Cikgu yang cun : Farah, what's your ambition?

Si budak comel : I want to be a lecturer teacher!


waa.ni dah pandai demand dah.selepas tahu gaji pensyarah lagi tinggi daripada guru. mata duitan betul sungguh la perempuan ni. =_____="

dan cita-cita ini bertahan sehingga penulis melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah....



sewaktu tingkatan 2 :

Teacher : What's your ambition dear?

Si gadis : I want to be a BIOTECHNOLOGIST teacher!

ewah.ewah.makin maju! masa tu kan orang dok sibuk cakap pasal teknologi biologi.
namun minat tidak kekal lama juga....


sewaktu tingkatan 4 :
pendaftaran jurusan

Cikgu : Ha. awak mesti nak masuk kelas biologi kan?

Si gadis : Eh, taknak lah cikgu. Tak minat. Saya nak ambil akaun lah.

Cikgu : Ish2. Result PMR dah ok, awak nak ambil akaun pulak? Ni mesti ikut kawan ni

Si gadis : Wuu.Mana ada cikgu. T.T (kalau ikutkan hati sebenarnya nak ambil rekacipta, sebab ingat nak jadi designer pulak.acehhh..tapi tak apa lah)

Cikgu : Ye la tu....



sewaktu tingkatan 5 :

si gadis : cikgu, betul, lepas ni saya nak ambil spc fast track uitm akaun lah.

Cikgu : ha.bagus la begitu.insyaAllah boleh dapat.

tiba-tiba kaunselor buat pengumuman.....

kak yus kaunselor cun : Sekarang ni dah ada program spc luar negara yang baru..course engineering...jadi bolehlah mohon yang itu yer.


masa isi borang spc selepas trial spm....
penulis dalam dilema.
nak sambung akaun ke..nak ambil engineering????

namun bila teringat kata-kata seorang cikgu macho :

cikgu macho : Farah, lepas ni awak nak sambung apa?

si gadis : Saya ingat saya nak sambung akaun la cikgu..ataupun yang berkaitan bisnes

cikgu macho : Laa.result awak dah ok, awak nak ambil course tu aje?? Tak berbaloi la macam tu..awak dah la belajar mrsm 5 tahun..lagipun course tu bila-bila masa boleh ambil lepas awak grad nanti..lebih baik awak ambil course yang mencabar sikit..engineering ke...medic ke...

si gadis : umm..tengoklah rezeki macam mana cikgu.sebab dah minat kan..

cikgu macho : tak apa, awak fikirlah balik yer..

akhirnya penulis meninggalkan minat yang mendalam terhadap akaun...
dan memohon program kejuruteraan..
semata-mata mahu menyahut cabaran cikgu tersayang.
satu pengorbanan besar! (ehh.besar sangat ke? kecik aje la)

tapi lepas tu penulis menggatal sangat isi borang UTP, nak ambil course pengurusan perniagaan.(degil betul! tapi dah minat punya pasal.cewaahh)


alhamdulillah, Allah berikan rezeki, dapat dua-dua permohonan. kejuruteraan MARA dan pengurusan perniagaan UTP

dalam dilema lagi..nak ikut minat ke..nak ikut minat ke..nak ikut peluang????

ramai orang cakap ambil utp.bagus kata mereka.sebab lepas grad boleh kerja dengan petronas terus.
keluarga cadangkan ambil mara, tak terikat dengan kerja. kalau loan pun boleh bayar ikut kita.

solat istikharah.

ambil keputusan drastik.ambil engineering.
kerjaya yang TAK PERNAH diimipikan langsung!
tapi saya tak pernah rasa menyesal.

tapi nampaknya semasa belajar foundation, makin minat pula. sekarang sudah nampak, memang ini minat saya.tambah-tambah lagi suasana FET - lecturer serta kawan-kawan yang hebat dan superb. mereka melengkapkan hidup saya (ecewahhh.ayat tak boleh blah la.haha.tapi betul.SAYA SAYANG FET)

Tapi, minat terhadap akaun masih mendalam.
Saja masa tu cakap dengan cikgu macam ni:

Si gadis : cikgu, saya rindu la nak belajar akaun.

Cikgu : itu laa...siapa suruh ambik engineering..kan dah rindu.hehe


Haha.Jawapan cikgu memang sedap sekali.
Dan sekarang, sebab betul-betul mahu menerima cabaran cikgu macho, saya telah memilih mechanical engineering sebagai pilihan utama. Cikgu macho terkejut u tahu tak.hehe.tapi dia kata sesuai la dengan jiwa saya yang lasak ni. (apesal orang ramai tak percaya yang saya ni lasak??iskk T.T ..don't judge a book by its cover laa..)

Kalau lepas ni orang tanya saya nak jadi apa bila besar.
Saya cuma jawab nak jadi isteri yang baik sahaja.hahahaha (gedik betul.dush!)

sebenarnya entri ini sebagai tribute sempena 16 Mei.
terima kasih cikgu kerana membimbing saya menjadi orang yang berguna sehingga hari ini!

