Salam
tadi ada anak ular sawa masuk rumah.
mujur abalong pandai jinakkan si binatang comel itu dan akhirnya dapat ditangkap, lalu dilepaskan kembali ke alam flora dan fauna di tepi bukit sana.
orang tua-tua cakap, kalau mimpi kena patuk ular, maksudnya orang nak masuk meminang.
jadi kalau ular masuk rumah, maksudnya ada orang nak hantar rombongan meminang kat rumah ke?
"auwww.nanti-nanti la. i tak ready lagi tau~"
menggatal gila. HAHAHAHA.
tapi tipu ah. masa kecik-kecik dulu dah pernah mimpi kena patuk ular, tapi tak ada orang masuk meminang pun. eh.eh. terkantoi pulak. nampak sangat dari kecik lagi dah kuat menggatal. KAHKAHKAH.
teringat zaman sekolah dahulu semasa lipan sepanjang setengah kaki masuk bilik kami. menjerit-jerit kami cari nak bunuh lipan tu pukul 2 pagi sampai satu asrama terjaga dari tidur. annoying betul kami ni. jangan lupa tambah perkataan kejam sekali. kerana setelah berjaya mencincang lipan menggunakan balance rod bow archery maktab (aiyok. kantoi pergi menjahanamkan harta benda maktab.mentang-mentang dapat wakil negeri, suka suka hati aje buat harta sendiri.KAHKAH.), kemudian dengan rakusnya kami meleraikan kaki-kakinya lalu mengflushkan sisa-sisa yang ada ke dalam mangkuk putih bersaiz XXXL itu.
begitu indah sekali bila mengenang kembali kejayaan tersebut. i love you doyon roommate tersayang kerana telah memberikan semangat dan dorongan yang tak berbelah bahagi sepanjang melaksanakan gerak gempur kita. MUAHAHAHAHA.
sudah, tak baik bincangkan perihal keganasan. ayuh, kita kan belia benci dadah.
fullstop.
wassalam~
1 comment:
alahai..ap slhnye..
teha rse x lme t akn ad org msok mmng fwani..HAHAHAHAHAH...
kidding! jgn mrh.. =P
Post a Comment