In the name of Allah,most gracious,most merciful

20090621

cabaran rm20

Salam.

cabaran rm 20? apakah itu?
sengaja, cabaran yang dikenakan kepada diri sendiri secara tidak sengaja bagi melawan nafsu shopping.merupakan satu cabaran yang besar bagi shopaholic seperti saya.HAHA

destinasi : PAVILION KUALA LUMPUR , SG WANG
teman : Sarah Amalina
tempoh masa : 3 jam (1600-1900H)

cabaran bermula apabila penulis rupanya terlupa hendak memindahkan lokasi duit dari dalam seluar jeans di rumah ke dalam beg dompet.
maka baki rm20 menjadi jumlah taruhan bagi meneruskan cabaran, memandangkan malas mahu mengeluarkan duit daripada atm.

cabaran pertama bermula apabila terdapat promosi 50% seluar jeans berjenama, menjadikan harganya sekitar rm40 lebih sahaja. (dah la brand tu jarang ada diskaun.AHH!)
sarah berjaya memiliki seluar tersebut, manakala penulis terus cuba menghilangkan nafsu ingin membelinya. moga-moga next time ada lagi promotion ya. PLEASE~ T.T

cabaran kedua : singgah di kedai muffin dan cupcake UH-HUHU.
kami kecairan melihat cupcake serta muffin yang comel lagi menggoda.
namun,setelah memikirkan kandungan kalori yang membolehkan ternakan lemak kami menjadi sangat berjaya, hasrat untuk membelinya dibatalkan.

cabaran ketiga : ketika di sg. wang. bau famous amos yang menusuk,menikam jiwa kami. ahhh.nikmatnya, hampir tergoda. tetapi berjaya juga menepis godaan tersebut.

cabaran keempat : kedai donat dan kopi J.CO..kelihatan sangat enak dan menarik sekali.terasa mahu menikmati ice blended caremelite.tetapi bila memikirkan baru sahaja menikmatinya 2 hari yang lepas, maka penulis menahan sahaja.

akhirnya sudah tiba masanya untuk pulang ke rumah.
penulis berjaya mempertahankan rm20.

-terharu-

namun terlupa pula.

BAYARAN PARKING - RM12.00

maka gagal juga cabaran untuk mempertahankan rm20.
penulis terus pulang ke rumah dengan wang berjumlah rm8.00 sahaja.

maka bolehlah anda melihat wajah penulis yang sudah pucat setelah berjaya menepis segala godaan tersebut :


fara serta sara. :)

pertama kali muka pucat masa shopping sebab kempunan nak beli barang kot.kahkah >__< tak lupa juga, selamat hari bapa kepada abah saya serta bapa-bapa di seluruh dunia!

wassalam~

(note : sara ada classmate korean boy yang mukanya macam kibum.omg bertuahnya. mesti masa belajar dalam kelas boleh semangat habis sebab ada orang yang comel macam tu.wuu T.T)


2 comments:

Ḏαᾔṧα said...

haaha..2 r,len kali,lau nak kuar,ajk ak..ak ley blanje..tp parking je r..haha

fawani said...

alaa.klau blanje prking aje x bes ahh.
blanje la suar jeans tu skali ke.ngehehehe :D