SELAMAT HARI GURU
kepada guru-guru di Tadika Fatimah(terlupa pula,tengok blog shikin shariff iaitu ex tadika-mate,bru teringat.wuuu), SKLK, MRSM Mersing, FET UniKL KMKN serta lecturer-lecturer MIAT!

I ♥ ALL OF YOU.
xoxo~

sekian,
wassalam~

(note : o.yeh.alhamdulillah..junior maktab ada seorang mengikut jejak langkah saya mewakili johor dalam mssm memanah. congratz Ayie kachak!(kachak ke?saje sebut sebab tadi die sms sy panggil kak chomeyh.wahahaha) kalau nak akak ikut teman pergi labuan, carikanlah sponsor.wahaha)

20090301

sunway dan mereka.

Salam.

semalam ke sunway.
bertemu dengan rakan-rakan maktab.
pergi ke sana bersama penumpangku dari setiawangsa yang telah menghabiskan mentos sourz (yg masam2 tuh) sepanjang perjalanan pergi dan balik.

jumpa di kfc, makan-makan.
kemudian pecah kepada beberapa group.
ada yang pergi shoe hunting
ada yang mahu tonton cerita geng.
ada yang mahu main ice-skating tetapi terpaksa dibatalkan kerana kewangan yang tidak mengizinkan (ujung bulan.elaun mane dpt lagi maa)

maka kami bermain bowling sahaja.
:)

lepas main, makan kek bday siddiq yang idak habis.
makan-makan.petang.pulang ke rumah
terima kasih ya kawan-kawan yg dtg! :)
moga dpt jumpa lagi d masa akn datang :D


selepas main bowling


kat tepi ice skating rink


yana, jiran selang sebilik doluu-doluu


igtkan ngan dak2 fet je wat cmni.hoho


sebahagian jejaka macho yg hadir


classmates lama. ismail bersama penumpangku, fauzan


dengan andik yang cute lagi pintar (top student wuu) serta ydp n9 elya.ngehehe



sebahagian rombongan

teringin jumpa rakan-rakan sekolah rendah pula.
jom kte kuar rmai2 zaty?? huhuuu

sekian,
wassalam

20090215

tersenarai

Salam.

tatkala melihat senarai pelawat melalui feedjit traffic feed
tiba-tiba terlihat,

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan arrived from mrsmmersing.blogspot.com on "I am?: kisah masyarakat kita"

musykil.
daripada blog mrsm mersing? adakah link blog saya terdapat di page tersebut?
memang sudah lama tidak melawat blog tersebut yang dikendalikan oleh cikgu rahman.
maka.click lah ke link blog mrsm mersing itu.
benar, blog saya ini tersenarai.
lihatlah :


I am : kisah masyarakat kita

oh.oh.oh
menarik.*aduh.aduh*
maka saya perlu menjaga tatasusila dan adab secara maksimum dalam menulis blog saya ini.
ya, saya farah ani, produk mrsm mersing setelah 5 tahun dieksperimentasi di maktab itu, akan menulis blog mengikut tatasusila yang beretika selari dengan rukun negara ke-5.
hehe.

jangan risau, maksud saya bukanlah saya ingin menulis se-skema yang mungkin
cuma isu-isu sensitif tidak akan dibangkitkan,mungkin. ;P

*wink2*~

ok.ini bukan diri saya yang sebenar.*dush3!!~*
huu..
maka, sila batalkan segala ayat yang saya taip di atas ya.
saya akan terus menulis seperti biasa..
walaupun guru-guru dan pengetua sendiri yang membacanya, tidak apa lah
janji saya tulis apa yang saya mahu kan?
;D

ya, lagipun blog ini terbuka kepada sesiapa yang mahu membacanya
:)

sekian,
yang tidak jadi berpura-pura baik,

wassalam

(note : rindukan maktab,guru-guru serta kawan-kawan seperjuangan dahulu :( .. )


20090209

attention : to 06/07 mrsm mersing mates :)

Salam..

khas ditujukan kepada rakan-rakan ex-mrsm mersing 06/07
ada cadangan..next reunion pada 28 Februari ini.
maka, diharap kawan-kawan dapat mengreservekan hari itu untuk kita keluar bersama-sama ya?
masa dan tempat masih belum ditentukan, yang pasti di sekitar kuala lumpur (memandangkan sekarang ramai belajar kt kl nih)
kita tunggu rancangan ydp n.9 : elya dayana.ngehehe
so keep up to date, selalu lah rujuk di group batch kita di friendster yah! ;)
and do,spread the word people :D

hatsu! ♥

sekian,
wassalam

20090205

repost : kehidupan


Salam
setelah membaca blog fauzan ,
terasa begitu terharu.
iye la.fauzan, selaku seorang classmate,boss edboard, dan juga seorang pengacau juga,(haha.kelakar la zaman sekolah dulu), dan seorang kawan yg best. :)

