seperti yang telah dinyatakan sebelum ini,
penulis telah mengambil peluang untuk menjadi gadis flyer.
tetapi nampaknya kali ini bukanlah untuk streamyx.
kami diberikan tugasan untuk menyebarkan flyer iklan sebuah restoran cina-muslim (halal) yang baru dibuka di kawasan kota damansara.
Di dalam flyer itu juga disertakan sekali voucher promosi.
Lokasi misi kami : Masjid Kota Damansara Seksyen 5
Masa : 12.30 tengahari hingga 2.30petang
ya, di masjid, sewaktu kaum adam berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, iaitu solat jumaat
maka.penulis,yang merupakan gadis solo yang ada di kawasan itu, dikehendaki membuat muka tembok dalam kalangan kaum lelaki yang beratus-ratus bilangannya.
kisah 1 :
Si gadis sedang sibuk menyebarkan kepingan-kepingan flyer kepada orang ramai..
Bagi golongan-golongan senior (pakcik-pakcik, atuk-atuk) tentulah si gadis yang perlu berjalan kepadanya untuk memberi flyer tersebut.
Tetapi bagi sesetengah golongan muda (abang-abang, adik sekolah menengah)
Mereka pula yang datang kepada gadis sambil tersenyum-senyum
Mungkin mahu membalas senyuman si gadis kot (iye lah.dah kena promote.mesti la kena senyum sepanjang masa)
Sampai-sampai.Mereka pula yang beria-ia mahu tanya tentang apa.
Di akhir perbincangan :
Abang bajet hensem lah konon : Eh, takde pun nombor adik kat flyer ni. Adik kerja kat situ ke?
Si gadis yang dah naik menyampah tapi tetap tersenyum juga : Eh, takpe, abang datang lah kedai tu, saya kerja kat situ. Kalau nak call saya, abang call aje number kedai tu. Nanti saya angkat yer~
Abang bajet hensem lah konon : Oh, yeke. Bagus. Nanti abang call..tunggu abang datang yer kat situ.Tunggu tau!
*SENGAL!* =____="
(maaf.tipu sunat demi perlindungan diri.wuuuu~)
kesimpulan kisah 1 : oi.aku datang sini nak promote restoran la.bukan nak promote diri =__="
Kisah 2 :
Si gadis sedang berdiri di celah-celah kereta yang diparking.
Tiba-tiba dipanggil oleh seseorang dari dalam kereta.
Kereta mewah. Cermin kereta tinted digelapkan. Siap ada driver tuh.Bos agaknya. Muda lagi tu.
Abang control macho : Dik, adik promote apa tu?
Si gadis contol manis : Iyer bang, restoran kami ada buat promosi sekarang ni bang. Rugi kalau tak datang! (sambil menghulurkan flyer)
Abang control macho : Oh, kat mana? Best tak?
Si gadis contol manis : Dekat je bang. Dekat belakang cimb situ tu. Best tau!
Abang control macho : Oh, boleh la abang cuba. (sambil tengok flyer)...Eh, nombor awak takde pun?
Si gadis control manis : Iye la..dah bukannya saya tokei kedai tu bang..nombor kedai tu ada tu kat belakang tu.
Abang control macho : Laa..patutnya awak letak la nombor awak, nak-nak untuk flyer yang awak bagi abang ni. Baru tiap hari abang datang restoran tu! *sambil kenyit mata*
Si gadis control manis dah mula bengang : Eh, takpe bang, abang call je nombor tu, confirmkan nak datang, nanti saya jadi special waitress abang. Datang tau! *gadis kenyit mata balik* (padahal dalam hati nak termuntah dah ni.hahaha)
Abang control macho : Ok, nanti abang confirmkan yer kalau nak datang. Terima kasih yer dik!
(tingkap kereta dinaikkan, tapi orangnya masih tak keluar-keluar juga dari kereta sampai la habis solat jumaat)
*SENGAL!* =___="
(maaf.tipu lagi.wuuu)
kesimpulan kisah 2 : Harta mewah, Pangkat tinggi, Rupa bergaya, Tapi tak solat????Siap mengusha anak dara orang pulak tu! Ish2..uzur ke bang???
Kisah 3 :
Tatkala si gadis sedang berdiri di bawah mentari cahaya yang panas.
Dari jauh, nampak seseorang yang pernah dilihatnya,
Pakai kaca mata hitam, kulit putih, dan kacak bergaya.
OMG.OMG.OMG!
YASIN!!!!
Bukan yasin senario.yasin yang nyanyi lagu kerana dia tu.yang hensem tu!
adrenaline rush! wuuuhhhh!
maka si gadis mahu test, sama ada beliau menerima flyer itu atau tidak.
Si gadis : Abang, ni ada promosi.
Yasin yang hensem habis sampai buat si gadis cair : Ah, terima kasih yer (sambil tersenyum)
Ya Allah, dalam hati si gadis Tuhan sahaja yang tahu..dah menjerit-jerit tu! TERUJA.GEMBIRA.
*cair.cair.cair.cair.cair.cair.cair.cair.cair.cair*
Tapi tak berani nak minta tangkap gambar,sebab masa tu pun dia dah terlewat untuk solat jumaat. Tak apalah. minggu depan ada lagi. harap-harap beliau datanglah.wee~ :D
* ok, ini tidak sengal.wahahaha* >.<
kisah 4 :
Tatkala si gadis sedang melaksanakan tugasnya. Ramailah kanak-kanak yang serang si gadis. Berebut nak ambil flyer
Adik-adik comel : Akak...nak satu kak!! (sambil buat muka comel.ohh)
Si gadis kakak yang baik : Nah, ambil sorang satu, lepas tu, ajak mak ayah pergi restoran tu tau! Jangan lupa pesan kakak tau!
Adik-adik comel : Ok kak! Terima Kasih!
Kesimpulan kisah 4 : Harap-harap si comel semua tu bagi la flyer kat ibu-bapa. Jangan dibuat main kapalterbang kertas sudah =__="
Dan sebenarnya banyak lagi kisah, kisah pak imam dan ustaz, kisah ex-schoolmate dan sebagainya.Tetapi mungkin tidak perlu diceritakan lah.
Itulah serba sedikit kisah yang ada bagi part 1. Kenapa? sebab akan ada part 2 minggu hadapan, bagi menghabiskan baki waktu lagi 2 jam (sepatutnya 4 jam dalam kontrak)
Seronok juga kerja ini. Tak sabar pula mahu sambung minggu hadapan.Wee~ :D
Oh ya, tujuan utama saya bekerja adalah untuk mencari pengalaman(selain nak dapat duit lah kan). Lihat, dalam masa dua jam sahaja dah dapat lihat banyak ragam manusia.
sekian,
wassalam~
4 comments:
wahahahahaha...
ala.. lain kali..
ngaku je la tu no fawani...
senang.. x yah org tu nk tanya byk2 kali.. =D
haha.itu la.pasni wat gitu la.ckp ni anak tokei kedai.hahaha
cam mnarek je keje2 tue..
sume leh tipu sunat ek??
hahaha..
en edward xcall pn,
da smangat da nk join nh~
btw,klu ader lgi lisa nk join!
dy kt kl utk tempoh yg agk lme..
tw2 fawani:)
wahh fawani,mncabar eh keje.
klau byk songeh sgt,dush3 saja mreka.haha
oww nnty jmpe abg yasin lagi,ckp iloveu!haha
Post a Comment