ditag oleh nuha,
namun tag ini lain daripada yang lain,
dan sangat menarik juga tugasan untuk tag kali ini :
what would you write TO THE-16-YEARS-OLD-YOU.
umur enambelas. ok, mari kita mulakan surat cinta untuk cik farah ani sewaktu dia berumur 16 tahun :
Dear si gadis 16 tahun yang masa tu fikir diri sendiri kononnya dah matured,
(betul. i rasa masa tu i lagi mature daripada sekarang.makin besar jadi makin budak-budak betul.HAHA)
first of all, thanks for the great effort that you had put in for the pmr exams, alhamdulillah you managed to score 8As.congrats! :)
namun,
tatkala bahagia mendengar bekas rakan-rakan sekelas semuanya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran tingkatan 4 di mrsm pkp pilihan masing-masing (p.chepa,langkawi,taiping,tun ghafar baba), tetapi kamu tetap tidak berganjak. surat tawaran yang diterima tetap menunjukkan yang kamu akan tetap di mrsm mersing sehingga tingkatan 5.
memang agak sedih, mengenangkan dalam kelas kamu, 28 daripada 30 orang yang mendapat straight A termasuk kamu, kamu merupakan salah satu daripada dua orang pelajar cemerlang yang tidak mendapat tawaran ke mrsm pkp.
geram ada, sedih ada, namun apakan daya, rezeki tidak menyebelahi kamu waktu itu. mungkin ada hikmahnya kamu terus menetap di mersing.
pembelajaran diteruskan,
kimia. hancur.
matematik tambahan. hancur.
fizik. hancur.
matematik tambahan, hendak cecah 3B pun susah, apatah lagi mahu dapatkan 1A dalam spm?
benar, sewaktu tingkatan empat kamu memang cipta rekod dengan mendapat purata markah 60 bagi subjek tersebut sehingga hujung tahun. tapi alhamdulillah spm kamu berjaya juga mendapatkan 1A berkat usaha berganda :)
kimia, pernah gagal. ya. sangat blur. sangat kosong. sangat tak faham. tanya cikgu pun tak faham juga.memang tensi melampau semasa belajar kimia. tapi kamu gagahkan juga, usaha tanpa jemu.terima kasih ya.
fizik juga. berpusing-pusing kepala. hampir setiap hari waktu prep malam saya dan lysa pergi ke jabatan sains untuk mendapatkan penjelasan daripada guru-guru fizik. walaupun pening, tapi waktu itu kamu sudah mula jatuh cinta dengan fizik sehingga membawakan diri kamu ke tempat saya sekarang. :)
waktu itu jugalah, zaman kegilaan kuasa kamu.
semua jawatan kamu pegang.
memang bukan kehendak diri, orang lain yang menentukan, tapi kamu sanggup juga terima kesemua cabaran.
penolong ketua aras 2 asrama.
timbalan presiden renjer puteri
timbalan presiden kelab memanah
timbalan presiden persatuan usahawan muda
penolong editor majalah maktab
dan juga timbalan presiden badan wakil pelajar.
saya pun tak faham macam mana kamu boleh bahagikan masa kamu masa tu. dan sekarang ini saya kagum dengan situasi kamu pada masa itu.
dengan semua pertandingan dan kursus pun kamu masuk juga.
daripada memanah, jamboree renjer, konvensyen pum, dramafest minggu bahasa, kem kepimpinan, kem sains, program hari bumi, dan entah apa lagi.
keliling malaysia kamu jelajah. dari johor (utm skudai), terengganu(kota putra), melaka(tgb), kelantan(pc), kedah(kulim), negeri sembilan(serting), pulau pinang (usm), kuala lumpur (pusat sains negara).
free-free sahaja dapat keliling malaysia. seronok betul.
lepas ni siapa la lagi nak sponsor kamu keliling malaysia kan? tak ada peluang lagi la lepas tu.
memang kamu HYPERACTIVE waktu itu. tak kenal erti penat, tak kenal erti malas.
sesi akademik hingga sesi prep petang penuh dengan penambahan ilmu.
selepas asar turun ke padang untuk berlatih memanah sehingga hampir maghrib
selepas maghrib terus sambung belajar sehingga tamat waktu prep malam.
selepas prep malam, jika ada latihan/ulangkaji untuk pertandingan, ataupun mesyuarat badan-badan tertentu, akan diteruskan sehingga lewat malam.
sudah la semasa akademik ataupun waktu prep kamu memang tidak pernah tidur.
sehingga ada yang panggil kamu robot sebab tak pernah rehat dari waktu pagi sehingga tidur waktu malam.
sewaktu mahu menyiapkan majalah maktab, sanggup korbankan masa cuti sekolah dengan berada di maktab bagi menyiapkan majalah kebanggaan kita itu. malah sehingga tidak tidur malam selama 5 hari.
alangkah bila lagi saya dapat menjadi begitu rajin seperti kamu ya? T.T
oh, saya tetap bangga dengan kesungguhan kamu pada waktu itu, tahniah :)
apa-apa pun,terima kasih kepada kamu kerana berjaya memberikan pengalaman hidup pada waktu itu.dan syukur ke hadrat Ilahi kerana membenarkan diri ini bernafas pada waktu kamu itu :D
tata, i'm gonna miss you so much!
xoxo,
farah
dan ini pula sedikit sedutan gambar-gambar si gadis sewaktu berumur 16 tahun :

rakan-rakan straight A pmr :)

geng.dua pergi pkp, dua stay mersing.gaah.

sut cokelat. kemeja jalur-jalur.

lihatlah si gemuk memanah. ewaahh.
lokasi : sm teknik jaybee

team memanah maktab 2006 :)
(lihatlah kulitku. putihkan?? kahkah (bertudung hitam yang tengah termenung ke bawah tu))

paintball! i love this walaupun menyakitkan.haha
lokasi : mrsm batu pahat

jambori renjer. BEST TAHAP IMPAK MAKSIMA! ^_^
lokasi : mrsm kota putra

di mrsm batu pahat bersama kawan-kawan daripada mrsm berlainan :)

ok.ape pasal dua budak ni nampak comel sangat dalam gambar ni hahhh??
ni yang rasa mahu beli balik handphone daun nokia 7610 yang lama tu buat tangkap gambar. haisshhh T.T
(bersama sayangku annirah. lokasi : taman botani berdekatan batu feringghi, penang)
last but not least,
introducing me and my roomate tahun 2006 yang vogue habis. kahkah
i love you gals, xoxo!
next, saya mahu tag semua kawan-kawan fet serta ex mrsm. boleh? :D
jawab jangan tak jawab ya!
sekian,
yang rindukan zaman dahulu kala
wassalam~
(nota : kepada pemilik atau sesiapa yang mempunyai jusco card ataupun j-card, silalah serang jusco yang berdekatan kerana promosi potongan harga 15% bagi pemegang j-card bagi barang-barang tertentu sedang dilaksanakan sehingga 5 julai. penulis sedang berada dalam keadaan bahagia tahap infiniti kerana dapat berbelanja sebanyak RM50 sahaja untuk sehelai jeans, sehelai t-shirt mixed kemeja, serta satu long cardigan.ternyata penjimatan terhebat! namun paling membahagiakan diri apabila long cardigan yang selama ini dicari telah berjaya dimiliki dengan harga rm8.50 sahaja setelah diskaun 15% (harga asal rm10). i love you jusco! muahx!)

No comments:
Post a Comment