(fauzan, dulu kau suka sakat n kacau aku, suka jugak buli aku nak2 time buat kerja redaksi, kau kurung n kunci grill bilik redaksi lepas tu gelakkan aku terkurung kat dalam,siap tgkp gambar macam aku ni banduan kena kurung,*cis2*..lagi kau suruh aku ajr satu bab chemistry sebab kau tak pergi extra class yg cikgu buat,n lepas tu kau tanya soalan banyak2 sampai aku pun tak tahu nak jwb apa..amek hp aku pastu bantai tgk movie dlm hp tu sampai abis bateri..time kita berjaga setiap malam sampai ke subuh time minggu2 spm sebab nak siapkan magazine..(iyer.waktu minggu spm,smpai saya kena skip kelas akaun.adus) tapi kau pun banyak tolong aku..especially dlm bab menangkap gambar,editing, n u r very creative! kau dapat sambung belajar dengan benda yang kau minat...that's good..aku?x dapat sambung belajar dalam bnd2 tu pun..atleast semua benda2 tu still jadi hobi aku :) ..ada masa ajar la aku lagi yeh?haha :P )

zaman sekolah dahulu.sejak tu, tak jumpa2 lagi fauzan.
ada masa kita hangout ngan dak mersing ramai2 nak? :)

maka,
ingin saya repost semula kepada beliau, dan juga rakan rakan yang lain :)
kepada rakan-rakan blogger ex-mrsm mates :
mel
faratiqa
rafi
yusri
shikin
jept

dan juga kepada bloggers fet mates :
syeeda
rye
tira
safwan

dan juga semua kawan2 yang bukan bloggers, tetapi baca juga blog saya ini..
khas untuk kalian :

kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang.......
kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang
sakit.....
kata atuk,
KAWAN tu seperti air
terus mengalir.....
kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tp nun jauh
di
sana....
kate sedare,
kawan tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!
kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata........
kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam
durian
bau je busuk tp sedap dimakan....
kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde.......
kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT
LEBAH, UMPAMA BUNGA
ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTI
LEMBU, TAK UBAH MACAM
DURIAN
&
MACAM
BISKUT!!!
dia tetap kawan...
tau tak sebab ape???
sekali saya dah kawan ngan dia
selamanye dia ttp kawan saya...
itu cara saya berkawan..!!


If I dont get this back I understand... I have a game for you. Once you read this letter, you must send it to 14 people that you really care about, including the person that sent it to you.
if you recieve at least 7 back then you are AMAZING


walaupun kita mempunyai kekasih, tapi
teman tetap paling setia.

walaupun kita punyai harta yg banyak,
teman tetap paling berharga.

kirim balik jika kamu anggap aku teman selamanya, kirim ke semua teman mu.

lihat berapa banyak teman yg sayang kamu....


(note : rindu semua kawan2 yg sudah lama tidak ketemu :( )

sekian,
wassalam

20090111

PERANG!!

Salam.

semalam. pergi juga ke pwtc.
tidak perlu lah cerita dengan lebih lanjut.byk sangat.
hoho.

hari ini.
keluar bersama lysa, classmate sewaktu di mrsm dahulu.
seronok.banyak cerita ;D

petang,
terima mms daripada ex-maktabmate pula
*aneh.tak pernah2 budak neh anta mms*
berbunyi begini :

From : Ameen
Subject : PERANG!!!

Jom kte memerangi ISRAEL!!!!!!




dia nih sekarang belajar di upnm(universiti pertahanan nasional malaysia)
sebab tu la ada uniform sendiri.
alhamdulillah, ramai juga yg sedar akan kekejaman rejim zionis israel.

teruskan berdoa ya rakan2! insyaallah...moga kekejaman israel akan berakhir - amin

sekian,
wassalam~

20081028

good luck kawan2!

hari ni.
bangun pagi.
aduhh.sakit bertambah-tambah sakit.
baru puasa 2 jam diorang dah suruh buka puasa.
kena la.baru boleh makan painkiller.
sakit belakang maa..
sebab travel semalam kot.tu yang sakit2 badan.

awal2 pagi lagi.
dapat sms from doyon.
"Arini aq exam..huhu..takut..wish me luck..Doakan aq yer?"

so reply..
"k.lek2.leh wat punye! chaiyok2!! Insyaallah leh wat nyer! amin.. ^_~"

ahh.doyon.
ex roomate waktu di mersing dahulu.
rindu aku sama kau.
tahun ni tak datang bermalam lagi di rumah aku.
tidak berkesempatan..
bila kita mau marathon tgk dvd korea lagi?
'amoi' pun sudah hampir hujung2 nyawa.nak charge pun kadang2 tak betul juga
kau ambil lah hyun-bin kesayanganmu itu.
abiey pula dengan hanny danny (betul ke ejaan ni?) yang kachak itu.
mira juga excited melihat korang berdua excited.
aku pula.blur.tiada ekspresi sewaktu menonton padahal dalam hati menjerit2.kot.
haha!

artwork kau masa kita sama2 glass painting kat rumah aku pun ada lagi.
dolphin aku outline n kau yang colourkan.hehe.yang itu kau bawak balik rumah.
yang paling tak tahan sepanjang minggu spm lah taun lepas.
setiap kali habis exam,dalam bilik.
mesti pasang lagu keronoko tango n maria.
haha.
kelakar2.
aduh.miss kenangan waktu sekolah dulu.
hazirah n sarah juga.
hihi~