In the name of Allah,most gracious,most merciful

20090725

laporan khas.

Salam.

LAPORAN PERJALANAN SOLO RONDA-RONDA KUALA LUMPUR.

Tanggal 25 Julai 2009, penulis dengan semangat jayanya pergi menjejak jalan-jalan di kuala lumpur.

Terpengaruh dengan entri blog fatin raihanna, maka berpandukan informasi yang ada, maka bermulalah penjelajahan solo penulis.

Acara pagi hari dimulakan dengan pengisian minyak petrol shell super bernilai rm30, kerana sekiranya anda mengisi minyak bernilai rm30 dan ke atas, anda layak mendapatkan borang peraduan SHELL PENJIMATAN LEBIH apekebenda tah saya pun tak ingat.

Maka destinasi pertama ke sunway sebentar, singgah di pejabat lantaran mahu meng-bye-bye lah kononnya dan hanya sekadar menghantar projek yang telah disiapkan. Namun cubaan gagal lantaran ditahan oleh staff atasan untuk melaksanakan lagi boq peta. selamat bukan puchong. kalau tak, mesti dah habis i kira cable tak betul.kahkah.

Akhirnya kerja berjaya disiapkan, walaupun sering diganggu oleh staff-staff lain yang bukan seumur,sejantina, apatah lagi serumpun lantaran mereka semua berbangsa india, siap main sergah-sergah. lagi gelak-gelak. lagi makan-makan. lagi melawak-lawak.tiba-tiba terasa nak terus kerja je tak nak sambung belajar. hee. but how dare selama ni they thought that i'm just seventeen! haluu. nearly nineteen eh. jangan nak tuduh lagi penulis ni budak tak cukup umur bawak kereta secara haram. hiba betul. T__T

Maka ekspedisi seterusnya diteruskan. Berbekalkan smart tag tercinta, penulis terus memecut selaju 80km/j melalui lebuhraya npe menuju ke bangsar.

Lebih kurang 10minit, tiba di tempat kejadian. namun lantaran terlambat memberi signal ke kanan untuk masuk ke jalan riong, maka i give up. mari kita teruskan perjalanan ke unikl hai oh.

perjalanan mengambil masa lebih daripada yang ditetapkan dalam google maps, namun boleh dimaafkan kerana penulis tidaklah mengikut jalan yang sebenar lantaran kesesakan lalu lintas yang melampau, tidak bersesuaian dengan hari hujung minggu sebegini.tidak patut ah.

misi seterusnya pula mengsurvey tempat parking sekitar kawasan kejadian.my oh my. tiba-tiba rasa nak naik bas je ah pergi campus from hostel. atau naik lrt pun boleh tahan best jugak.

ok.tiba-tiba i rasa loya pulak. jangan kata sate tadi buat hal pulak.aduh.aduh.

sekian,

yang menjalankan tugas,
-penulis blog i am?-

ok.memang dah tak ingat langsung format laporan. berterabur betul. ampunkan saya cikgu rosely, cikgu intan, cikgu elly. anak muridmu sudah terlupa akan tunjuk ajar cikgu-cikgu sekalian T_T.

dah.tak tahan.nak pergi minum air limau.

fullstop.
wassalam~

1 comment:

Syaheeda said...

aik. tak faham la dear. haha!