selamat hari raya ke-5 saya ucapkan.
berikut merupakan kronologi sepanjang 4 hari yang lalu :
- 20 september :
- beraya rumah saudara-mara, makan, beraya, makan, posing-posing tangkap gambar, makan, beraya, makan. GEMUK.
- 21 september :
- beraya rumah saudara-mara, makan, beraya, makan, bergosip, makan. GEMUK.
- 22 september :
- beraya rumah rakan-rakan fet, makan, beraya, makan, bergosip, makan, beraya, makan. GEMUK. (p/s:terimakasih apieh,we,adi,syamil,jamie,ana!)
- 23 september :
- pulang ke kuala lumpur, duduk dalam kereta 10jam, makan. tidur, makan, tidur, GEMUK.
kesimpulannya,perkataan yang wajib ada dalam diari kehidupan sepanjang bulan syawal :
GEMUK.
ahh. rendang, ketupat, lemang, nasi dagang, sate, ayam bakar, air manis, kek, kuih raya.
sangat kejam sekali kalian kerana menambahkan bilangan kalori seharianku. T___T
minggu depan mahu mula berpuasa enam. ayuh kawan-kawan kita membanteras perkataan g.e.m.u.k. !

si gadis bertudung hitam yang semakin tembam. grr =___="
mahu lihat gambar raya, buka sahaja facebook. lihat di album ini
tidak lupa, terjumpa ini pula dalam utusan malaysia hari ini :
hari ini line celcom tidak betul.
mujur saya pengguna setia maxis.
oh i love you 012-36****3 . that's why i setia dengan you sampai 7 tahun lamanya.
assignment dan study? esok la baru mulakan. mood masih berhari raya lagi.
sekian laporan hari ini,
wassalam.
(note : si kembar cj7 dah busuk. nak campak masuk dalam washingmachine pusing-pusing kasi wangi boleh tak? )

2 comments:
awwww. teruja teruja (!)
nak join salam perantauan jugaaaaaaaak ;D
hehe.boley2.
nanti nua kat sane anta je banyak2 kali.
ade kawan tu sampai masuk paper 4 kali.hoho.
Post a Comment