In the name of Allah,most gracious,most merciful

20090420

gadis sombong

Salam.

seperti biasa.
menjadi pemandu kepada mama
ke pejabat di setiawangsa
kali ini bukan dengan si prapika 4040
tetapi dengan si dua pintu silver 9933

mama sudah turun dahulu
tinggallah saya sendiri memandu keseorangan mencari parking

tatkala mahu parking depan gerai makan.
tiba-tiba
pakcik-pakcik dan abang-abang yang sedang duduk mengeteh di situ
mata mereka semua tertumpu kepada saya yang sedang membetulkan parking.
sambil berbisik-bisik sesama mereka.
mengapakah??

abaikan.

maka
sengaja terasa ingin cuba membuat eksperimen.
mimik muka sombong dilontarkan.
berlagak seperti gadis muda yang kaya berkereta mewah berlagak sombong.
pandangan mata tajam setajam pedang samurai
memandang kembali sekumpulan kaum adam itu.

menarik.
keputusan eksperimen memberangsangkan

mereka terus memalingkan muka.
tak sanggup melihat muka saya yang bengis memandang mereka kot.
haha.

seronok juga berlakon menjadi seorang yang sombong.

jangan risau, keluar kereta, saya senyum juga kepada sekumpulan kaum adam itu :)
mana lah tahu ada pakcik berkenan nak ambil jadi menantu.
dan ada abang-abang yang terpikat nak ambil jadi isteri.
hahaha
*gaah.perasan!*

jangan salah faham, watak sombong itu hanya lakonan semata-mata.
saya bukanlah seperti yang anda sangkakan.

wassalam~

(note : penulis aktif berlakon sewaktu zaman sekolah dahulu. pernah berlakon menjadi seorang guru jawa (neng) yang vogue (pakai kebaya pendek kain duyung warna ungu lagi tu~) tetapi bengis. maka tidak sukar untuk melakonkannya sekali lagi seperti peristiwa di atas.haha)

2 comments:

Nuha Muneerah Abd Hakim said...

hahaha!!
gila class ouh fawani ;D
nak try ahhh, haha.

mustno said...

ahahah..
mane x org pandang2 dan bercakap2 kalau tengok gadis baru cukup umur bawak silver 9933 tu..
masing2 nak try adjust kot..
hihihi.. ;P